Blogger Layouts

Followers

Monday, May 30, 2011

Terung Panjang Goreng Belacan

Assalamualaikum semua..

Masa maklong kerja sayur kat pasar borong dulu.. bos maklong ada ajar pasal terung panjang ni.. ada banyak jenis.. ada yang lembut dan ada yang liat sikit.. ada yang sedap ada yang tak sedap..

Bila maklong dah lama tak beli terung panjang ni.. maklong jadi lupa mana yang ok mana yang tak ok.. hari tu masa maklong masak pajeri tu maklong terbeli yang agak liat sikit.. lambat lembut dan warnanya lebam.. minggu lepas maklong beli lagi terung panjang.. tapi beli bentuk yang lain.. kali ni maklong terbeli yang sedap.. walaupun cuma dimasak goreng tapi rasanya sedap dan lembut..



Sebenarnya maklong masak terung ni semalam.. tapi terlupa nak tepek kat sini..
resepinya pun macam biasa2 je..

Bahan:
5 biji terung panjang dibelah dua dan dipotong serong
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
cili api merah*
segenggam ikan bilis*
sedikit belacan*
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan terung dan sedikit air.. kacau hingga terung lembut..
masukkan garam dan aji secukup rasa.. gula kalau suka..
tutup api dan sedia untuk dihidang..

Asparagus Masak Tumis Air



Sayur Kauki Masak Sup

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong nak share pasal sayur lagi.. maklong pasti antara kengkawan ada yang tak pernah makan sayur ni kan.. maklong dah biasa juga beli dan masak sayur ni.. arwah bapak maklong suka sayur ni.. namanya baru hari ni maklong tahu.. kauki amoy tu cakap.. ejaannta maklong kurang pasti..

Rasa sayur ni sedap.. mulanya anak2 maklong ingat sayur pucuk manis.. tapi maklong kata bukan.. kira pucuk manis cina gitulah.. sebab sayur ni cina yang suka beli.. bila maklong nak beli tadi.. amoy tu siap tanya.. awak pun tau masak ini sayur oo..
maklong pun jawaplah.. ya tau.. saya mak ajar makan ini sayur..



Resepi nak masak sayur ni pun mudah je.. macam nak masak sayur lain jugaklah..

Bahan:
2 ikat sayur kauki diambil daunnya sahaja
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu udang kering dibasuh
garam & aji

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 hiris hingga kekuningan..
masukkan air secukupnya dalam 2 mangkuk..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
biarkan air mendidih..
masukkan sayur.. masak hingga lembut..
siap..!!


Inilah rupa sayur tu sebelum dimasak.. 1 ikat rm1 je.. maklong beli 2 ikat..


Lauk maklong untuk tengahari ni.. ingatkan nak goreng ikan pelaling.. tapi paklong suruh maklong masak ayam semur bali.. maklong pun layan jelah.. anak2 dan menantu maklong pun bukan main suka dengan semur bali ni..

*p/s.. untuk resepi ayam masak semur bali ni uols klik DISINI.. ok

Sunday, May 29, 2011

Mentor.. dan ahkirnya..


Maklong percaya ramai anatara kita yang dok ngadap TV malam ni kan.. termasuk maklong n anak beranak dan cucu maklong yang nyanyi pun masih pelat ni pun tak ketinggalan juga..


Syafiqa.. anak sabahan sokong sabahan juga.. aksi cucu maklong masa layan mentor akhir malam ni..


Ada pulak yang balik kerja terus ngadap TV.. masih beruniform Parkson.. penyokong setia Salma..


Tergugat juga dengan persembahan Iqa.. maklong sokong Shiha sebenarnya.. sebab pakej dia kut.. tapi tak sempat nak tangkap gambar dorang..


Dan akhirnya.. Salma yang menang.. suara dia memang mantap.. tak leh nak kata apalah kan.. TAHNIAH..!! Puas hati tengok.. sebab TV dah besar sikit.. gambar terang benderang.. maklong yang serba ketinggalan ni baru beli lcd TV dan baru juga langgan Astro.. bukan maklong pun.. anak2 punya.. maklong tolong beli dan tumpang tengok je..

Red Velvet Cake.. again

ALHAMDULILLAH.. syukur maklong kepada Allah.. sebab kek maklong kali menjadi sangat2.. yang semalam pun menjadi.. taklah segebu yang hari ni..

Rajinnya maklong kan.. hehe.. mesti ada yang cakap macam tu.. bukan rajin.. tapi semalam buat tak puas hati.. bila anak2 tak suka dia punya topping.. bahan2 pun ada lebih dari buat kek yang semalam.. tu yang maklong buat lagi dan tak nak boh topping.. bak kata kawan maklong Datin Lina.. buat ghogi je.. beli bahan mahe2 buang pulak..


