Blogger Layouts

Followers

Thursday, June 30, 2011

Lempeng Cicah Sirap Maple..

Assalamualaikum semua..

Uols nak baca kisah lawak maklong yang tak kelakar ni.. hari tu maklong kan ada pergi rumah adik maklong yang sambut birthday anaknya.. masa nak balik dia hulur maklong goody bag berisi abaya dari Mekah ko.. freeze magnet dari mana ye.. tak ingat.. kira dari obesi jugaklah kan.. pastu sirap maple ni dari Kanada.. dan sambil bagi tu dia ada sebut sirap maple tu untuk.. buat...... pancake.. ( yang dot2 panjang tu, maklong tak berapa dengar.. hehe)

Maklong pun ingat sirap maple tu untuk buat pancake.. semalam pagi maklong nak buatkan sarapan untuk paklong yang suka sangat lempeng.. tapi maklong bancuhlah macam buat pancake.. eh.. eh.. biar betul maklong ni.. nak bubuh sirap maple dalam bancuhan pancake.. sebab bila maklong rasa, macam madu.. cuma ada lain sikitlah kan.. maklong pun mulalah bertanyakan google.. ooooohhh..~~ untuk buat cicah.. nasub baik maklong belum tuang kedalam bancuhan tadi.. peghak sungguh makcik uols ni kan..

Patutlah dulu2 masa maklong kerja kan.. adalah satu budak tu selalu cakap maklong ni lembab.. bodoh.. kampungan.. terhegeh2.. iisshhkk.. macam2 lah dia labelkan maklong ni.. sabo je lah kan..



Ikan Bulu Ayam Goreng Tepung



Udang Goreng



Gangguan.. Jin ke Saka.. eh.. Bukanlah..

Assalamualaikum semua..

Testing.. testing.. ooppss..!! boleh pulak bila maklong uplod gambar ni.. nilah kejadian yang berlaku semalam hingga ke hari ini.. bila maklong nak uplod gambar je jadi macam ni.. ada sapa2 yang senasib dengan maklong..?

So, kalau uols tertanya2 kenapa maklong tak bersiaran.. nilah sebabnya..

Wednesday, June 29, 2011

Bunga Kucai Goreng Telur

Assalamualaikum Semua..

Sayur ni namanya bunga kucai.. bukan daun kucai tau.. maklong sebenarnya dah lama nampak sayur ni kat NSK.. gemuk sikit dari yang ni.. tapi maklong dok pegang letak je.. tak jadi je bila nak beli.. sebab maklong tak reti nak masak apa.. bila maklong tanya amoy yang jual tu.. dia kata goreng2 je.. semalam maklong beli dan cuba masak macam kak jee.. cuma kak jee guna daun kucai..


Tengok bebetul.. kan ada bunga kat setiap hujung tangkai ni.. lagi pun bentuknya bulat.. kalau daun kan leper..

Bahan:
1 ikat bunga kucai dipotong pendek2
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bils*
2 biji telur
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan bunga kucai.. pecahkan telur
tambah sedikit air.. rasa garam dan aji..
siap.. sedia untuk dihidang..

Tuesday, June 28, 2011

Hati Masak Kicap Berlada

Assalamualaikum Semua..

Semalam maklong masak semur bali ayam.. hari ni aak maklong pun bawa balik ayam lagi.. mati akal sekejap.. sebab maklong ni tak berapa gemar dengan ayam.. nasib baik dia pun ada bawa hati ayam juga.. maklong pun masak hati je.. ayam maklong simpan dalam peti..

Hati ayam tu maklong goreng dulu.. lepas tu maklong masak kicap tapi bubuh cili kisar.. tu yang jadi masak kicap berlada..


Resepi untuk masak ni pun senang je..

Bahan:
1kg hati ayam bersihkan dan goreng.. jangan garing sangat..
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan cili kisar
kicap manis cap kipas udang
air asam jawa
aji

Cara:
tumiskan bahan2 yang dihiris hingga kekuningan..
masukkan bunga lawang dan kayu manis juga..
kemudian masukkan cili kisar.. tumiskan lagi hingga garing sikit..
masukkan sedikit air asam jawa.. dan kicap secukupnya..
bubuh ajinomoto kalau suka..
bila kuah pekat.. masukkan hati..
gaul hingga rata..
siap..!!
sedia untuk dihidang..

