Blogger Layouts

Followers

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Satay Hut.. satay besar gilerrr..


Assalamualaikum semua..

Hari selasa lepas maklong balik kampung kan.. sebab bapa sedara maklong meninggal.. dalam perjalanan balik tu maklong teringat anak maklong Haris dah lama sangat teringin nak makan satay besar ni.. jadi maklong pun singgahlah belanja anak2 makan satay besar ni.. adik mai jangan terliur ye..



Tunggu satay sempatlah kami anak beranak berposing.. oder 20 cucuk je.. untuk makan kat situ.. 30 cucuk maklong bawa balik kampung untuk anak2 sedara maklong..



Ni anak dan menantu maklong.. masing2 muka mengantuk.. masa ni pukul 1 pagi.. kedai ni tutup pukul 2 pagi..



Nilah rupa satay besar tu.. maklong boleh makan 3 cucuk je.. dah kenyang.. anak maklong Haris boleh habis 11 cucuk.. malong yang paksa dia habiskan..



Satay ni memang saaaangat sedap.. lembut dan secukup rasa.. diakui oleh semua keluarga maklong.. sebelum ni kami suka satay subang yang ada dijual dekat Kuang..



20 cucuk je.. tapi nak habiskan seksa sangat.. harga 1 cucuk. rm1.30.. dulu rm1.20.. ayam kat naik harga.. jadi satay pun naik harga jugalah.. yang penting sedap kan..

 

Kedai satay hut ni terletak di Tanjung Karang, Selangor.. dekat dengan Hospital Tanjung Karang.. sapa2 lalu kat sini.. cubalah rasa satay ni.. kalau tak suka yang saiz besar.. yang kecik pun ada..


Wednesday, September 28, 2011

Ayam Goreng Cik Kiah..


Assalamualaikum Semua..

Maklong pasti uols dah makan tengahari.. begitu juga dengan maklong.. uols masak apa hari ni.. maklong masak ikan sambal je.. sayur sawi bunga goreng.. tu pun anak2 maklong yang masak.. maklong tinggal makan je.. Diana hari tak kerja sebab pergi klinik buat kad merah untuk kandungannya yang dah masuk lima bulan.. Miza pulak kerja shift petang..

Ayam goreng ni maklong masak untuk makan tengahari semalam.. maklong belajar resepi ni dari adik ipar maklong.. masa balik kampung untuk sambut hari raya hari tu.. dia baritahu maklong nama resepi ni.. ayam goreng krisnan.. bila kawan2 anak maklong.. maira, beraya kerumah maklong.. maklong buat ayam goreng ni dan beritahu mereka tentang nama resepi ni.. kawan2 maira kata sedap.. cuma nama resepi tu yang kurang sedap.. dan ada yang suruh maklong tukar namanya..

Puas maklong pikir.. nama yang sesuai untuk ayam goreng ni..  oleh kerana nama adik maklong tu Rokiah.. dan yang ajar maklong buat resepi ni pun dia.. maklong gantikan nama krisnan ni kepada Cik Kiah.. kira ok jelah.. kan..




Resepi untuk ayam goreng nu senang sangat..


Bahan:
1/2 ekor ayam.. potong kecil.. cuci bersih
3 sudu ketumbar
2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit garam dan aji
sedikit tepung gandum

Caranya:
tumbuk semua bahan2 diatas..
gaulkan bersama ayam yang telah dicuci tadi..
tambah sedikit tepung gandum.. supaya perencah tu melekat semasa digoreng..
perapkan selama 30 minit..
kemudian goreng hingga garing..

Selamat mencuba..

Friday, September 16, 2011

Bekalan Air Dan Ayam goreng cajun

Assalamualaikum semua..

Bangun dari tidur pagi tadi maklong dipanggil jiran supaya mengalihkan kereta maklong dan paklong.. ada paip bocor kat bawah kereta paklong.. tapi kami seisi rumah tak perasan.. sehingga ada lori dan jengkaut sampai kat depan rumah maklong untuk memulakan kerja2 membaik pulih paip yang bocor tu..