Kek ni posing dari dekat.. sebab biar nampak kegebuannya.. sapa2 yang belum cuba.. rajin2 kan diri untuk mencuba ye.. sebab bila kita selalu mencuba mesti akan dapat hasil yang kita mahukan.. insyaAllah.. lagi pun rasanya memang sedap..!!



Resepi kek ni.. macam biasalah, uols klik kat blog anak maklong.. DISINI.. cuma maklong derhaka sikit2..
gula castor maklong guna 300gm
tepung guna tepung gandum campur double action baking powder
serbuk koko maklong guna 1 sudu je.. sebab imported punya.. warnanya gelap sangat bila guna 2 sudu..



Nilah tangan cucu maklong si syafiqa.. yang pantang nampak maklong nak potong kek.. mesti dia nyanyi hepi bede to you.. (pelat)

Saturday, May 28, 2011

Red Velvet Cake

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong bercuti dari menjaga cucu2.. jadi maklong menghabiskan pagi maklong dengan blogwalking.. malam tadi maklong nampak anak maklong Maira & In buat kek ni..
"red velvet cake".. maklong sebenarnya lama dah teringin nak cuba buat kek ni.. tapi entah kenapa bila maklong tengok senarai bahan2nya rasa macam banyak sangat.. dan modalnya agak besar.. betul kan..

Jadi maklong tangguhkan.. bila maklong nampak anak maklong buat rasa semangat maklong timbul pulak.. pagi tadi maklong tengok ke blog2 kengkawan yang dah lebih dulu buat kek ni.. banyak juga bahan yang maklong kena beli.. lastly.. maklong ikut resepi yang ada kat blog anak maklong tu.. maklong pun tulis dan terus ke bibun kedai jual bahan2 buat kuih yang letaknya tak sampai 1/2km dari rumah maklong ni.. habis jugak dalam rm50..

Kek ni dah siap sepenuhnya dan dah pun dirasa oleh anak2.. tapi tulah.. semua pun tak suka toppingnya.. termasuklah maklong.. dorang makan keknya je.. rugi2.. modal untuk topping sahaja lebih dari rm20.. buang macam tu je.. rasa nak nangis maklong tau.. huhu..



Nilah rupa kek maklong.. bukan hasil kerja tangan maklong pun.. ada hamba Allah tu tetiba ringan tulang nak tolong maklong..



Untuk resepi kek ni.. uols tengok kat SINI ye..
tapi maklong lebihkan gula kastor.. 250gm..
tu pun tak manis sangat.. kira sesuai untuk orang yang tak suka manis..


Ha.. jangan tak percaya.. maklong sebenarnya pun tak berapa nak percaya.. yang paklong ni pandai juga menepek2 krim atas kek ni.. paklong yang tawarkan diri.. sebab dia tengok maklong terkial2 kut.. hehe.. dan paklonglah yang buat sampai siap toppingnya.. terima kasih paklong..

Friday, May 27, 2011

Kuih Jemblem


Kuih ni maklong buat petang tadi.. untuk minum petang.. entah kenapa tiba2 maklong teringat nak buat kuih ni.. mulanya maklong tak tahu nama kuih ni.. lepas maklong call mak maklong.. mak maklong yang bagi tahu nama kuih ni jemblem.. rasanya ni nama jawa.. nama melayunya maklong tak tahu.. ada sapa2 tahu tak.. tolong bagi tahu ye..

Kuih ni dibuat dari ubi kayu yang diparut.. dibubuh inti gula melaka lepas tu goreng.. dulu2 masa maklong kecik.. mak maklong selalu buat kuih ni.. rasanya sedap sangat.. tapi hari ni bila maklong cuba buat sendiri.. dah tak sedap pulak.. tapi maklong buat main agak2 je..

Untuk menghabiskan kuih ni tadi.. maklong paksa anak2 maklong makan sorang sebiji.. ada yang terkulat2 nak menghabiskan sebiji kuih.. entah kenapa maklong rasa lucu sangat.. kuat maklong gelakkan dorang makan terpaksa.. anak2 maklong memang tak suka kuih muih.. tu yang maklong jarang2 buat kuih..


Bentuk sebenarnya lonjong2.. tapi maklong asyik nak terbentuk macam kuih cek mek molek.. lepas tu maklong bulatkan je.. dah jadi macam onde2 pulak kan..


Resepinya senang sangat..

Bahan:
1 kg ubi kayu diparut
1/2 biji gula melaka dihiris halus2
minyak untuk menggoreng

Cara:
jemput ubi yang telah diparut.. bubuh gula melaka..
tutup.. dan bentukkan ikut suka hati..
gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.. guna api kecil..
bila dah kekuningan angkat dan toskan..
sedia untuk dihidang..

Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cekur

Assalamualaikum semua..

Ni lauk makan tengahari maklong.. selain sambal sotong.. kali ni maklong kurang rajin nak bakar ikan ni.. so, maklong goreng je..



Resepinya uols jenguklah kat SINI ye.. bezanya ikan tu digoreng atau dibakar.. bagi maklong dibakar lebih sedap.. lebih ori..!!

Kerang Goreng

Selamat pagi semua..

Pagi2 lagi maklong dah uplod gambar kerang goreng ni.. sekarang baru ada kesempatan nak sambung bercerita pasal kerang ni.. ada sapa2 pernah cari kerang kat tepi2 laut tak.. maklong masa umur dalam 12 tahu macam tu pernah ikut anak kakak angkat maklong pergi cari kerang.. bukan senang tau.. kena berenang dalam selut yang hingga kepinggang dalamnya.. kalau sekarang maklong lebih rela beli dari pergi cari sendiri.. padahal dulu harga kerang baru 10 sen sekati.. sekarang rm3 1kg..

Biasanya maklong suka masak sambal tahun kerang ni.. tapi teringat resepi dulu2 masa kecik2.. tu yang maklong goreng.. cicah dengan sambal belacan.. mak mentua lalu ikut belakang pun kita tak perasan.. hehe



Resepinya untuk kerang goreng ni pun senang je.. campak2 je apa kita nak.. ni yang biasa maklong masak..

Bahan:
2kg kerang cuci bersih2
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
3 batang serai diketuk
garam & aji

Cara:
panaskan secawan minyak.. masukkan bahan hiris dan serai.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan kerang.. kecilkan api.. tutup kuali dengan tutup periuk sekejap.. supaya kerang masak sekata..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
bila kerang dah masak.. angkat..
sedia untuk dihidang..

Ikan Sembilang Masak Asam Pedas

Assalamualaikum semua..

Sebelum naik tidur maklong nak tayang masakkan anak maklong diana.. macam semalam juga.. balik kerja dia masak lagi.. kali ini masak asam pedas ikan sembilang.. kali ni dia kurang rajin agaknya.. dia guna perencah asam pedas yang dalam peket tu.. tak payahlah maklong sebut jenama apa.. sebab tak sedap..!! cair sangat.. padahal anak maklong guna 2 peket tu..


Sebenarnya maklong tak pernah beli ikan ni.. rasa dia maklong kurang suka.. tapi paklong dan anak2 yang lain nampak berselera je.. maklong suka ikan sembilang laut yang warnanya tak hitam sangat.. tapi maklong tak pernah jumpa kat pasar borong selayang..


Resepinya.. anak maklong guna yang segera.. cuma tambah bawang merah dan bawang putih je.. serai dan daun kesum.. bendi kalau suka..

Thursday, May 26, 2011

Sambal Berapi Udang Kering


Assalamualaikum semua..

Maklong hari ni kan rasa macam stress sikitlah.. gara2 cucu baru maklong si Nina yang meragam.. dari mula sampai hingga masa ibu dia jemput.. asyik nak menangis je.. tidurnya pun tak berapa lena.. maklong kena berada disisinya sentiasa.. kena berkaraoke.. macam2 lagu, kalau berhenti nina akan menangis.. dahlah maklong puasa.. kering tekak maklong.. hehe..

Alhamdulillah anak maklong miza, dan menantu maklong ada.. bolehlah tolong jagakan cucu2 yang lain.. maklong harap sangat dapat terus menjaga nina ni.. tapi kalau rasa dia tak serasi dengan maklong nak buat macam mana kan.. biarlah ibunya cari orang lain untuk menjaganya..

Oleh kerana keletihan.. maklong hanya mampu terduduk kat sofa depan tv.. sambil tengok rancangan tv yang menarik juga bagi maklong.. bila waktu berbuka dah dekat maklong barulah masuk dapur.. mereka2 apa yang boleh dimasak.. maklong teringin yang pedas2.. tu yang maklong buat sambal udang kering ni..



Resepi sambal ni senang je.. maklong gunakan udang kertas yang kering.. udang ni ada dijual masih berkepala dan ekor.. kita sendiri kena bersihkan.. selalu maklong nampak tokeh2 kedai makan cina beli berkilo2.. bila maklong tanya.. mau bikin apa.. dorang jawap nak buat perencah sup.. sup tu kuahlah kan..

