Blogger Layouts

Followers

Saturday, April 30, 2011

Kek Oren Blended


Nilah hasilnya.. kek oren blended maklong.. tak serupa dengan orang lain buat.. orang lain punya nampak jelas kegebuannya.. maklong punya gebu sikit dari bingka je.. huhu.. tapi maklong memang tak akan berputus asa.. akan mencuba lagi selepas ini.. sehingga berjaya membuat kek yang gebu..




Untuk resepi kek ni.. uols, jenguklah ke dapur HASUE atau CTDELIMA .. maklong rasa lemau je nak salin resepinya sebab keknya tak berapa menjadi..

Sawi RAJA Goreng Udang Kering


Ni namanya ikan pelaling.. ada kawan maklong yang tak kenal ikan pelaling mana satu.. kalau jawa belah perak cakap ikan temenung.. ni ikan kegemaran anak beranak maklong.. sorang boleh habis 2 atau 3 ekor..


Ini adalah antara menu maklong petang dan malam ni.. selepas solat zuhur tadi.. paklong masih belum balik dari kerja part-time.. maklong terpaksalah bawa syafika pergi ke NSK.. beli lauk dan sayur.. maklong ternampak sayur yang menantu maklong suka beli ni.. dan baru2 ni nannie pun ada masak sayur ni.. tapi lupa nak tanya nama sayur tu.. jadi, maklong hari ni tanya kat amoy yang ikat sayur kat NSK.. dia kata.. sawi gajah.. ye ke..? bukan sawi gajah.. sawi RAJA.. haha pekak betul maklong ni..


Resepi untuk masak sayur ni sama je macam nak goreng asparagus..

Bahan:
2 ikat sawi gajah dipotong pendek2
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
15 biji cili api merah*
sedikit belacan*
garam & aji

Cara:
Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan sawi gajah.. gorengkan diatas api yang besar..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Inilah rupa sawi gajah sebelum dimasak.. uols pernah ke masak sayur ni..? kalau tak pernah cubalah.. sedap.. macam kangkung.. maklong makan dengan ikan pelaling goreng.. simpel kan..

Pulut & Sambal Bilis


Selamat Pagi Semua..
Uols sarapan apa ye pagi tadi.. maklong masak pulut je.. yang guna rice cooker macam kak jee ajar itu hari.. senang dan cepat.. thanks kak jee.. sambil2 tunggu pulut masak.. maklong buatlah sambal bilis kecik ni.. bilis mata biru maklong dah habis lama dah..

Serawa durian pun maklong ada buat jugak.. kalau2 ada yang nak makan dengan pulut tu nanti.. maklong guna durian yang maklong buat frozen..

Betul jugak kata sesetengah orang makan pulut ni mengantuk.. lepas sarapan tadi, maklong naklah uplod gambar2 ni.. cucu maklong pulak bangun dan mintak dibuai untuk sambung tidor macam biasanya.. dengan neneknya sekali tertidor.. tengah sedap menyulam mimpi indah.. terdengar bunyi ada orang bagi salam.. oooohh.. mama haris, pulangkan mangkuk.. dalamnya ada jelly.. mmmph..!! nampak sedap je..


Resepi..? alah~~ tak payahlah.. maklong pasti semua orang pun dah pandai masak pulut ni kan.. maklong je yang terhegeh2 baru nak belajar.. tapi sekarang dah pandai nko.. bangga giler.. hehe..


Maklong dah cakap kat paklong yang tengahari ni kami nak makan pulut je.. sebab lauk dalam peti tak ada.. tunggu paklong balik baru pergi NSK beli lauk dan sayur.. kepala maklong ni dah ingat kat restoran pak tam kat bandar baru selayang tu.. cucu maklong dah ada baby sitter sementara.. hehe.. uncle dia (adik menantu maklong) yang baru habis belajar kat UITM, segamat akan menghabiskan cutinya dirumah ni.. so, bolehlah tolong jagakan syafiqa ni.. hai.. bertambah gemuklah maklong kan..

