Blogger Layouts

Followers

Monday, March 28, 2011

Sambal Bilis Belimbing Buluh Hitam


Antara bahan2 yang diperlukan untuk membuat sambal bilis hitam


Rasanya memang sedap gilerr..


Pagi tadi dapat parcel dari sahabat baik maklong.. makngah.. dalamnya ada belimbing buluh yang telah siap direbus berjam2 lamanya untuk menghasilkan warna hitam.. disertakannya juga cili api kampung yang warna hijau.. sebelum makngah cerita pasal belimbing buluh hitam ni.. maklong tak pernah dengar pun pasal benda ni..

Alhamdulillah.. atas ingatan sahabat maklong ni.. tanda tanya maklong terjawap bila dapat tengok rupa belimbing hitam yang sebenar.. maklong punya xcited lah.. petang tadi jugak maklong masak sambal bilis hitam.. maklong tanya en.google resepinya.. ada macam2 cara rupanya.. dan maklong pilih satu resepi yang maklong berkenan dan hasilnya tidak mengecewakan.. sedap..!! masam.. manis.. pedas.. patuttlah makngah bagi cili api sekali.. memang sesuai sangatlah..

bahan:
2 genggam ikan bilis
1 genggam belimbing buluh hitam.. cuci supaya hilang rasa masin
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
segenggam cili api hijau
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sedikit kicap

cara:
panaskan 1 cawan minyak.. gorengkan bawang merah dan bawang putih..
bila agak layu masukkan pula cili api.. bila dah agak garing angkat..
goreng pula ikan bilis.. separuh garing.. angkat..
tumbuk kasar semua bahan2 yang telah digoreng.. termasuk belimbing hitam..
panaskan semula minyak.. api perlahan.. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga garing..
masukkan kicap.. gula dan aji secukup rasa..
bila dah ok.. angkat dan sedia untuk dihidang..

1 comment:

Anonymous said...

guna belimbing buluh hijau lebih sedap dari belimbing buluh kekuningan (terlalu masam).