Blogger Layouts

Followers

Saturday, May 7, 2011

Pucuk Ubi Rebus & Sambal Sardin


Assalamualaikum semua..

Maklong baru lepas makan tengahari.. menu maklong hari ni simpel je.. pucuk ubi rebus cicah sambal sardin dan ikan pelaling goreng.. ikan ni maklong beli dari pasar pasir penambang yang terkenal dengan ikan2 segarnya..

Semalam maklong kan balik kampung.. bawa balik pucuk ubi sebeban.. kat pasar borong selayang ada jual pucuk ubi, tapi yang dorang jual tu bukannya pucuk ubi tapi pokok dia.. tak patut.. tak patut..

Hari ni anak maklong yang dah besar panjang.. siharis ni demam.. malam tadi isteri dia dah bagi ubat dan tampal koyok.. macam dah kurang tapi awal pagi tadi badannya panas balik.. so, hari ni dia tak kerja.. mulanya maklong nak masak lemak pucuk ubi.. tapi teringat yang haris ni tak suka masak lemak pucuk ubi.. maklong pun masaklah ikut apa yang dia suka ni..



Resepinya mudah je.. pucuk ubi tu siang macam biasa.. kalau dulu2 masa maklong jual pecal kat pasar malam keratong.. maklong ajar anak maklong yang masih kecil2 macam ni.. supaya tak termasuk daun yang dah tua.. ambil pucuk.. daun.. daun.. yang lain buang.. pastu rebus hingga lembut..

Sambal Sardin..

Bahan:
1 tin sardin mackerel
2 genggam cili api*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
air asam jawa
garam & aji
gula

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan sardin.. hancurkan.. tumis sekejap hingga naik minyak..
masukkan air asam jawa.. garam.. aji.. gula.. secukup rasa..
tambah air supaya berkuah..
bila dah masak.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

10 comments:

IXORAROXI said...

uishhhhhhhhhhhhhh sedapnya!pucuk ubi rebus Maklong tu!:D

Along Maklong said...

memang sedap..!!
maklong memang berantu dengan pucuk ubi ni.. tak kira masak apa pun.. :)

Mama Miraki said...

wahhhhh pucuk ubi...i likeeeee.....lebih2 lagi kalau dr kampung tu. Saya kalau balik kg pun tak lupa petik pucuk ubi ni. Kat KL ni saya jarang beli pucuk ubi...sebab dia bukan jual ubi, tapi daun ubi..cam nak bagi kambing makan...hehehhe

Wahhh ada ikan segar dari Pasir Penambang tak layan ikan NSK yea..hehehhe..saya kerap membeli kat NSK tu..tapi la ni dah jarang dah...

cik cek said...

Maklong memang serasi sgt...pucuk ubi ngan sardin...Wow! ...

Along Maklong said...

mama miraki..
hehe.. kita serupa.. dahlah 1 ikat tu harga agak mahal, dalam 1 ikat tu cuma ada 8 je.. tak patut betul kan..

untuk 3 hari ni maklong tak beli ikan NSK.. sebab dah beli ikan pasir penambang.. sayur pun macam tu jugak..

Along Maklong said...

cek..
sebab serasi tulah.. dah tinggal pinggan je..
malam ni kena masak sayur lainlah nampak gayanya.. :)

nuwairani ismail said...

resepi baru ni...kene tanam ubi la blkg rumah nmpk gayanya...

Along Maklong said...

hehe.. maklong pun nak cuba tanam kat hutan depan rumah maklong ni.. entah hidup entah idak..

MakNgah said...

weh, ni baru betul kenduri pucuk ubi

Along Maklong said...

hehe.. pucuk ubi free..