Cekodok Durian Pulak..


Assalamualaikum Semua..

Pagi tadi.. balik dari kerja shift malam.. paklong bawak durian.. maklong tersenyum lebar ko.. paklong terus kepasar borong rupanya.. sanggup tu dia lalu je rumah ni demi nak dapatkan durian feberet maklong ni.. sebenarnya maklong dah lama teringin nak makan durian.. tapi bila tanya 1 kg rm13.. maklong undur je.. sambil berkata tunggu murahlah.. hehehe.. boleh gitu.. boleh je..

Maklong ni kadang2 berkira juga orangnya.. maklum yang nak makan bersama tu ramai.. 8 orang dewasa.. bayangkanlah.. dua hari lepas paklong ada beli juga.. 3 biji rm10.. mula2 ingat nak buat tempoyak.. bila isinya cantik.. kami terus ngap.. so, hari ni paklong beli lagi 6 biji rm15.. cantik juga isinya.. tak jadi lagi nak buat tempoyak.. tapi maklong buat cekodok.. sebab dah lama juga maklong tak buat cekodok durian ni.. tahun lepas harga durian murah.. D24 yang maklong paling suka 1kg rm6 je.. pernah maklong beli 1 kg rm4.. penuh peti ais maklong dengan durian frozen.. simpan untuk anak maklong yang masa tu nak balik bercuti beraya dan nikah sekali..


Saturday, June 25, 2011

Cekodok Pisang Kembong

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong beli pisang emas.. tapi agak ranum.. jadi bila sampai petang pisang ni macam tak berapa laku.. maklong pun buatlah cekodok.. selalunya maklong buat cekodok boh tepung je.. tak suka boh soda atau baking powder.. sebab dulu mak mentua maklong buat untuk jual.. maklong kurang suka rasanya.. macam dah tak ada rasa pisang..

Bila maklong tengok cekodok yang Nani buat.. dalam blognya.. life is beautiful.. maklong teringin pulak nak mencuba.. apa lagi maklong pun buatlah.. sedap dan lembut rupanya.. masih ada rasa pisang.. mungkin sebab tepungnya tak lah banyak sangat.. paklong dan anak2.. cucu pun suka juga..




Eh.. eh.. yang ni bukan cekodok.. tapi lontong.. nasi yang direbus lama yang dibungkus dengan
daun pisang.. macam ketupat gitu.. anak maklong dapat dari customer katanya.. maklong makan bersama masak lemak ikan tengahari tadi.. sedap jugak..

Ikan Pari Bakar Masak Lemak Cekur

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masak resepi ulangan.. ikan pari bakar masak lemak cekur.. nilah feberet maklong dari dulu masa maklong masih kanak2 hinggalah sekarang dah tua.. cuma cara membakar ikan tu dimudahkan.. jadi rasanya tak seenak yang maklong makan masa dulu2lah..


Potong ikan pari ikut suka.. kemudian bersihkan dan gaulkan garam kunyit
Bakar ikan pari dalam oven.. hingga masak.. tapi warnanya tak macam dibakarlah..

Tumbuk bahan2 cili api.. bawang merah.. kunyit hidup.. cekur dan sedikit belacan.. kemudian masak guna sedikit santan pekat..

Bila dah agak masak.. masukkan santan dan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa.. masukkan pula ikan bakar tadi..

Biarkan mendidih sekejap..
siap.. sedia untuk dihidang..

Kangkung Puteri Goreng Belacan

Assalamualaikum Semua..

Uols pernah tengok or masak kangkung ni tak..? mesti ada yang jawap ye kan.. uols masak macam mana ye.. pagi tadi maklong ajak paklong kepasar borong.. ternampak ada orang juak kangkung puteri ni.. maklong terus beli.. 3 ikat.. 1 ikat rm1 je..

Sampai rumah menantu maklong ingat pokok semalu.. hehe.. daunnya memang seakan2 daun rumput semalu.. tapi yang ni tak berduri.. puas maklong mengingat macam mana nak masak kangkung ni.. masa kecik2 dulu mak maklong ada masak.. sebab dalam kolam rumah maklong ada tanam sayur ni..

