Blogger Layouts

Followers

Sunday, June 12, 2011

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum semua..

Lepas makan pisang bakar.. masuk dapur semula.. check apa yang patut.. rupanya ada yang belum dimasak.. ikan tenggiri ni maklong teringin nak masak dah lama sangat.. tapi bila pergi pasar tak jumpa yang jual isi je.. selalunya ada kepala atau ekor.. hari terjumpa pulak seperti apa yang maklong idamkan.. tapi 1 kg 20 henggit ko..
dah teringin beli jelah.. macam harga ikan maguro kat jepun mahalnya..

Anak maklong masak ikan keli dan sayur labu air dan buat juga sambal belacan.. maklong masak lemak cili api ikan tenggiri ni..



Resepinya pun senang je.. main tumbuk2 lebih kurang je.. tengok tu cili api pun tumbuknya tak lumat.. kalau nak hidang kat mak mentua ni harus fail.. hehehe.. yang penting rasa dia kan.. rupa serabut je.. tapi sedap..!! sebab apa..? sebab tumbuk guna lesung batu ko.. blend2 tak mainlah.. hehehe..

Bahan:
1/2kg ikan tenggiri potong 3
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam dan aji..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..

7 comments:

IXORAROXI said...

tengok cili atas ikan dah boleh gak, berapi!sedapnya!

Along Maklong said...

rupa je macam berapi..
sebab warnanya.. tapi tak pedas sangatlah.. biasa2 je.. hehehe..

CT NoArIzAh ArIs said...

Pesan mak sy klau msk lemak cili api ni atau apa2 saje yg mengunakan cili api lebih sedap ditumbuk mengunakan lesung batu kalau di blend hilang rasa asli lauk cili api tu w/pun hnya untuk buat sambal belacan... tu pasal kami adk bradik msti ada satu set lesung batu utk tumbuk cili api di rmh msg2 sbb lidah dan tekak dh di biasakan mkn cili api tumbuk sejak kecik.

Along Maklong said...

Ct..
samalah maklong dengan mak Ct tu.. anak yang kat jepun tu pun maklong poskan lesung batu.. hehehe
cili kering je maklong guna blender.. lain2 hal semua guna lesung batu..

Sharifah Nadzarah said...

ALAHAI SEDAPNYE MAKLONG..NAK TRY LAH..BIASENYA SY MASAK KARI & KICAP JER IKAN TENGGIRI NI..

Along Maklong said...

Sharifah..
memang sedap.. nak2 kalau dapat ikan yang masih fresh.. isinya rasa manis tau..

bella said...

maklong, sdap2..mst podeh ni ha..byk cili..tq maklong..sngt membantu budak yg baru nk blja masak ni..ngee... :D