Friday, April 29, 2011

Ayam Masak Semur Bali Resepi Bonda


Assalamualaikum semua..

Tengahari ni maklong kena masak jugaklah.. sebab anak maklong si Diana tu tak dapat cuti hari ni.. maklong suruh menantu maklong beli ayam sekor.. sebab maklong nak cuba resepi yang mak maklong selalu masak bila hari raya..

Malam tadi maklong call mak maklong.. tujuannya nak tanya resepi semur bali ni.. tapi maklong terkedu sekejap sebab suara mak tak seceria selalu.. macam tengah lemah je.. rupanya memang ye.. mak tak sehat macam biasa.. mak maklong ni ada lemah jantung.. batu karang dan selalu sakit kaki.. maklong ajak mak datang rumah maklong tapi dia menolak.. dan memang perangai maklong tak suka mendesak..



Resepi untuk masak semur bali yang mak maklong bagi ni tak berapa lengkap.. jadi maklong agak2 je bahannya ikut citarasa maklong..

Bahan:
1 ekor ayam potong 14.. goreng jangan garing sangat
2 sudu kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
aji & gula

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
masukkan pula bawang goreng tumbuk.. santan.. kerisik.. kicap.. aji dan sedikit gula..
masukkan ayam dan gaulkan hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Thursday, April 28, 2011

Maklong Gila Corelle..

Hari ni maklong tak masak.. sebab puasa.. paklong dan anak2 semuanya kerja.. shift pagi.. dan yang normal tu biasalah.. tinggallah maklong dengan 3 orang budak2 ni termasuk cucu maklong..

Sambil2 maklong memantau cucu2 maklong yang baik2 ni.. maklong nak bercerita pasal pinggan mangkuk yang maklong gilai semenjak dua menjak ni..

Maklong ni dulu2 kan orang susah.. jadi tak pernah pun terfikir untuk memiliki pinggan mangkuk yang mahal jugaklah bagi maklong yang baru nak mengenal pinggan mangkuk ni.. masa kecik dulu mak maklong guna pinggan zing je.. pastu bila dah kawin up sikit.. guna pinggan kaca arcoroc.. tu pun mak maklong yang bagi.. sebab maklong nak pindah ke felda.. masa tu tahun 1982..

Masa maklong kerja kilang kat segamat.. maklong pernah beli set arcopal.. bayar ansuran.. tapi sekarang hanya tinggal beberapa biji je.. tu pun berebut2 dengan diana bila nak guna pinggan makan yang tinggal 2 biji je..

Alkisahnya bermula.. bulan september tahun lepas anak maklong yang kat jepun tu kan nikah dengan seniornya, satu university.. hokkaido university.. majlisnya secara kecil2an je.. walaupun kecil2an adalah juga majlis sambut menantu.. maklong pun kekelantan.. tiga hari maklong kat sana.. sempatlah maklong singgah kerumah bapa mentua adik maklong.. entah macamna maklong terberkenan pinggan yang digunakan untuk menghidang kami nasi kerabu.. masa maklong basuh pinggan tu sempatlah maklong intai jenama pinggan tu.. CORELLE..

Balik je selayang maklong pun klik2lah.. bertanyakan encik google.. ooohhhh..!!! tidak..!! mahalnya.. maklong tepuk dahi.. mampukah maklong untuk memilikinya..
maklong tak tahu nak tanya sapa pasal set2 ni.. maklong tanya kawan2 kat fb.. wah..!! meriah2.. macam2 jawapan yang maklong dapat.. dan jawapan yang paling menarik ialah dari kawan baik maklong sendiri.. Huda yang kat selayang jaya.. yang telah menggunaka set corelle hampir 24 tahun tapi masih dalam keadaan baik.. menarik kan..!! sekalung terima kasih buat Huda..

