Blogger Layouts

Followers

Tuesday, May 3, 2011

Masak Lemak Tempoyak Ikan Keli


Assalamualaikum semua..
Menu tengahari maklong hari ni.. ikan keli masak lemak tempoyak.. ikan keli goreng.. sayur kobis goreng dan sambal tempoyak campur ikan bilis..

Ikan keli masak tempoyak ni adalah cubaan pertama maklong.. tu yang maklong masak tak banyak.. takut tak laku.. rupa2nya sedap dan sangat laku.. so, anak2 yang makan kemudian kena hirup kuah je.. siannn kan..



Resepi masak lemak tempoyak ikan keli ni maklong ambil dari myr.. dimana resepi asalnya ialah ikan patin.. tapi maklong ubah kepada ikan keli..

Bahan:
1 kg ikan keli potong 2.. cuci dengan asam dan garam kemudian cuci dengan air basuhan beras, supaya hilang bau hanyir
1 genggam cili api*
1 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 sudu tempoyak
1 cawan santan pekat
garam & aji
gula

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. masukkan dalam periuk.. bersama serai
bancuh tempoyak dengan air secukupnya..
masak sehingga air mendidih.. masukkan ikan..
masukkan juga santan pekat.. bubuh garam.. aji.. gula secukup rasa..
bila ikan dah masak.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

10 comments:

IXORAROXI said...

saya memang tak makan ikan keli, cumanya masak jugalah untuk encik abang dan anak2, goreng garing2 je..kuah tempoyak tu nampak 'power' eikk

cik cek said...

Salam maklong....

Sedapnya...kechur cek tgk...perut dahla lapo...bebunyi2 lagi...mintak sikit maklong....lum lunch lagi ni...:)

Along Maklong said...

Ixora.. rugilah tak makan ikan keli.. hehe..
kuah tu memang power sebab tempoyak buatan sendiri.. bleh bubuh banyak2.. kalau yang beli tu bubuh banyak2 jadi masam..

Along Maklong said...

memang sedap.. bagi maklong dan ank2 yang memang suka sangat ikan keli ni..

boleh2.. tapi kena self pick-up.. hehe..

CT Delima said...

Assalamulaikum maklong

Ini lauk kesukaan anak dara ct ni. sejak2 duk kat jengka tu suka pulak dia makan ikan keli ni. Tapiiiii.. mama dia tak makan, siap oder suruh ct masak..mintak ampunnn tak rela nak masak sejak turun temurun ct tak makan.. hehehe.


Maklong.. meh gi Dapur CT amik award GOLD KAD seikhlas dari ct buat semua follower Dapur CT. Mana lah tahu maklong nak shopping breadmaker ker nanti bolelah gesek2 jer Gold kad tu.. hehehehe

Along Maklong said...

w.salam CT..
memang ramai yang tak makan ikan ni.. nasib baik maklong satu family suka ikan ni.. sekali masak 2kg tak cukup..

terima kasih CT.. terharu maklong.. tapi macam biasalah.. lambat sikit.. bukan reti nak ambik sendiri.. kena tunggu PA senang barulah dia boleh tolong ambikkan.. hehehe..

MakNgah said...

haha Eda, Mr Kok Hong Fatt salu skodeng blog awk rupanya... dia bgtau awk tgh masak ikan keli tempoyak kt fb

Along Maklong said...

haha.. la ye ke..?
x perasan pulak aku.. aku la ni jarang sangat nak jenguk fb.. jenguk kejap2 je..

MakNgah said...

a'aa pandai la awk, rasa sy kalo nk masak tempoyak ngan patin sangkar, elok gantikn ngn ikan keli, sbb pd sy, patin tu trlalu berlemak

Along Maklong said...

aku memang lebih suka ikan keli.. aku pun tak pasti kenapa.. anak2 aku yang minat sangat dengan patin ni.. kalau rajin besuk masak patin kut.. anak2 aku request..