Blogger Layouts

Followers

Saturday, May 14, 2011

Roti Paratha Inti Sardin


Bila dok ramai2 malam minggu bersama anak dan menantu ni.. ada je idea nak digodeh2.. nak makan2 je dari pagi tadi sampai kemalam.. dalam peti ais maklong ni dah lama maklong isi dengan puff pastry dan roti paratha segera jenama KAWAN.. tu yang kepala maklong dok mereka, sebab sambal sardin lebih inti puff malam tadi masih ada.. maka jadilah roti paratha inti sardin ni..

Kepada yang belum pernah mencuba.. cubalah..!! sebab rasa roti segera jenama KAWAN ni sangat sedap.. terima kasih kepada CMG dan juga kak jee yang memperkenalkan roti parataha segera ni.. kalau tak sampai bila2 pun maklong tak cuba dan tak akan tahu rasa nya..



Nak sediakan benda ni senang je.. roti paratha segera ni ada dijual dimana2 rasanya.. kalau maklong biasalah.. NSK tempat maklong membeli belah memang ada banyak jual benda2 macam ni.. macam2 perasa pulak tu.. maklong beli yang plain je..

Bahan:
2 keping roti paratha segera
sambal sardin

Cara:
panaskan kuali non-stick
oleskan sedikit majerin.. dan masak roti diatas api perlahan..
masukkan inti sardin.. tangkupkan..
terbalik2an sehingga roti masak dan garing..
angkat.. sedia untuk dihidang..

6 comments:

nuwairani ismail said...

bestnya makcik...pasni boleh la tart telur portugis plak.kat sabah ni susah nk jumpa puff pastry. paratha yg ada pon bukan jenama kawan

Along Maklong said...

tulah nani.. makcik ni semalam dok pusing2 kat JJ kepong.. asalnya nak beli acuan tart.. tapi tak berapa kenal yang mana satu.. last2 beli acuan lain.. hehe.. makcik memang teringin sgt nak buat tart.. tunggu..!!

Maira Anjami said...

kami kat sini setiap bulan beli sepeket yg ade 5 keping tu..hehe..cicah ngan kari pon sodap!

Along Maklong said...

kat jepun pun ada jual roti pratha segera ni..
kira oklah tu.. buat macam mak ni pun sedap..!!

IXORAROXI said...

wahhhhhh boleh cuba beli ni, tak adalah buntu sangat fikir nak masak sarapan apa untuk bebudak pergi sekolah, terimakasih Maklong berkongsi ilmu

Along Maklong said...

cuba jangan tak cuba..
sedap dan cepat disediakan..
sama2.. hehehe..