Blogger Layouts

Followers

Saturday, October 13, 2012

Diana Anak Mak..



assalamualaikum semua..
ada tak yang rindu maklong..? ada rasanya.. Maira Anjami rasanya yang paling rindu kat maklong.. sebab dah lama sangat maklong menyepikan diri dari blog ni.. selalu dia pujuk maklong supaya update blog maklong ni.. biarpun dengan hanya sekeping gambar tanpa kata2.. dan hari ni akhirnya maklong kuatkan semangat maklong untuk kembali berceloteh disini demi memenuhi permintaan anak kesayangan maklong ni.. tapi bukan nak cerita pasal dia pun.. sorry dik..

maklong pagi2 ni doklah meleleh2 airmata syahdu syahdan teringat sejarah silam.. ditambah pulak baca blog nani rostam.. lagilah tangkap leleh.. gambar kat atas tu ialah anak maklong no.2.. Diana.. orangnya biasa2 je.. tak cantik dan sekolah pun tak tinggi.. tapi maklong bersyukur sangat punya anak sepertinya.. hari ni maklong nak cerita pasal dia..

Diana ni lahir pada 5/6/1984.. 5/6/2000.. ngam2 umur dia 16 tahun.. dia dah mula bekerja.. kerja kilang je.. dian tak nak sekolah sebab dia nak kerja dan tak nak susahkan maklong katanya.. masa tu maklong baru kematian suami.. akur dengan kemahuan dia.. dia tak lama kerja kilang sebab maklong ajak dia balik tolong maklong yang baru nak belajar berniaga kecil2an masa tu.. Oleh kerana kat felda masa tu harga kelapa sawit merosot.. maklong meniaga pun tak berapa ok.. Diana kerja jadi bibik (pembantu rumah).. sedih kalau maklong ingat2kan.. dia kena jaga anak2 majikannya seramai 8 orang.. maklong jaga anak 4 pun menangis.. huhu..

Semasa Diana jadi bibik ni.. maklong pun berhijrah ke Selayang ni.. sebulan kemudian dia ikut maklong.. dia hanya sempat menganggur sehari je.. sebab dia dapat kerja jaga kat pusat sains negara.. dia kerja sampai kontrak syarikat tu habis..

31/12/2002.. last kerja jadi jaga.. 1/1/2003.. rehat cuti umum kan.. maklong mintakkan dia kerja kat pasar borong pulak.. Sri Ternak Food Mart.. 2/1/2003 mula bekerja hinggalah sekarang.. dan berkahwin dengan rakan sekerjanya dari sabah dikurniakan 2 orang anak.. sorang meninggal..

Cerita yang tak menarik.. tapi maklong hari ni tiba2 jadi tertarik dengan dia.. bersyukur kepada Allah.. sebab Diana anak yang baik.. anak yang tak banyak kerenah.. tapi maklong selalu marah dia.. mentang2 dia tak melawan.. walaupun dia sibuk bekerja.. mesti ambil cuti bila maklong memerlukan dia.. walaupun gajinya tak banyak.. dia mesti kata ok bila maklong nak beli sesuatu barang rumah..

Mak maklong kata.. kita ni biasa hidup susah.. jadi tak kesah bila kena kerja susah dan hidup susah.. semalam.. hari ini.. esok.. yang pasti bukan untuk selamanya susah..

Maklong selalu pesan kat Diana.. biarpun kita tak berjaya dalam pelajaran.. cubalah berjaya dalam hidup.. semuga kamu berjaya..!! tak perlu nak tawan selayang.. apatah lagi negara atau dunia.. tawan keluarga pun dah memadai.. kamu anak yang baik dan semuga anak kamu baik terhadap kamu.. InsyaAllah..

MAK SAAAYANG KAKAK..!!



21 comments:

Sharifah Nadzarah said...

assalam maklong...
yelah maklong dah lama tak update blog nape maklong..windu dgn lauk pauk maklong....
utk diana moga berjaya dunia akhirat..