Maklong pun cubalah masak goreng belacan.. buat macam goreng kangkung biasa tu.. alamak..!! liatnya ko.. bila liat macamana nak kata sedap.. masak lama2 pun tetap liat.. hmmm.. maklong angkat jelah..



Bagi sesiapa yang tak pernah nampak kangkung puteri tu.. nilah dia rupa parasnya..

Ubi Kayu Masak Ungkep

Assalamualaikum Semua..

Mula2.. sila abaikan tarikh pada gambar2 ni.. sebab ni masakkan maklong itu hari.. tapi lupa nak tepek kat sini.. oleh kerana hari ni maklong kurang bizi.. maklong bw ke blog Hana.. terpandang ubi ungkepnya.. baru maklong teringat ubi ungkep maklong..

Maklong punya ni yang simpel je.. bahan2nya cuma bawang merah 5 ulas.. bawang putih 3 ulas dan segenggam ikan bilis.. tumbuk2 pastu tumiskan.. garam aji mestilah kan..

Bila bahan2 yang ditumis tadi kekuningan.. masukkan ubi yang telah dipotong kecil2..
masukkan garam dan aji..

Masukkan sedikit air.. perlahankan api.. tutup dengan tutup periuk.. tu yang dinamakan ungkep..
ungkep ni bahasa jawa rasanya.. ke ada bahasa lain yang guna perkataan ungkep juga..
sekali dibalikkan supaya tak berkerak.. masak hingga ubi bebetul lembut..

Bila ubi dah lembut.. kacau hingga airnya kering.. pastikan api kecil.. sebab takut berkerak..

Inilah rupa ubi ungkep tu.. maklong jarang masak ni.. mula2 paklong tengok mencebek je.. bila maklong kata rasa dulu baru tahu.. paklong pun rasa.. mula seketul.. lama2 jadi berketul2.. tandanya sedaplah kan..

Friday, June 24, 2011

Triffel Mangga Water Lily

assalamualaikum Semua..

Maklong ni betul ke tak ni.. ada ke buat triffel boh mangga.. semalam buat boh pisang.. rasa macam tak puas hati.. sebab pisang tu bila digoreng jadi berminyak sangat.. dah rasa pisang tu masam2 sikit.. ke tekak maklong yang tak betul dah.. ingatkan hari ni nak buat boh pisang lagi tapi bakar je.. bila tak jumpa pisang yang maklong nak maklong ingat nak boh ceri.. tengok dia punya harga maklong undur.. 1kg rm65.. last2 maklong beli 2 biji mangga berlainan jenis.. water lily dan satu lagi tak tahu nama.. yang sangat manis..


Oleh kerana buat triffel ni hanya perlu 15 minit je.. maklong terus sejukkan dan dah boleh dimakan.. memang sangat sedap.. yang semalam tu anak maklong diana tak dapat nak rasa pun.. tu yang buat lagi tu..



Sambal Bilis Belimbing Buluh Hitam

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong ulang tayang resepi sambal bilis hitam.. jenguk DISINI belimbing buluh yang maklong rebus hingga berwarna hitam 2 hari lepas maklong buat sambal.. pedas berapi.. sebab selalunya maklong guna cili kampung yang warna hijau.. tapi hari ni maklong guna cili api merah..

Inilah rupa sambal yang telah siap dan telah dihidang.. sedia untuk dimakan dengan nasi panas.. mak mentua lalu kut belakang pun tak perasan ko..

bahan2 yang telah digoreng hendaklah ditumbuk.. masukkan sekali belimbing buluh hitam.. cuci dulu belimbing tu supaya hilang rasa masam dan masinnya.. panaskan minyak.. kemudian ditumiskan diatas api yang kecil..
bubuh gula.. aji.. dan sedikit kicap sehingga secukup rasa..

Ini bahan2 yang diperlukan untuk membuat sambal hitam.. tambah gula.. aji dan kicap
bilisnya goreng dulu.. bawang putih dan bawang merah dihiris nipis kemudian goreng juga.. cili api pun goreng separuh masak..