Maklong bukan tak percaya cakap kawan maklong tu.. tapi mesti kena buat percubaan sebelum nak beli mahal2 kan.. maklong beli 2 biji piring sebagai langkah percubaan tentang ketahanan pinggan mangkuk corelle ni.. disamping tu maklong dapat banyak info dari pengedar2 corelle yang ada kat fb..

Mula2 tu maklong beli untuk anak maklong yang baru nikah masa tu.. sebagai hadiah perkahwinannya.. lepas tu beli untuk Diana.. lepas tu maklong beli untuk diri sendiri.. eh rasa tak patut pulak kalau cuma bagi anak2 perempuan.. maklong bagi pulak kat menantu maklong.. tapi maklong bukan beli serentak.. kalau serentak mau pengsan.. sebulan beli satu set.. tu pun kalau maklong ada hal lain maklong tunda kebulan berikutnya..

Tujuan maklong menulis panjang lebar tetang pinggan mangkuk corelle ni kerana nak kongsi pendapat.. ia lasak.. tak mudah pecah atau sumbing.. tak calar.. dulu2 tak ada sapa nak bagi tahu maklong.. sekarang maklong bagi tahu kat sapa2 yang ingin tahu.. yang dah tahu jangan pulak senyum sinis.. mesti antara korang dah ada yang mampu memiliki set NORITAKE.. maklong cuma mampu menjamu mata kat sogo je.. kalau ada yang nak hadiahkan pun, maklong tak nak tau.. sebab tak sesuai dengan rumah maklong yang macam setinggan ni.. huhu..

Sekarang ni maklong stop dulu.. dari terus gila corelle ni.. sebab maklong dah beralih minat ke barang dapur yang lain.. yalah maklong kan baru nak berjinak2 dengan dapur.. masih serba kekurangan dari segi peralatan.. ilmu boleh gak dikongsi2 dari rakan2 blogger yang lain.. tapi, peralatan kenalah beli sendiri.. pelan2 kan.. hehe..



Gambar set sakura ni, maklong ambik masa maklong pergi sogo beberapa bulan lepas..
maklong beli 1 set dari cikgu Ani dan 1 set lagi dari Izzati.. maklong dapat dari internet..



Set rosetta ni maklong beli dari Syafinas.. rakan fb maklong.. dari wangsa maju ke ampang ke.. lupa pulak.. dapat hadiah mangkuk 2 biji.. berbaloi2..!!



Set country rose ni (corningware) maklong beli kat sogo.. masa tu ada sale.. 20% diskaun.. dapat hadiah mangkuk pyrex
set pinggannya maklong beli kat rakan fb juga.. Izzati dari puchong..
Pesan maklong.. kalau dah beli pinggan mangkuk mahal atau murah jangan simpan.. atau buat perhiasan.. ustaz kata tak baik tau.. wallahua`alam..

Wednesday, April 27, 2011

Daging Masak Hitam



Maklong terliur tengok kak jee masak ayam masak negro semalam.. so, hari ni maklong pun masak jugak lah.. tapi daging bukan ayam.. terima kasih kak jee sebab berkongsi resepi tu.. sedap..!! resepi kak jee disini..
atau resepi kak ida 1001 resepi disini..

Daging ni maklong dah lama beli.. minggu lepas kut.. mentang2 maklong dah ada pressure cooker.. kerap pulak lah maklong masak daging.. lepas ni kena jarakkan sikit.. takut pulak nak kerap2 makan daging ni..


Resepi maklong lebih kurang macam kak jee punya.. cuma maklong lebihkan cili kisar.. tu yang tak berapa nak hitam warnanya..

Bahan:
1 kg daging direbus 30 minit..
1/2 kg bawang merah dibuat bawang goreng kemudian tumbuk
semangkuk cili kisar
kicap kipas udang yang manis secukupnya
garam & aji
gula

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan cili kisar hingga naik minyak.. masukkan bawang goreng tumbuk.. tumiskan lagi.. masukkan daging beserta air rebusan daging..
masukkan kicap.. garam.. aji.. dan gula secukup rasa..
bila rasa dah ok.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

Nota: maklong tumbuk sikit daging tu supaya meresap bumbu dia.. dan maklong tak bubuh garam.. sebab dah masin kicap tu..


Nilah rupa bawang goreng maklong.. sebelum ditumbuk..
buat anak bernama maira.. kena cuba buat ni.. sedap..!! ooppss.. bawang kecik tak de.. bulan depan mak pos bawang.. bolehlah adik cuba yerk..

Asparagus Gemuk.. Ikan Pari Bakar


Hari ni maklong masak ikan pari bakar lagi.. sebab nak bagi mama haris & asyraf rasa masakkan maklong ni.. asyraf cerita kat mama dia.. nenek masak ikan pari sedap sangat.. jadi mama dia tanya resepinya.. maklong pun bagitahu.. tapi hari ni maklong pergi pasar borong beli 1 ekor ikan pari.. masak macam hari tu.. simpan sikit nak bagi kat mama asyraf balik kerja nanti..

Rupanya paklong pun suka sangat bila nampak maklong tengah masak ikan pari ni tadi.. tapi dia naik tidor dulu.. sementara tunggu maklong masak daging negro.. ngantuk.. sebab paklong kerja shift malam.. (security je..)

Untuk resepinya korang semak kat sini je lah.. sama je..


Ada sapa2 yang belum kenal asparagus yang menjadi kegemaran maklong & family sekarang..?? ha.. ni lah rupa asparagus tu.. ni yang katogari gemuk punya.. harganya rm12 sekilo.. mahal kan.. kalau yang kurus sikit sekilo cuma rm8.. yang gemuk ni rasa dia lebih mabeles.. rangup..!!

Bahan:
1/2kg asparagus.. potong pendek2
sedikit cili api merah*
2 biji cili merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
sedikit belacan*
garam & aji
gula

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan asparagus.. garam.. aji.. gula secukup rasa..
bila dah lembut.. tutup api..
sedia untuk dihidang



Asparagus goreng lagi.. hahaha..
jemu tengok kan.. maklong & paklong belum jemu makan..
adik.. sama gemuk dengan yang kat jepun ke..? mak lupa yang adik beli.. tapi mak tak sempat nak masak hari tu..

Tuesday, April 26, 2011

Sambal Bilis Campur Petai


Ini hidangan tengahari maklong hari ni.. simpel je kan.. ada telor masin dan ikan selayang goreng.. sebagai lauk tambahan..



Semalam masa maklong nak beli vanilla.. kat kedai berhampiran rumah maklong ni.. toke kedai tu bawak petai 1 ikat besar.. tokeh tu kata harganya cuma rm20 je.. you mau ka..atak lagi sana..? tokeh tu tanya maklong.. saya mau tapi tapi tak mau banyak.. you kasi you punya rm5 boleh..?

Apek tu terkedu sekejap.. nak cuba fahamkan apa yang maklong nak kut.. maklong pun tanya lagi.. boleh ka..? tak kesah lah you mau kasi saya berapa papan pun.. tokeh tu cakap.. boleh2.. dia ambilkan maklong setangkai dari beberapa tangkai yang dia beli.. ada 9 papan.. cukup..? dia tanya maklong.. maklong pun cakap.. tambah lagi satu lah kasi cukup 10.. ok2.. taukeh tu kata..

Seronoknya maklong dapat petai yang cun dengan harga murah.. lebih murah dari kat pasar borong.. maklong ucap terima kasih kat tokeh tu banyak2 kali..

Pagi2 lagi maklong dah berangan nak masak sambal bilis campur petai.. resepi macam buat sambal bilis cuma tambah petai je..

Bahan:
2 genggam ikan bilis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
1 mangkuk cili kisar
1 mangkuk petai yang telah dibuang kulit
garam & aji
gula

Cara:
panaskan minyak.. goreng bilis sekadar layu je.. kalau suka garing boleh juga..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekiningan..
masukkan pula cili kisar.. tumiskan lagi hingga naik minyak..
jangan lupa garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila dah ok tutup api.. masukkan petai..
sedia untuk dihidang..


