Blogger Layouts

Followers

Saturday, May 14, 2011

Kerabu Tauge.. jawa punya..


Ini pun menu tengahari semalam.. oleh kerana blog bermasaalah.. pagi ni baru boleh uplod.. kerabu ada macam2 kerabu.. yang ni maklong namakan sebagai kerabu jawa..

Sepatutnya maklong nak campur tauge ni dengan pucuk paku.. tapi menantu maklong kata tak jumpa pucuk paku pun masa dia kepasar borong tengahari tu.. yalah dah tengahari kan.. banyak gerai dah tutup.. so maklong guna tauge jelah..



Resepinya lebih kurang macam ni.. maklong buat guna sebiji kelapa.. boleh simpan.. insyaAllah tak basi..

Bahan:
1/2kg tauge.. cuci dan siram dengan air panas

1 biji kelapa parut.. ambil putihnya sahaja
15 biji cili api merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
sedikit belacan*
5 ketul cekur
3 helai daun limau purut
asam jawa
garam & aji
gula

gorengkan kelapa parut tanpa minyak hingga kekuningan..
goreng guna minyak bahan2 bertanda (*)..
kemudian tumbuk hingga lumat.. tumbuk juga cekur dan daun limau purut..
masukkan asam jawa.. garam aji dan gula..
gaulkan bersama kelapa tadi..
bila telah siap.. gaulkan dengan tauge..

No comments: