Blogger Layouts

Followers

Thursday, May 5, 2011

Sambal Ikan Bilis + Tempoyak


Maklong hari ni masak sambal tempoyak ni lagi dan lagi.. sebab ada adik menantu maklong yang sabahan ni suka sangat dengan tempoyak.. abangnya.. yang dah menjadi menantu maklong hampir 5 tahun.. belum pandai nak makan tempoyak.. dia kata tempoyak tu durian busuk.. boleh gitu..

Kali ni maklong buat semangkuk besar.. ameko..!! boleh tahan berapa hari agaknya.. kalau maklong tak buat sambal tempoyak budak adrian ni akan buat sambal sendiri.. maklong ajar buat sambal yang simpel tulah.. tempoyak dengan cili dan garam je tu.. itu pun punya laju dia makan.. kadang tercungap2 jugak dia kepedasan.. maklumlah maklong ni bukan reti masak tak pedas.. kecuali sup..



Untuk resepi sambal tempoyak ni uols bolehlah rujuk kat resepi yang maklong dah bagi kat n3 maklong yang terdahulu DISINI..

6 comments:

Sue's said...

alamak maklong..saya pun x pandai2 lagi makan tempoyak...

Along Maklong said...

alamak ruginya sue.. hehe..
dulu pun maklong tak suka.. tapi adik ipar maklong ajar makan sikit2.. lama2 ketagih..

IXORAROXI said...

mak aihhhhhhhh, sekali buat macam nak meniaga eikkk Maklong..rajinnya

Along Maklong said...

ni pun dah tinggal separuh je tau Ixora.. keluarga maklong ni ramai.. yang dewasa je ada 8.. setiap kali masak macam nak meniaga.. :D

nOOrsha said...

sedapnye sambal tmpoyak ni..berselera mkn... time kaseh mak long ye sudi sggh blog saye yg x sebrape tu :)

Along Maklong said...

mmm.. sedap2..
sama2.. :)