Oleh kerana air tak ada.. maklong hanya bersarapan dengan kuih yang maklong beli dari gerai depan perumahan maklong ni.. tapi bila sampai pukul 11 air masih belum ada maklong mula risau.. sebab lepas solat jumaat nanti.. adik ipar maira akan sampai.. mula2 maklong ingat nak beli nasi bungkus je.. tapi maklong teringat nak jamu ayam goreng cajun sebagai menu makan tengahari.. dah lama sangat maklong teringin nak cuba resepi ni..

Akhirnya maklong suruh anak maklong beli air minirel untuk maklong gunakan memasak tengahari.. maka terhasillah.. ayam goreng cajun & sayur brokoli.. sambal tahun maklong tinggal panaskan je.. tak sangka pulak.. adik ipar maira ni pandai makan sambal tahun.. anak jowo pun belum tentu suka.. pedas..!!


Baru nak memulakan kerja2 menggali lubang..


Ayam goreng cajun.. yang tak berapa cun..


Ayam goreng krisnan lebih sedap rasanya.. nanti maklong kongsikan resepinya.. kawan2 maira pun suka ayam goreng krisnan.. cuma dorang kata.. tukarlah nama tu..


Kerja2 membaik pulih telah pun selesai.. kira2 jam 6.30.. bolehlah maklong membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun kat sink.. sambil2 menunggu tetamu maklong seterusnya.. anak sedara maira.. anak kakak iparnya..


Monday, August 8, 2011

Menu Berbuka Puasa Hari ni..

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong masak merah ayam simpel.. goreng toge campur kucai pucat sikit sebab lupa beli cili merah sebagai penyeri.. dan cucur udang kertas.. maklong tolong sikit2 je.. yang lain2 tu anak maklong diana yang buat.. dia dah beransur sehat.. jadi macam2lah yang dia teringin.. maklong layan jelah..

Hari ni berbuka beramai2 lagi.. semua anak2 maklong ada.. kecuali maira & in yang minggu depan baru nak balik.. lagilah meriah kan.. abang dan kakaknya masing2 tak sabar tunggu kepulangan adik dorang.. apatah lagi maklong kan..

Jiran depan rumah maklong pulak hantar bubur lambuk.. bukan kampung baru punya tau.. buat sendiri.. macam sedap je..





Saturday, June 18, 2011

Ayam Masak Sambal Taucu

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Pagi tadi maklong berehat agak panjang juga.. turun2 menantu maklong dah beli ayam untuk lauk makan tengahari.. maklong suruh anak maklong goreng ayam tu.. kemudian maklong masak sambal hijau boh taucu ni.. tak sangaka pulak sedap hingga ada yang mintak kebenaran makan 2 kali.. anak maklong harislah tu.. siap puji2 kata resepi maklong hari ni lain macam sedapnya..!! sebab dia ni memang macam maklong.. suka yang pedas2..


2 genggam cili api kampung*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
sedikit belacan*
1 ketul halia diketuk
5 batang serai dititik
1 ketul lengkuas diketuk

tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan semua bahan2 diatas.. seperti dalam gambar..


Masukkan 1 ekor ayam yang dipotong 14, dan digoreng tidak terlalu garing.. pahamkan ayat maklong ni.. hehehe.. lain macam sikit..
masukkan juga taucu yang telah dicuci bersih.. air asam jawa.. garam aji dan gula.. dan juga 1 biji bawang besar dan 5 helai daun limau purut..
biarkan sekejap.. tambah air jika perlu..


Bila rasa dia dah ok.. kuah pun dah menjadi pekat.. tutup api.. hidangkan
sedap dimakan dengan nasi panas2..

