Blogger Layouts

Followers

Saturday, May 21, 2011

Rendang Ayam Telur

Assalamualaikum semua..

Hari ini maklong nak berkongsi resepi masak rendang ayam pencen.. sebenarnya dah lama maklong nak cuba buat rendang guna ayam pencen ni.. tapi bila nak beli je lupa.. maklong kan pernah sekali masak ayam pencen ni.. masa tu mak mentua maklong nak datang.. masak berjam2 tapi tak lembut2 pun.. kesian mak mentua maklong makan daging ayam liat.. lepas tu maklong rasa serik nak masak ayam pencen lagi..

Bila maklong dah ada pressure cooker.. maklong pun teringin nak cuba masak ayam pencen guna periuk ni.. rupanya 30 minit je ayam dah lembut.. tapi maklong bukan beli ayam pencen yang kurus sangat tu.. ayam pencen yang masih gemuk sikit.. berat sekor dalam 2kg..



Resepi untuk buat rendang ni.. maklong buat yang simpel je.. sebab takut anak2 tak suka.. yalah maklong tak pernah masak untuk dorang sebelum ni.. masa dulu maklong masak.. anak maklong yang sulung baru berumur 7 tahun..

Bahan:
1 ekor ayam pencen potong 16
5 batang serai*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
20 biji cili api*
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1/2 kg santan
1 peket kecil kerisik
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
garam & aji
gula

Cara:
cuci ayam hingga bersih.. masukkan kedalam pressure cooker..
blend bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam periuk bersama ayam..
masakkan diatas api perlahan lebih kurang 30 minit..
bila ayam telah lembut.. tuangkan kedalam kuali..
masak lagi diatas api perlahan.. masukkan garam.. aji dan gula secukup rasa..
masukkan juga santan.. daun limau purut.. daun kunyit.. kerisik.. dan asam keping..
masak sehingga kuah menjadi pekat atau naik minyak..
bila kuah telah pekat.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

4 comments:

IXORAROXI said...

Maklong ni bestlah, saya suka.(mana tahu puji2 dapat seketui dua rendang ayam tu!hehehe)

nuwairani ismail said...

kak ixora ni....dtg aje rumah mak long tu...konfem dia buatkan...kan mak long???

Along Maklong said...

Ixora..
hehehe.. tak yah puji.. mai umah maklong mesti maklong masak punya..

Along Maklong said...

nani..
betul.. betul.. betul..
betul sangat2.. tak kira sapa.. asalkan datang tak mengejut2 mesti maklong masakkan.. sedap ke tak sedap belakang kira.. hehe..