Anonymous said...

Salam Mak Long.... Rinduuuuu sangat dekat mak long... utk diana,bahagiakan hati ibu tu lbih baik drpd bnyak duit.... ramai org bnyak duit ttp ibunya x boleh menumpang hidup....

Syazana said...

Mak looooong.... tolong lah masuk entry masakan @ apa2 je dlm blog mak long ni.... sunyiii lah kalau mak long x de..... bertuah jadi anak mcm Diana.... sentiasa dekat dgn mak....

adda syuhada said...

tersentuh baca entry nih..

Nuwairani Ismail said...

erm...terharu je baca cerita pasal kak diana ni...lain anak, lain tuahnya...dia bertuah sebab dpt kerja dan sentiasa dekat dengan maknya...insyaallah dia akan berjaya jugak satu hari nanti....kalau bukan rezeki untuk diri sendiri, mungkin pada anaknya...

ieja amieja said...

syahdunya n3 mak long kali ini..semoga diana sukses selalu

**MAG** said...

Salam sejahtera Mak Long,
Diana anak yg solehah semoga dirahmati
dan dimurah rezeki insyallah. Suka dgn blog Mak Long
terus lah update. Baik untuk minda kita. Tks.

Maira Anjami said...

wah~~~akhirnye..hikhikhi

Hana said...

Touched! Kalo Kak Diana baca entry Maklong ni mesti dia lg touched!:')

kasihilmar said...

Semoga hidup Maklong sentiasa bahagia bersama keluarga dan limpahi rezeki selalu.

Kak Izan said...

lama tak dengar citer maklong...semoga semuanya ok hendaknya... baca entry nie sangat tersentuh hati.. apa2pun..maklong pasti ibu yang hebat kerana ada anak yang sehebat diana... :D.. semoga kasih sayang kalian berkekalan hingga akhirnya...

Cik Kamoo said...

sedih saya baca kisah diana nie, meleleh air mata. alangkah bagusnya kalau saya juga dapat menjadi anak yg baik dan menjadi kebanggaan ibu bapa seperti diana. MOga ada balasan yg baik buat diana dunia dan akhirat


Bertuah maklong dapat anak yg sebaik diana ini!!

Pen Biru said...

assalam mak long..
tertarik dgn kisah mak long ni.tak sangka ye dlm keadaan sekarang, masih ada anak yg mcmni..susah nk jumpa la mak long.
pepun..rindu sgt nk baca tulisan mak long..dah lama mak long menyepi dr blogging

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

salam singgah =)

mira said...

Salam maklong..sy ni tgh google pasal pengasuh kt area selayang..pastu ternampak plk blog ni..nk tanye maklong kalau ade babysitter yg boleh jg baby 4 bulan n boleh amik lewat sikit mcm pkl 7- 8 mlm.. sy keje di hosp selayang. Minta tolong kalau maklong ade contact. Terime kasih

mira said...

Salam maklong..sy ni tgh google pasal pengasuh kt area selayang..pastu ternampak plk blog ni..nk tanye maklong kalau ade babysitter yg boleh jg baby 4 bulan n boleh amik lewat sikit mcm pkl 7- 8 mlm.. sy keje di hosp selayang. Minta tolong kalau maklong ade contact. Terime kasih

paridah said...

salam maklong sy bangga sgt dgn Diana yg sgt prihatin dan kasihkan mamanya sanggup berkorban demi kebaikan keluarganya. jarang sekali dpt kita temui sikap anak2 sebaik itu kini...

hainom OKje said...

Untung Mak long dpt anak yg baik mcm tu... Mak Long pun mesti baik macam diakannn

hasyimahshe said...

wahhh akhirnya..tapi syima terlewat baca. skang dah terus follow. supaya boleh sentiasa perasan makcik update blog. hoyyyeaaahhh!!!

Anonymous said...

Hello mates, how is all, and what you wish for to say about this
post, in my view its actually awesome for me.

Take a look at my blog :: Så här bleker du tänderna