Blogger Layouts

Followers

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Nasi Tomato.. simpel je..


Assalamualaikum semua..

Hari ni rumah maklong ada ramai orang.. tapi oleh kerana maklong kepenatan balik dari air hitam, johor semalam.. maklong berehat kat bilik sampai pukul 11 pagi.. maklong bangun pun kerana maklong nak cepat beli tiket ke Osaka.. ada harga promosi..

Bila selesai beli tiket.. maklong rasa syukur sangat.. jadi tanda syukur tu maklong terus teringat nak belanja anak2 buah maklong makan nasi tomato.. hasil air tangan maklong.. jadi maklong terus ke Giant.. kat tingkat bawah selayang mall je.. beli beras basmathi.. tomato puree.. dan 3 peket ayam yang telah dipotong2.. untuk tambah ayam yang ada kat rumah..

Maklong balik dari selayang mall pun dah pukul 1.. terus bersilat dengan dibantu oleh anak maklong diana yang bercuti rehat.. sakit pinggang dek jauh berjalan semalam.. pukul 3 petang baru siap ko.. kelaparanlah anak2 buah maklong.. bila dah banyak kali mencuba resepi nasi tomato ni rasa senang pulak.. selama ni cuma tahu masak nasi putih je..











Thursday, September 15, 2011

Nasi Dagang Kelantan.. Jowo yang buat..

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong terlebih rajin pulak.. mencuba masak nasi dagang.. sebuknya dari pagi hingga kepetang ko.. masa maklong pergi kelantan hari tu.. anak maklong ada memborong beras nasi dagang ni.. cadangnya untuk dibawa balik ke Jepun dan nak masak kat sana.. tapi maklong teringin nak mencuba.. jadi, maklong ambik sebungkus dalam 1kg macam tu.. kakak ipar maira.. kakDa yang ajarkan macamana nak masak nasi dagang ni.. alhamdulillah cubaan maklong menjadi..


Nilah rupa nasik dagang maklong yang dah siap dihidang.. ada sapa2 yang terliur.. mailah rumah maklong..


gulai ikan yang masih menggelegak dalam kuali..


Nasi yang masih dalam pengukus.. panas.. panas.. masih berwap..


Acar cincai yang maklong buat.. laku jugak..


Sunday, July 17, 2011

Nasi Goreng Udang Untuk Paklong..

Assalamualaikum Semua..

Mentang2 hari ni hari Ahad.. semua orang bangun lambat kan.. termasuklah maklong.. pukul 10am baru nak bukak mata.. masa tu paklong dah balik dari kerja shift malam.. maklong malas masak sebab maklong nak pergi kenduri kawin kat setapak bersama menantu dan anak2 maklong.. paklong tak nak ikut.. ngantuk katanya.. pikir punya pikir maklong buatkan paklong nasi goreng udang ni untuk paklong sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali.. nasi cuma ada sikit.. so, maklong buat khas untuk paklong sorang..

Tak kira menantu yang mengandung.. anak yang mengidam.. cuma dapat cium bau je.. anak maklong diana tu MC lagi sebab asyik muntah2 je kat tempat kerja.. sempat jugak ikut maklong pergi kenduri.. lepas tu ke Kelang rumah adik maklong.. yang baru 10 hari dapat cucu sulung lelaki.. kira cucu sedara maklonglah kan.. balik rumah terus keklinik nak sambung MC.. doktor suruh pergi hospital untuk masuk air.. dalam badan dah tak ada air katanya.. masuk wad lagi.. kesiannnn..



Saturday, July 9, 2011

Bubur Nasi

Assalamualaikum semua..

Sejak anak maklong keluar hospital.. rasanya dah 3 hari berturut2 dia masak bubur untuk makan tangahari dan malam.. so, maklong ikut2an makan bubur juga.. cuma lauknya dipelbagaikan.. yang ni semalam punya lauk ikan bilis goreng dan sambal hitam.. sedap banget..

Resepi.. tak susah.. sebab cuma beras yang dimasak dengan air yang banyak.. tanpa bahan perasa apa pun..ada sekali tu dia bubuh kiub ikan bilis dan ayam yang dipotong kecil2



Ini ikan bilis yang digoreng bersama bawang besar yang dipotong bulat2 lepas tu ditabur dengan serbuk lada hitam.. ala2 lauk orang dalam pantang dulu2.. sedap..!!

Nasi Goreng Campur Quik Burger Ayamas

Assalamualaikum Semua..

Uols tengah buat apa tu.. hmmm.. mesti ada yang masih berselimut kan.. eh.. eh.. maklong tak kata uols tak bangun subuh.. tapi lepas solat tarik selimut semula.. kan hari ni cuti.. tak gitu..? maklong pun kadang2 macam tu jugak..

Tapi.. pagi ni maklong rajin macam pagi semalam.. (masuk bakul nampak.. hehe..) semalam maklong buat mihun goreng kan.. pagi ni maklong buat nasi goreng pulak.. bubuh quik burger tiru macam cheff wan.. tapi bahan2 yang lain tak tiru pun sebab tak ada..

Sebenarnya.. maklong pagi2 dah rasa lapar.. sebab semalam seharian maklong tak makan nasi.. kan semalam maklong balik kampung maklong yang kat tanjung karang.. hantar anak maklong berurut.. jadi maklong beli pecal dan makan pecal jelah.. maklong ni memang hantu pecal.. hala balik maklong terperangkap dalam jem kat rawang.. sampai rumah dah kepenatan.. dan cuma makan bubur yang anak maklong masak..



Nasi goreng maklong ni pun nasi goreng biasa je.. cuma maklong goreng 4 keping quik burger jenama ayamas.. lepas tu potong memanjang kemudian masukkan dalam nasi goreng.. sedap..!!
tak caya.. cubalah..

Sunday, June 12, 2011

Nasi Goreng Biasa2..

Assalamualaikum semua..

Gumbira bukan main maklong pagi ni dapat masuk dapur dengan aman.. yelah hari ni kan hari ahad.. hari cuti maklong dari menjaga cucu2 anak misi.. bukak2 periuk ada nasi.. maklong pun terus buat nasi goreng ekspres je.. kira capai je apa yang ada kat dapur maklong nilah..

Maklong pasti semua orang pun pandai buat nasi goreng kan.. cuma biasanya.. anak2 maklong lah kan.. tak berapa nak pandai agak minyak dia.. dah beleming2 nasi goreng dengan minyak.. macam sambal tumislah pulak.. hehehe..





Wednesday, April 6, 2011

Nasi Goreng Sardin



Selamat pagi semua.. macam biasa, hari ni maklong bangun awal.. walaupun malam tadi maklong naik tidor lewat.. sebab anak maklong yang sulung sakit.. maklong pun tak pasti sakit apa.. dah masuk 3 hari.. perutnya tak boleh diisi.. bila minum atau makan akan muntah.. bila dah habis muntah.. meludah pulak setiap 3 minit sekali.. orangnya dahlah memang kurus kering.. bertambah2 keringlah dia.. menantu maklong pulak tengah mengandung.. sob2..

Bila sampai rumah maklong malam tadi dari rumah sewanya kat kelang.. maklong tiup2 apa yang maklong tahu sikit2 dan bancuhkan soya organik milelea.. suruh dia minum sikit2.. maklong belikan sup.. suruh dia makan pelan2.. dan masa maklong bangun awal pagi tadi.. dia masih tak boleh tidor.. dia mintak maklong buatkan nasi goreng sardin.. makanan kegemarannya dari kecik2 lagi.. oleh kerana nasi sejuk tak ada.. maklong pun masak nasi dulu..

Selepas solat subuh maklong pun masuk dapur.. goreng nasi ni.. untuk anak yang sakit dan untuk sarapan seisi rumah sekali.. sekuali besar ko.. jom cuba resepi ni..

bahan:
4 mangkuk nasi
1 tin sardin cap ayam
2 biji cili merah*
7 biji cili api merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan kalau suka
garam & aji

cara:
tumbuk bahan2 bertanda(*)
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan ikan sardin..
hancurkan dan tumiskan hingga agak garing..
rasa garam dan aji secukup rasa..
masukkan nasi.. gaulkan hingga rata
siap..!! mudah kan..

Friday, March 11, 2011

Nasi Impit Goreng



Selamat pagi jumat semua.. macam biasa maklong bangun awal pagi ni.. jenguk dapur nampak ada nasi impit atas meja.. anak maklong malam tadi ada buat jamuan makan.. makan satay katanya.. tu yg dia bawa balik satay dengan nasi impit.. tapi malam tadi maklong naik tidor awal.. so, tak berusik lah makanan tu..

Sementara tunggu masuk waktu subuh maklong pun mereka2 nak buat apa nasi impit yang agak banyak ni.. tiba2 maklong teringat nasi impit goreng yang maklong pernah makan kat tempat maklong kerja dulu..

Maka bermulalah rekaan maklong dengan mengeluarkan apa yang ada dalam peti ais maklong.. jom kita sama2 tengok resepinya..

bahan:
1 mangkuk nasi impit yg telah dipotong dadu
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam bilis*
1 genggam udang kering
2 biji telur
2 ketul hot dog potong nipis
1 biji bawang besar dipotong kecil
sedikit kicap
sedikit sos tiram

cara:
tumbuk bahan yang bertanda (*)..
panaskan minyak.. goreng udang kering dan hot dog..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan
kemudian masukkan telur.. bila telur telah masak.. masukkan pula kicap dan sos tiram dan bawang besar..
kalau perlu tambah sedikit air..
garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan nasi impit.. goreng hingga nasi impit menjadi panas supaya tidak cepat basi..

Selamat mencuba..