Thursday, June 23, 2011

Rendang Kerang

Assalamualaikum semua..

Dalam pada sebuk2 keluar bank masuk bank.. mengagih2kan duit gaji kepada bank2.. maklum maklong cuma reti berurusan dikaunter2 sahaja.. teringin juga kearah yang lebih bijak dan mudah.. tapi tunggulah dulu.. hehehe.. klik je kat rumah semua beres.. best kan.. sempat jugak maklong mengupas kulit kerang untuk dibuat rendang ni.. 2kg je pun.. lagi pun bukan maklong yang kopek kerang ni.. anak maklong yang kebetulan masuk kerja pukul 2pm..

Resepi nak buat rendang kerang ni sama je macam nak buat rendang ayam..

Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*

2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
kacau hingga kuah menjadi pekat..
masukkan kerang dan kacau lagi
masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
siap..!!
sedia untuk dihidang..



Triffel Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum Semua..

Sebelum2 ni maklong pernah makan triffle.. tapi tak pernah kepingin nak mencuba.. sebab rasanya biasa2 aje.. sebab mereka gunakan agar2.. pagi tadi maklong jalan ke blog ummi.. home sweet home.. ternampak triffle ni.. macam sedap je.. pun masih tak teringin nak mencuba..

Lepas solat subuh.. paklong ajak maklong ke pasar borong.. beli lauk dan sayur.. bila nak balik maklong terpandang pisang lemak manis yang belum masak sangat.. kira masih kehijauan dan kekuningan warna kulitnya.. maklong pun beli sesisir.. secara spontan maklong teringin nak mencuba untuk buat triffle pisang lemak manis macam ummi.. maklong ajak paklong singgah NSK beli kek dan susu cair.. lain bahan dah ada kat rumah..

Sampai je rumah maklong terus mulakan kerja membikin triffle ni.. sekejap je siap.. cucu2 masih nyenyak tidur.. bila dah disejukkan.. rasa triffle ni saaaaangat sedap.. sapa2 yang belum cuba.. cubalah ye..



Resepi untuk kuih ni.. senang jugak sebab guna kek gulung ready made.. murah pun murah..

Bahan:
6 biji pisang dibelah 2 dan digoreng
1 ketul swiss roll perasa pandan
1 tin susu cair
2 sudu gula pasir
1 1/2 sudu tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla

Cara:
potong kek dan susun dalam bekas
satukan susu.. gula.. kuning telur.. esen vanilla dan tepung jagung..
kacau diatas api yang kecil hingga pekat..
tuangkan diatas susunan kek
akhir sekali aturkan pisang diatasnya..
sejukkan dalam peti ais beberapa jam..

Belimbing Buluh Hitam

Assalamualaikum semua..

Semalam sahabat baik maklong.. Huda, hantar belimbing buluh ni kerumah maklong.. rasanya sebab dia maklum sangat yang maklong ni tak boleh gerak kemana dengan adanya cucu2 ni..

Maklong pun.. tanpa berlengah terus bersihkan belimbing ni dan rebus.. belimbing ni kena rebus lama2.. maklong rebus selama 4 jam untuk mendapatkan warna hitam tu.. sahabat maklong.. Makngah yang ajar maklong buat belimbing hitam ni..

Ini adalah rupa paras belimbing buluh yang baru dipetik.. segar dari pokok.. jangan tak caya.. kat bandar pun ada pokok belimbing buluh tau..

Bersihkan kemudian masukkan kedalam periuk kaca.. kalau guna periuk steel peruk boleh rosak.. sebab belimbing ni sabgatlah berasid.. bubuh sedikit air dan 2 genggam garam..
masak diatas api perlahan selama 4 jam.. tambah air jika perlu..

Belimbing yang tadinya berwarna hijau kini bertukar menjadi hitam.. rasanya masin dan masam..
so, apabila nak masak.. cuci dulu supaya hilang rasa masam dan masinnya..

Nota.. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memperkenalkan belimbing buluh hitam ni kepada maklong beberapa bulan yang lalu.. siap pos dari negeri jelapang padi.. sehinggalah maklong menjadi penggemar sambal bilis yang dibubuh belimbing ni..