Friday, June 3, 2011

Ayam Masak Kari Bujang



Sup Tulang.. ayam

Assalamualaikum semua..

Sup tulang ayam ni maklong masak semalam.. anak maklong yang sulung kan kerja kat kilang ayam.. tu yang dia dapat bawa balik tulang ni.. bukan sikit.. dekat 4kg.. ayamnya lagi 2 ekor.. tahun lepas menantu maklong yang kerja kat sini.. hari2 bawa balik ayam.. naik kembang tekak maklong.. dengan resepi ayam..

Telur pun dia ada bawa balik 3 papan ko.. sapalah nak makan telur banyak2 ni.. kena bahagi2 kat jiran2lah nampak gayanya..




Untuk resepi sup ni uols klik je kat SINI.. lebih kurang sama je..

Saturday, May 21, 2011

Rendang Ayam Telur

Assalamualaikum semua..

Hari ini maklong nak berkongsi resepi masak rendang ayam pencen.. sebenarnya dah lama maklong nak cuba buat rendang guna ayam pencen ni.. tapi bila nak beli je lupa.. maklong kan pernah sekali masak ayam pencen ni.. masa tu mak mentua maklong nak datang.. masak berjam2 tapi tak lembut2 pun.. kesian mak mentua maklong makan daging ayam liat.. lepas tu maklong rasa serik nak masak ayam pencen lagi..

Bila maklong dah ada pressure cooker.. maklong pun teringin nak cuba masak ayam pencen guna periuk ni.. rupanya 30 minit je ayam dah lembut.. tapi maklong bukan beli ayam pencen yang kurus sangat tu.. ayam pencen yang masih gemuk sikit.. berat sekor dalam 2kg..



Resepi untuk buat rendang ni.. maklong buat yang simpel je.. sebab takut anak2 tak suka.. yalah maklong tak pernah masak untuk dorang sebelum ni.. masa dulu maklong masak.. anak maklong yang sulung baru berumur 7 tahun..

Bahan:
1 ekor ayam pencen potong 16
5 batang serai*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
20 biji cili api*
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1/2 kg santan
1 peket kecil kerisik
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
garam & aji
gula

Cara:
cuci ayam hingga bersih.. masukkan kedalam pressure cooker..
blend bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam periuk bersama ayam..
masakkan diatas api perlahan lebih kurang 30 minit..
bila ayam telah lembut.. tuangkan kedalam kuali..
masak lagi diatas api perlahan.. masukkan garam.. aji dan gula secukup rasa..
masukkan juga santan.. daun limau purut.. daun kunyit.. kerisik.. dan asam keping..
masak sehingga kuah menjadi pekat atau naik minyak..
bila kuah telah pekat.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

Saturday, May 14, 2011

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum semua..

Hari maklong minta tolong paklong beli lauk dan sayur.. paklong beli ayam dan bayam..
maklong pun mula pening dengan ayam ni.. tak tahu naka masak apa.. selalunya kalau malas2 maklong goreng je.. tapi ayam ni dah dipotong kecik2 sangat.. kira tak sesuai untuk digoreng..

Pikir punya pikir.. maklong masak halia jelah ayam ni senang.. dan mudah nak sediakan bahan.. semua ada kat peti ais..



Bayam maklong masak bening je.. senang lagi cepat..


Resepi ayam masak halia ni maklong tiru menantu maklong yang sabahan tu selalu masak ayam selain sup..

Bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil2
2 inci halia dihiris halus
7 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
3 sudu sos tiram
garam & aji
3 biji cili hijau dibelah 2
1 labu bawang holland dipotong bulat

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang dihiris dan dimayang hingga kekuningan..
masukkan ayam.. kecilkan api.. masak hingga ayam menjadi lembut..
masukkan pula sos tiram.. garam dan aji.. secukup rasa..
akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hijau..
tutup api.. sedia untuk dihidang..

