Blogger Layouts

Followers

Saturday, May 21, 2011

Pertunangan Adik Maklong

Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu.. 21/5/2011.. adik lelaki maklong, selamat mengikat tali pertunangan dengan awek cun pilihan hatinya.. gembira bukan kepalang hati maklong sebab adik maklong akan bertemu jodoh tak lama lagi.. yelah umur adik maklong ni dah dewasa dan berkemampuan.. cuma jodoh agak lambat..

Orang selangor dapat orang selangor.. so, perjalanan iring mengiring ni taklah jauh sangat.. nak2 kami bertolak dari puchong rumah adik perempuan maklong.. tak sampai 1 jam dah sampai ke Bangi.. majlis memang meriah.. siap berkhemah dan ada pelamin sekali.. kira macam trend sekaranglah.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..

Maklong pergi bersama menantu2 maklong je.. anak2 & paklong kerja.. kira hari tu.. hari bersama menantulah.. satu menantu lelaki dan satu menantu perempuan.. untung juga maklong ada menantu.. boleh buat teman kan..


Inilah tunang adik maklong.. kira bakal adik iparlah.. hehe..


antara barang hantaran dari pihak lelaki.. sepasang baju batik


Halua betik yang maklong paling suka tengok.. dulu2 bentuknya simpel je.. sekarang dah lebih cantik.. bentuk bunga yang kembang mekar..


adik ipar maklong menjadi jurucakap dari pihak kami.. cubaan yang dikira memuaskan.. sedara mara yang nak meminang bolehlah menempah beliau.. ooppss..!! yang sebelah dia tu orang dari saudi arab.. yang nak belajar adat meminang orang melayu..


Nilah menantu maklong.. ayah syafiqa.. sabah mari..
merangkap driver maklong..


ni pulak family maklong.. maklong tak ada sebab tengah tangkap gambar ni.. bukan senang nak dapat gambar keluarga yang agak lengkap ni.. adik2 maklong dan mak maklong..


Barang hantaran dari kedua2 belah pihak..
purple dari pihak kami.. pink dari pihak perempuan.. 7 berbalas sembilan.. lepas ni tunggu pulak hari pernikahan mereka.. insyaAllah pada 11/11/11.. cantik kan tarikh tu.. harap2 dapat nikah tepat jam 11.11am sebelum solat jumaat..

No comments: