Blogger Layouts

Followers

Friday, May 27, 2011

Kerang Goreng

Selamat pagi semua..

Pagi2 lagi maklong dah uplod gambar kerang goreng ni.. sekarang baru ada kesempatan nak sambung bercerita pasal kerang ni.. ada sapa2 pernah cari kerang kat tepi2 laut tak.. maklong masa umur dalam 12 tahu macam tu pernah ikut anak kakak angkat maklong pergi cari kerang.. bukan senang tau.. kena berenang dalam selut yang hingga kepinggang dalamnya.. kalau sekarang maklong lebih rela beli dari pergi cari sendiri.. padahal dulu harga kerang baru 10 sen sekati.. sekarang rm3 1kg..

Biasanya maklong suka masak sambal tahun kerang ni.. tapi teringat resepi dulu2 masa kecik2.. tu yang maklong goreng.. cicah dengan sambal belacan.. mak mentua lalu ikut belakang pun kita tak perasan.. hehe



Resepinya untuk kerang goreng ni pun senang je.. campak2 je apa kita nak.. ni yang biasa maklong masak..

Bahan:
2kg kerang cuci bersih2
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
3 batang serai diketuk
garam & aji

Cara:
panaskan secawan minyak.. masukkan bahan hiris dan serai.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan kerang.. kecilkan api.. tutup kuali dengan tutup periuk sekejap.. supaya kerang masak sekata..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
bila kerang dah masak.. angkat..
sedia untuk dihidang..

6 comments:

CT Delima said...

As'salam maklong

Maklong sihat ker hari ni. alahai maklong..lama nya ct tak makan kerang rebus atau goreng macam ni. kalau cecah sambal asam pergggg sangat sedap. meleleh dah air lur ni maklonggggg...

Along Maklong said...

w.salam CT..

alhamdulillah maklong sehat2 je..
yelah CT.. maklong sejak2 kerang mahal ni.. jarang2 jugak maklong beli.. berat kulit je.. hehe.. lagi pun takut kut2 darah tinggi..

Wanieyra said...

Salam....

Tak tahu lah pulak kerang ni boleh goreng, biasanya kita rebus & bakar je

Along Maklong said...

w.salam..

boleh.. cubalah.. sedap tau..

CT NoArIzAh ArIs said...

ASSALAM MAK LONG KALAU NK GRG TAK PAYAH BUKAK KULITNYA DULU KE... X PERNAHLAH MASAK MCM NI NMPAK CAM SEDAP SGT.

Along Maklong said...

CT..
tak payah bukak kulit.. cuma basuh bersih2 je.. ada orang yang rajin sampai warna kulit kerang tu jadi putih.. guna berus dawai..
memang sedap.. cubalah.. hehe