Blogger Layouts

Followers

Friday, May 6, 2011

Cerita Bergambar.. maklong balik kampong..


Pisang abu.. pisang nipah.. pisang kepok.. mana satu uols sebut nama pisang ni.. maklong biasalah.. jowo kan, pisang kepok lah.. hehe.. ni pun mak maklong yang tebangkan tadi.. banyaknya rezeki maklong hari ni kan..


Hari ni maklong tak main masak2 macam biasa.. tu yang tak ada n3 masakan maklong hari ni.. hari ni kan anak dan menantu maklong offday.. so, maklong ajak mereka balik kampung menjenguk mak maklong.. yang ni mak tiri maklong tapi maklong sayang beliau macam mak kandung maklong jugak..

Walau pun bapa maklong dah lama meninggal.. tapi hubungan kami macam biasa.. malah bertambah baik rasanya.. kalau maklong ada masaalah.. mak tiri maklong ini adalah orang yang pertama maklong jumpa.. dia pendengar dan penasihat yang baik dan telus..

Setiap kali maklong balik kampung.. macam2 mak petikkan untuk maklong bawa balik ke selayang.. mak tiri maklong ni seorang yang tak reti dok diam kat dalam rumah.. ada2 sahaja yang ditanamnya dikeliling rumah.. antaranya..


Cili api kampung.. mak maklong dah siap buang tangkai.. katanya, kalau tak buang tangkai cili akan cepat busuk..


Terung ni boleh buat ulam.. lembut dan sedap.. boleh juga digoteng atau direbus lepas tu cicah sambal belacan..


Dapat jugak akhirnya.. walaupun sekarang ni bukan musim belimbing buluh ni berbuah lebat.. bolehlah lepas teringin..


Pegaga ni mak maklong ambik dari celah2 pokok bunga yang ditanamnya.. maklong selalu minum air pegaga bersama madu tualang..


Ni baru betul2 pucuk ubi.. pucuk ubi ni namanya ubi menteri.. daunnya kan panjang2 tu.. memang khas untuk dibuat sayur.. sedap..!!


Teratak mak maklong.. yang dikelilingi oleh pokok2 sayur kampung dan bunga2an yang menyegarkan.. berwarna warni.. sila perhatikan bonet kereta maklong tu.. sarat dengan berbagai2 hasil kampung.. pokok bunga pun ada.. siap dengan pasu sekali.. terima kasih mak..


Sempat singgah kat Tesco.. saje nak jamu mata.. ada yang maklong berkenan.. tapi tak dapat nak rembat.. lain bulan boleh kut..
yang berbaju merah tu anak maklong.. Diana yang mendukung Syafiqa, anaknya..

16 comments:

cik cek said...

Wah! maklong...sekali balik kg borong habis bwk balik rumah....bestnya...macam2 ada...tak yah p beli lagi kat Pasar malam kan maklong...

Along Maklong said...

cek..
hehe.. selalu memang macam nilah setiap kali balik kampung.. penuh bonet.. dua tiga hari ni tak payahlah maklong beli sayur kat pasar..

CT NoArIzAh ArIs said...

Kg mak long kat mana cantik rumah tu !!

Along Maklong said...

CT..
kampung maklong kat Tanjung Karang..
taklah cantik sangat.. bese2 je..:)

Mama Miraki said...

cantiklah rumah maklong kat kg tu...bestnya balik kg...

Along Maklong said...

ye ke..?
rumah orang lain lagi cantik2..
memang best.. lagi pun kan tak jauh sangat dari selayang ni..

IXORAROXI said...

cantiknya rumah mak Mak Long tu....kalau nak balik kg abang saya kena lalu tg karang dulu..saya pun sama,kalau balik kg abang, macam2 abang kutip bawa balik, dalam kebun sawitnya ada banyak pucuk tenggek burung, pucuk meranti, pucuk betik, pucuk ubi pun banyak dalam kebun tu.rebus cicah sambal belacan, perghhhh!:D

Along Maklong said...

kampung abang Ixora kat mana..?
mmm.. pucuk meranti.. bestnya..!! dah lama maklong tak makan.. kalau dulu main petik je kat dalam kebun.. ada jual tapi kurus sangat.. tak sampai hati nak beli.. hehehe

IXORAROXI said...

Abang saya kampungnya di Parit 14, Simpang Lima :D

Along Maklong said...

ooo.. dah dekat sg. besar..

nuwairani ismail said...

patutla menyepi aje blognye dr smlm..balik kg rupenye..seronok kalau berjiran dgn org mcm mak long.tiap kali balik kg, konfem dpt sikit.mak long, sebelah rumah ada org duduk tak? eheheh...

Amie said...

assalamualaikum mak long,
byk2lah masak resepi jawa ye... nak belajar ni

Along Maklong said...

haha.. semua rumah area sini penuh..
bukan sebab nak berjiran dengan maklong..
tapi sebab dekat dengan hospital.. mydin.. selayang mall dll.. hihi..

Along Maklong said...

amie.. insyaAllah..
maklong pun tengah belajar jugak ni.. hehe..

MakNgah said...

meriahnya tumbuhan dan sayuran mak awk tu, gemak gemaknya cabai melaka dia, boh baja apa tuh

Along Maklong said...

memang meriah giler..
aku pun tak tau dia boh baja apa.. yang aku tahu angguk je bila dia semawa aku.. nak tak..?
hehehe..