Blogger Layouts

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Sambal Bilis Belimbing Buluh Hitam

Rasanya dah dekat 2 bulan juga maklong tercari2 belimbing buluh ni.. baru hari tu maklong dapat sikit.. masa balik kampung.. dan semalam anak maklong Diana, tempahkan dengan kawannya tokeh sayur kampung kat depan Sri Ternak.. sekali dapat 3kg.. maklong ingat banyaklah sampai tak termakan.. rupanya cuma untuk sekali masak je..


Inilah rupa paras belimbing buluh yang telah direbus selama 4 jam.. maklong ni main agak2 je.. sebab sahabat baik maklong.. Makngah ada ajar cara untuk nak dapatkan warna hitam belimbing buluh yang asalnya berwarna hijau..


Inilah rupa belimbing buluhnya.. ada yang belum kenal lagi kan.. anak sulung maklong pun tak kenal lagi mana satu belimbing buluh.. dia ingat belimbing biasa tu.. sebab dah tak masam bila dah jadi sambal..



Inilah rupa belimbing diatas2 tu bila dah menjadi sambal.. rasanya bagi maklong saaangat sedap.. kalau tak sedap maklong takkan rajinnya merebus sampai 4 jam.. baik rebus ketupat kan.. dahlah sedap.. semua orang dalam rumah ni pun suka.. tu yang 3kg sekali masak tu.. untuk resepinya uols jengklah DISINI ye.. tapi yang ni rupanya lain sikit.. sebab guna cili api merah..

11 comments:

Sue's said...

allah maklong...ni le kegemaran terbaru saya...kalau pi umah mak angkat dekat lipis memang dia selalu masakkan ni.... sedapnya....

IXORAROXI said...

kalaulah saya ni tinggal area maklong, mau je saya buat muka tak malu singgah makan :D

Along Maklong said...

sue..
samalah dengan maklong.. makanan kegemaran terbaru.. kawan maklong dari kedah yang ajar makan ni.. memang sedap kan..

Along Maklong said...

Ixora..
mai2 singgah makan..
sambal ada banyak lagi.. hehehe..

CT Delima said...

Assalamulaikum Maklong

baru tengok belimbing buluh tu jer dah 3-4 kali dok telan air liur.. tersangatlah kecurnya tak bole cakap dah.... hehehe

Kalau dapat cari belimbing buluh ni sekarang gak ct masak gulai udang campur belimbing... *drollll*

Along Maklong said...

W.salam CT..
rata2 orang kat pasar tu cakap.. sekarang ni belum musim belimbing buluh.. tu yang susah nak dapat.. maklong siap tempah ni.. baru dapat.. tu pun anak yang tempahkan..

nuwairani ismail said...

pernah makan masakan yg letak belimbing buluh ni mase praktikum di seremban.makan kt restoran apa ntah tp dia letak dalam masak lemak cili api daging salai...perghhhhhh! sampai skrg terkenang2 lagi masakan tu...puas hati duk nogori, masakan sedap2 n pedas!

yati said...

salam..
sedapnye mak long.....macammana mak long rebus belimbing tu? atas dapur gas ke? guna periuk jenis apa?susah sangat nak dapat stok belimbing hitam ni, kena kirim dari kawan kpd kawan. dia lak jarang balik pahang. ingat nak buat sendiri tapi katanya berjam2 kena rebus dgn kayu api
baru sekali buat, satu famili dah jatuh cimta dgn sambal ni.

Along Maklong said...

Yatie..
kawan maklong ajar buat ni..
masak atas dapur gas pun takpe..
guna periuk kaca vision or corningware.. macam tulah.. bukan apa kalau guna periuk aluminium.. periuk jadi rosak.. hilang kilat dia..
maklong rebus dalam 4 jam dengan api perlahan.. kira sampai jadi hitam..

Anonymous said...

mak long ..nape belimbing mak long tu tak hitam..cokelat warnanye...

mokde iris said...

Time kasih maklong, belimbing kt rumah sy pun mmg bnyk, jd sy try resepi maklong ni supaya tak bazir. Maklong tgok lah kat blog sy tu bnyk belimbing nya