Blogger Layouts

Followers

Thursday, May 5, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Talapia Merah


Assalamualaikun semua..
Awalnya maklong masak untuk makan tengahari ni.. saje je.. dah tak ada kerja lain.. masaklah kan.. uols nak tahu.. sebenarnya malam tadi lagi maklong dah masak ni tau.. tapi tak cukup bahan.. jadi pagi ni maklong sambunglah.. sebab bahan dah ada..

Ceritanya macam ni.. malam tadi anak maklong, Diana yang kerja kar Sri Ternak tu bawak balik ikan talapia merah ni.. dah lama juga maklong pesan.. kalau ada talapia yang fresh kat tempat kerja dia.. belilah.. tu yang dia beli tu.. dia siap bagitahu maklong yang ikan ni masa dia beli masih hidup..

Maklong pun rasa sayang nak masukkan ikan tu kat peti ais.. sebab nanti jadi ikan beku pulak.. ya tak ya.. maklong merajinkan diri malam2 masak ikan ni.. tapi serai cuma da 2 batang dan daun kunyit tak ada.. maklong masak apa pun yang ada serai.. maklong suka bubuh lebih dari yang ada kat resepi.. oleh kerana ikannya fresh rasanya tetap sedap.. maklong tetap tak puas hati.. pagi ni tadi maklong suruh menantu maklong beli serai dan daun kunyit.. so, bertambah sedaplah gulai tempoyak maklong..



Nilah resepi gulai tempoyak ikan talapia maklong ni.. ikan fresh.. tempoyak pulak buatan sendiri.. uols boleh bayangkan aroma masakkan maklong ni.. ha.. ha.. jangan ngences pulak.. jom cuba masak kat dapur masing2..bukan nak bagi uols ngences tau.. tapi nak ajak uols rajin macam maklong.. hihi.. masuk bakul nampak..

Bahan:
4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
1 mangkuk tempoyak
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
5 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka

Cara:
ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2..
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..
masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..

12 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum maklong

lajunya merempit..kuat betul tenaga maklong ni bila didapur erk.. hehehe. bole jadi cintoh pada ct ni kan.. hehehe

tempoyak alahaiiii.. payah nya nak diterima tekak ct yang mengada2 ni maklong.. hahaha

nuwairani ismail said...

ni makan tgh hari ke bekfes maklong? express betol.dh musim tempoyak agaknya

Along Maklong said...

W.salam CT..

maklong kalau pasal lauk pauk memang laju dari biasa asalkan ada benda yang nak dimasak..

huhu.. CT tak makan tempoyak ye.. rugi2.. menantu maklong yang sabahan ni pun tak reti2 lagi makan tempoyak.. ngada2 lah tu.. hahaha.. puas maklong ngajornya.. adik2nya pulak hantu tempoyak..

Along Maklong said...

nani.. ni menu brunch maklong.. hehe
musim tempoyak dah nak berakhir rasanya.. malam tadi makcik nak beli durian nak buat tempoyak lagi.. dah tinggal lori je.. durian dah habis.. huhu..

Maira Anjami said...

sungguh menggiurkan~

Along Maklong said...

memang sangat sedappp..!!
sorry.. jangan ngences yerk.. :)

IXORAROXI said...

sangat colourful lauk tempoyak Maklong ni

Along Maklong said...

Ixora..
maklong guna ibu kunyit.. bagi dia punya kuning tu tak pucat.. cili api pulak yang warna merah.. dah jadi warna bendera selangor.. hehehe..

Mama Miraki said...

salam maklong
cantinya kaler masakan ni.......tapi tulah saya tak makan tempoyak...

Along Maklong said...

w.salam.. ramainya kengkawan yang tak makan tempoyak.. satu hari nanti kena cuba ni.. hehe..

Afiffuddin said...

Salam. Sedap betul tengok gulai tempoyak ikan talapia merah tu..:)

Cheers,
cara ternak ikan talapia

Hafiq Salmah said...

TQ,In Shaa Allah resepi ni jadi menu saya hari ni