Bahan:
2 genggam udang kertas kering
1 genggam udang kering tanpa kulit*
2 genggam cili api kampung*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
!/2 biji bawang besar dipotong bulat
garam & aji
gula
air asam jawa

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan udang kering.. goreng hingga agak garing..
masukkan pula bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga naik bau..
masukkan air asam jawa.. garam.. aji dan gula.. secukup rasa..
masukkan bawang besar..
bila bawang dah layu.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

Kek Lapis Masam Manis Bakar.. ke2

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong tak masak.. sebab puasa.. untuk cucu maklong, ada baki daging goreng malam tadi.. ikan goreng pun ada..

Hari ni maklong nak cerita pasal kek lapis ke2 maklong..
maklong buat masa adik maklong bertunang hari tu.. sebagai buah tangan..
hasilnya.. uols tengoklah..
maklong puas hati dengan rupa kek ni.. nipis gitu..
kira lebih baik dari yang mula2 buat hari tu kan..

Kepada kengkawan yang masih teragak2 nak mencuba sendiri kek ni..
cubalah.. maklong sangat galakkan..
bengap2 maklong buat kek.. kira menampakkan peningkatan jugak..
sebab maklong tak putus asa..
bukan maklong perasan sendiri.. adik2 & sepupu maklong kata pun sedap..
mak maklong siap tanya.. beli ke kek ni..? berapa harga sebiji ni..?
maklong jawap.. nilah hasilnya berblog..
ilmu dan semangat..



Resepinya.. sama macam kek lapis maklong yang pertama.. cuma maklong guna telur gred A.. jadi maklong gunakan 10 biji..
uols klik DISINI..

Daging Goreng Halia



Putu Bambu World


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Semalam maklong tak sempat nak berceloteh.. so pepagi buta ni maklong ada masa sikit.. nak mencelah sekejap.. sebelum mengadap cucu2.. hehe.. maklong sebenarnya nak tumpang tanya.. ada sapa2 pernah ternampak putu bambu ni.. kat mana ye.. ni maklong tanya betul bukan main2 tau..

Malam tadi anak maklong yang kerja kat Sri Ternak tu balik dari kerja bawak kuih ni.. bila maklong makan.. rasanya seeeedap sangat.. ingatkan dia beli.. maklong suruh dia beli lagi hari ni.. rupanya ada customer tempat kerja dia bagi.. dan anak maklong yang langsung tak ramah ni bukan nak tanya.. jadi kalau ada sapa2 tau kat mana ada jual putu bambu ni bagi tahulah ye.. maklong tak puas makan.. sebab 1 bungkus ni kongsi ber3..


Tuesday, May 24, 2011

Maklong Tak Boleh Sign In Blog


Hari ni seharian maklong tak boleh nak sign in blog.. nak komen kat blog kawan2 pun tak boleh.. nak balas komen kawan2 pun tak boleh.. sedih wooo.. nasib baiklah maklong hari ni tak masak apa2.. jadi tak ada resepi yang maklong nak kongsikan disini.. hari ni maklong bizi giler.. kena jaga cucu2 yang 4 orang ni sorang2.. nak buang air pun tak sempat ko.. alhamdulillah paklong memahami.. balik dari kerja dia tak terus tidor.. tapi tolong maklong tengok2 kan budak2 ni.. lepas tu belikan maklong nasi bungkus.. untuk maklong dan cucu2 maklong ni makan tengahari..

Pasal blog maklong yang bermasaalah ni.. siap mengadu kat anak & menantu maklong yang kat jepun.. dorang kata boleh je sign in blog maklong ni.. dorang suruh maklong tutup lepas tu bukak balik.. tak boleh jugak.. maklong pun terus godeh2 jugaklah.. dah dekat pukul 12 malam baru nak ok.. alhamdulillah..

Selamat malam.. dan jumpa lagi besuk dan hari2 seterusnya.. insyaAllah..

Monday, May 23, 2011

Lobak Putih Masak Tumis Air

Assalamualaikum semua..

Ni adalah menu tengahari maklong.. lobak ni dah lama dok dalam peti ais maklong.. baru hari ni teringat nak masak.. teringat resepi kakjee.. tu yang maklong beli lobak ni dan nak cuba masak.. maklong tak pernah masak sayur ni sebelum ni..

Bila dah siap masak.. rasanya ok jugak.. 2 biji maklong masak habis licin.. tapi kena ada ikan goreng dan sambal belacan.. baru kena..



Resepi untuk masak ni pun mudah juga..

Bahan:
2 biji lobak putih.. buang kulit potong nipis
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
garam & aji
1 sudu lada hitam

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan hiris dan ikan bilis hingga kekuningan..
masukkan air secukupnya.. bila dah mendidih masukkan lobak..
masukkan garam.. aji.. dan lada hitam..
masak hingga lobak menjadi lembut..
tutup api.. sedia untuk dihidang..