Asparagus goreng belacan campur udang kering..
Sayur asparagus lagi.. kali ni maklong pilih yang gemuk2 sikit.. rasanya memang sedap.. lebih sedap dari kacang panjang.. maklong tak berani sangat makan kacang panjang.. sebab takut sakit urat terutamanya urat kaki.. jadi ganti dengan asparagus..

Monday, April 25, 2011

Kacang Buncis Masak Sambal Tumis


Sayur ni maklong masak tengahari tadi.. manakala kacang buncis ni maklong beli dah tiga hari lepas.. masa ni haraga runtuh.. mana taknya 1kg harganya cuma rm1.90.. terkejut beruk maklong.. maklong pun belilah 1/2kg..

Hari ni maklong masak sambal je.. sebab cili kisar dah ada kan tinggal tumbuk bahan2 lain2nya.. goreng2 dah siap kan..

Bahan:
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..


Masak Lemak Jawa Ikan Pari Bakar..



Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong kehabisan minyak masak.. so, maklong kemydin je sebab lebih dekat.. selain minyak masak maklong beli butter dan susu segar.. ingat nak buat custard teacake lagi sekali atas permintaan anak2..

Tengah maklong beratur nak membayar barang yang maklong beli.. maklong terpandang amoy ni beli ikan pari.. mmm.. terliur pulak maklong tengok sebab ikan parinya nampak cantik.. maklong pun pergi ke tepat ikan dan ambil 3 peket ikan pari.. bila lepas bayar.. beg duit maklong kosong.. terpaksa keselayang jaya pulak cucuk duit sikit.. BSN tak boleh.. Maybank tak boleh.. terpaksalah maklong ke CIMB.. nak cepat jadi lambat..huh..!!

Maklong sebenarnya dah keluarkan ayam yang menantu maklong beli entah bila.. ingat nak masak kicap jawa.. ala~~ yang boh santan tuuu.. tapi terpaksa ubah menu.. ayam masak sup untuk budak2.. santan yang ada maklong gunakan untuk masak lemak ni..

Langkah pertama basuh ikan.. boh garam kunyit.. bakar dalam oven.. guna arang lagi ummphh..!! tumbuk segenggam cili api.. sedikit belacan.. 5 ketul cekur.. 5 ulas bawang merah.. 3 ulas bawang putih.. hingga lumat.. maklong tumbuk tak lumat pun..

Masukkan semua bahan tumbuk kedalam periuk.. masukkan santan dalam 1/2kg.. campur dengan air supaya tak terlalu pekat.. masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa.. panaskan hingga menggelegak.. masukkan ikan pari yang telah dibakar.. dah siap.. macam senang kan.. tapi.. percaya tak dak bertahun2 maklong tak masak ikan pari macam ni.. selalu maklong guna ikan keli..

Sebenarnya orang jawa sebut masakkan ni "sambel santen".. jadi kalau dulu2 maklong akan celur pucuk ubi atau jantung pisang untuk dicicah dengan sambal santan ni.. tapi sekarang ni dah macam malas je.. yalah semuanya nak kena beli..



Resepi yang lebih detail.. tetiba ada mek kelate nok belajar masak jawo.. untuk anak dio..
bahan:
1 kg ikan pari.. boh garam kunyit.. bakar
segenggam cili api*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 ketul cekur*
sedikit belacan*
1/2 kg santan
air asam jawa
garam & aji
sedikit gula

cara:
tumbuk bahan2 bertanda(*).. masukkan dalam periuk..
masukkan juga santan.. garam.. aji.. air asam jawa dan gula secukup rasa..
masak diatas api perlahan.. tambah air jika kuah terlalu pekat..
bila dah menggelegak.. masukkan ikan yang telah dibakar..
tutup api.. sedia untuk dihidang..