Sunday, May 8, 2011

Ayam Masak Semur Bali & Asparagus Goreng

Assalamualaikum semua..
Maklong ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU.. buat ibu kandung.. ibu tiri.. ibu mertua dan ibu mertua tiri maklong.. wahhh.. maklong kaya ibu.. juga buat anak2 dan teman2 maklong dimana sahaja berada.. semuga kita semua berjaya menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita.. insyaAllah..




Bersempena hari ibu.. tengahari ni maklong masak menu ulangan yang menjadi kegemaran paklong dan anak2 setakat ni.. asparagus goreng dan ayam masak semur bali.. sebenarnya pagi tadi paklong call maklong ucap selamat hari ibu dan nak ajak makan tengahari kat restoran Tu Dia Pak Tam.. tapi masa tu maklong baru balik dari pasar borong dan dah pun berada didapur mulakan xtvt memasak.. tapi bukan maklong menolak just say yes je.. hehe..

Hari ni tertunai sudah keinginan maklong untuk cuba memasak asparagus yang tergemuk.. 1kg rm15.. bagi maklong sedap lagi yang sederhana gemuk.. rasanya lebih manis.. eh manis ke..? kira sesedap rasalah..

Resepi untuk asparagus ni.. uols boleh jenguk DISINI..



Manakala resepi untuk ayam masak semur bali ni uols boleh jenguk DISINI.. sebab resepi ni resepi ulangan.. maklong segan nak salin balik.. maklong mengantuk giler ni sebab malam tadi teman menantu maklong yang menjaga suaminya demam yang tak kebah2.. dah bawak kehospital selayang malam tadi.. tapi masih belum ada perubahan..

Friday, April 29, 2011

Ayam Masak Semur Bali Resepi Bonda


Assalamualaikum semua..

Tengahari ni maklong kena masak jugaklah.. sebab anak maklong si Diana tu tak dapat cuti hari ni.. maklong suruh menantu maklong beli ayam sekor.. sebab maklong nak cuba resepi yang mak maklong selalu masak bila hari raya..

Malam tadi maklong call mak maklong.. tujuannya nak tanya resepi semur bali ni.. tapi maklong terkedu sekejap sebab suara mak tak seceria selalu.. macam tengah lemah je.. rupanya memang ye.. mak tak sehat macam biasa.. mak maklong ni ada lemah jantung.. batu karang dan selalu sakit kaki.. maklong ajak mak datang rumah maklong tapi dia menolak.. dan memang perangai maklong tak suka mendesak..



Resepi untuk masak semur bali yang mak maklong bagi ni tak berapa lengkap.. jadi maklong agak2 je bahannya ikut citarasa maklong..

Bahan:
1 ekor ayam potong 14.. goreng jangan garing sangat
2 sudu kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
aji & gula

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
masukkan pula bawang goreng tumbuk.. santan.. kerisik.. kicap.. aji dan sedikit gula..
masukkan ayam dan gaulkan hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Friday, April 15, 2011

Ayam masak Kicap



Assalamualaikum..
Selamat pagi jumaat semua.. Hari ni merupakan hari cuti maklong.. eh macam kawan maklong yang dok kat Kedah dan Kelantan pulak.. Makngah pun hari ni cuti kan.. maklong cuti sebab anak dan menantu maklong ni offday hari ni.. urusan masak memasak dan cucu maklong serah pada anak.. kebetulan miza pun masuk kerja pukul 6..

Pagi2 tadi maklong dah masuk dapur.. kemas2 sikit pastu operasi menyental periuk belanga.. sebelum beli dapur hari tu kan dapur maklong macam problem sikit.. habis vontot2 kuali dan periuk maklong berjelaga.. so, hari ni maklong sentallah sikit2 bagi kilat balik.. sambil tu maklong panaskan lauk pauk malam tadi yang tak habis..

