Blogger Layouts

Followers

Sunday, May 15, 2011

Sawi RAJA Merah Goreng Telur Masin


Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong serba awal.. masak untuk makan tengahari pun awal juga.. masa maklong kepasar borong pagi tadi.. maklong terpandang sayur yang maklong tak pernah masak sebelum ni.. amoy yang jaul tu bagi tahu nama sayur tu sawi raja merah.. maklong pun belilah 1kg.. harganya rm3.50.. amoy tu siap bagi tahu maklong cara2 memasaknya.. juga sayur ni sangat baik untuk pengidap kanser dan kencing tak lawas..

Oleh kerana maklong belajar masak dengan amoy tadi tak berapa katam.. dia kata goreng talok itu telur masin manyak sidap.. apa lagi wa pun singgah itu kelai telur.. beli telur masin.. balik terus rebus semuanya.. 5 biji.. bila dah rebus baru terfikir.. macamna nak bubuh dalam sayur tu nanti.. maklong pun buang kulit telur tu.. hancurkan dan taburkan pada sayur tu..


Resepinya senang je.. macam goreng sayur biasa tapi tambah telur masin.. rasanya boleh tahan.. paklong pun suka nampaknya..

Bahan:
1kg sawi raja merah.. siang dan cuci bersih..
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu udang kering
7 biji cili api diketuk
garam & ji
1 biji telur masin dihancurkan

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 hingga kekuningan..
masukkan sayur.. masak hingga layu..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan telur masin..
tutup api dan hidangkan..


Bagi sesiapa yang tak kenal dengan sawi raja merah.. inilah rupa dia.. sawi raja hijau pun maklong dah pernah masak sebelum ni.. tapi ini lebih gemuk..

9 comments:

IXORAROXI said...

kalau pergi pasar pagi selalu nampak sayur ni..wahhhh boleh cuba ni Maklong..saya ni kalau sayur apapun saya boleh makan, pahit macam mana pun saya boleh cuba makan..tapi kalau organ dalaman upah pun saya tak sanggup nak makan:)

CT NoArIzAh ArIs said...

Ini sawi merah ke.. pernah gak nampak igtkan bayam btg merah... lenkali leh le beli sawi faveret sy m.lomg.

nuwairani ismail said...

ingatkan sy sorg je fikir ni bayam...heheh...byk pengetahuan dpt drp maklong ni...

Along Maklong said...

Ixora..
maklong, kalau sayur tu ada khasiat.. biar apa rasa pun akan cuba makan.. organ dalaman maklong tak suka hati dan paru lembu.. limpa dan pedal suka juga..

Along Maklong said...

nani & CT..
bayam merah macam bayam hijau kan..
yang ni tak macam sawi pun.. namanya je sawi, tapi raja punya sawi kut.. hehehe..

MakNgah said...

yg sy tau org panggei sayur mayung@remayung. Ada 1 lg dia warna hijau. Yg merah ni, ada bahan antioksida, spt pd sayuran n buahan berwarna yg lain, baik utk halang pykit yg bkaitan peningkatan usia. Cheewah,,, pndai2 jer bg ceramah.

Along Maklong said...

yelah timah.. amoy tu pun cakap macam tu.. buat sup lagi baik.. dia kata..
aku suka yang hijau dari yang ni.. tapi kalau boleh awet muda lepas ni aku nak beli selalu2 hehehe..

Sherly Lee said...

DaduDomino.com

Situs BandarQ 6 Game 1 ID
Minimal Dp 20rb
Minimal Wd 50rb

Bonus Turnover dibagikan Setiap Hari dan Bonus Refferal Terbesar

Menang Hanya di DaduPoker

Info Lebih Lanjut goo.gl/PpRXxc

BBM : 2BE2B4B7

giscamelia gd said...

Halo bosku semuanya kami dari C U M A P O K E R . C O M dijamin NO ROBOT !

Kami memiliki 6 jenis permainan dalam 1 user ID
-AduQ
-BandarQ
-Poker
-Bandar Poker
-Capsa Susun
-DominoA

Kami juga memberikan promo-promo yang menarik kepada seluruh member kami loh bosku
-Bonus Turnover sebesar 0,5%
-Bonus Referal sebesar 20%

Kami juga memiliki support bank local yang ternama di Indonesia
-BCA
-BNI
-BRI
-MANDIRI
-DANAMON

Kami juga menyediakan newgame yang sedang populer
-SABUNG AYAM
-FISH HUNTER ( TEMBAK IKAN )
-JOKER SLOT

Buruan daftar bersama kami dan dapatkan hadiah jackpot hingga jutaan rupiah menunggu anda bosku ^_^