Sunday, April 24, 2011

Kek Cokelat Tanpa Telur


Custard teacake yang maklong buat semalam mendapat sambutan yang menggalakkan.. anak2 suka.. maklong pun suka sangat.. kena buat lagi nampak gayanya.. Hari ni maklong cuba pulak buat kek cokelat tanpa telur.. bahan2 semua ada.. tinggal bancuh je..

Hasilnya.. maklong tak berapa berpuas hati sebab macam tak gebu je.. tak macam yang mereka2 punya yang terlebih dahulu mencubanya.. yelah, maklong kan orang tua baru belajar.. mereka2 tu bergelar pakar.. mana nak sama kan.. tak pe jangan putus asa.. nanti cuba lagi..

Resepinya macam biasalah.. maklong buat 1.5 adunan.. sebab keluarga maklong kan keluarga besar.. untuk mendapatkan resepinya korang jenguklah DISINI dan DISINI..
selamat mencuba..


Sambal Ikan Patin Goreng

Salam tengahari semua..

Maklong hari ni masak patin sambal.. ikan ni maklong dapat dari jiran maklong.. biasalah bila kita berbudi orang pun berbahasa kan.. ini adalah keistimewaan tinggal di taman perumahan maklong ni.. jirannya semua baik2 macam adik beradik.. maklong pun bila masak yang lain sikit mesti ingat jiran..

Rasanya jarang dengar orang goreng ikan patin kan.. pada yang belum pernah cuba tu.. cubalah.. sedap jugak tau.. jom kita tengok resepinya..

Bahan:
2 ekor ikan patin.. potong kecil.. goreng garing
5 ulas bawamg merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
segenggam cili api merah*
sedikit belacan*
air asam jawa
garam & aji
2 helai daun limau purut dihiris halus..

Cara:
Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa..
masukkan pula daun limau purut.. tutup api..
masukkan ikan.. gaul rata dengan sambal..
sedia untuk dihidang..



Ini pulak sup ikan pelaling goreng.. sebenarnya maklong buat untuk cucu maklong tapi bapak sedara cucu maklong yang tumpang tui.. ikan pelaling adalah kegemaran seisi rumah maklong.. sorang boleh habis 4 ekor..




Ini pulak sayur TAU MIU.. goreng belacan.. wahhh..!! maklong dah boleh ingat nama sayur ni.. hari tu maklong lupa.. tanya kawan2 kat fb.. ramai yang kata tauge hijau..
layan jelah..


Saturday, April 23, 2011

Custard.. Tea Cake..


Semalam anak maklong yang kat jepun tu menunjukkan bakatnya membuat custard teacake DISINI.. terliur maklong tengok.. dengan penuh semangat maklong pun mencuba juga petang tadi setelah puas menternak lemak.. makan dan tidor.. lagi pun maklong nak rasmikan spring form yang maklong beli kat JJ semalam.. maklong beli dengan harga rm20 je.. anak maklong kata kat jepun harganya 2 ribu (rm74)..

Rupanya guna spring form ni sangat mudah.. tak perlu bubuh kertas.. maklong sapu majerin lebih kurang je.. tapi tak melekat langsung.. kira berbaloi2lah membelinya..

Custard teacake ni memang sedap.. lemak berkrim.. ramai yang dah cuba dan ramai juga yang belum cuba.. nak tahu rasa sebenarnya.. cubalah.. pasti nak buat lagi.. alhamdulillah.. cubaan maklong kali ni menjadi.. kalau tengok rupa tak segebu yang anak maklong buat.. tapi kira ok bagi maklong yang baru nak belajar ni..


Resepi kek ni maklong ambik dari kakida 1001 resepi.. tapi maklong gandakan sebab maklong nakkan kek yang besar.. anak2 ramai.. tapi dorang bukan jenis yang suka kek.. tu yang tak bestnya.. sebab tak diajar makan kek dari kecik kut.. yelah masa tu maknya tak reti buat kek..