Kerja2 maklong beres..!! anak maklong pulak ambil alih kat dapur.. dorang baru balik dari pasar borong.. beli lauk untuk makan tengahari.. hari ni diana masak ayam kicap.. resepinya dari maklong.. miza sibuk mengecat dinding dapur yang terkena kotor sikit2.. menantu maklong pulak sibuk membetulkan pintu kabinet dapur yang tercabut enselnya.. wahhh..!! semua orang sibuk nampak..


Ok.. lain kali je sambung sembang.. maklong nak salin resepi dulu ye..

Bahan:
1 ekor ayam potong 16, bersihkan dan gaul dengan garam kunyit
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 cawan kicap cap kipas udang manis
serbuk perasa
air asam jawa
2 biji cili hijau belah dua
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato belah enam
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
goreng ayam hingga separuh garing.. angkat dan toskan
panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan yang telah dihiris.. bunga lawang dan kayu manis hingga kekuningan..
masukkan air dan kicap.. air asam jawa serbuk perasa dan serbuk lada hitam..
bila rasa dah ok.. masukkan ayam.. cili hijau.. bawang besar dan tomato..
siap..!! tutup api dan hidangkan..

Wednesday, April 13, 2011

Ayam masak Merah

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah blog maklong ni.. Bukan blog pakar masak yang nak tunjuk skill memasak.. tetapi blog berkongsi resepi masakkan yang dimasak atau resepi yang baru dicuba..

Lauk untuk makan tengahari yang masih berasap ni.. ayam masak merah.. hari ni maklong masak lambat sikit.. sebab maklong guna ayam dalam peti ais.. sambil maklong tunggu ayam maklong lembut sambil maklong menyembang dengan sahabat maklong Huda yang tinggal kat Selayang Jaya ni je.. terima kasih Huda sebab datang rumah maklong.. walau pun dekat kami jarang dapat berjumpa.. so, banyaklah yang kami bualkan.. banyak ilmu yang maklong dapat hari ni.. dari cara guna periuk hingga ke rempah ratus dan resepi2.. best..!!


Wah.. siap ada salad Cameron lagi.. hidangan maklong hari ni.. nak bagi paklong makan ni.. sebab paklong suka ulam ni.. maklong tak suka..


Ayam masak merah ni.. resepinya maklong belajar dari jiran2 maklong.. masa maklong muda2 dulu tinggal kat felda.. dan menu ni adalah kegemaran anak2 maklong terutamanya bila tiba hari raya.. cicah dengan nasi himpit..

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 16..
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 batang serai dititik
1 mangkuk cili kisar
5 biji cili merah dikisar
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu gula
garam & aji
4 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah 4

Cara:
ayam dibersihkan dan ditoskan.. goreng jangan terlalu garing..
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan kulit kayu manis.. bunga lawang.. buah pelaga.. serai.. cili kisar.. tumiskan hingga pecah minyak..
masukkan pula sos cili.. sos tomato.. dan sos tiram.. gula garam dan aji secukup rasa..
masukkan sedikit air.. masukkan cili besar.. bawang besar.. tomato..
akhir sekali masukkan ayam.. gaul hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Sunday, April 10, 2011

Ayam Goreng Berempah Simpel



Sup ayam untuk cucu2 maklong dah pun siap.. sayur pun dah siap.. tinggal beberapa ketul ayam ni je yang belum dimasak.. mmm.. nak masak apa yerk..??

Dalam dok pikir2 nak masak apa.. maklong cari yang paling senang.. goreng.. tapi kali ni berempah.. berempah yang simpel.. kira apa yang teragak nak bubuhlah.. jom tengok macamana tu...

Bahan:
8 ketul ayam cuci dan toskan..
2 inci halia ditumbuk lumat
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 sudu cili kisar
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam
2 sudu serbuk kari
sedikit aji

Cara:
satukan semua bahan2 diatas dan perapkan selama sejam..
panaskan minyak.. dan goreng hingga garing..
angkat dan hidangkan..
sonang bai to..