Blogger Layouts

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Kek Lapis Masam Manis Bakar

Alahamdulillah.. cubaan pertama maklong membuat kek kali ini menjadi mengikut macam yang maklong nak.. cuma rupanya kurang menarik.. ada yang tebal ada yang nipis.. maklum dah malam.. maklong kira nak cepat siap.. dan nak bobok..



Maklong suuuka sangat kek ni.. selalu adik maklong yang kat kelang buatkan untuk maklong.. sejak2 ada blog teringin nak cuba buat sendiri.. tapi kemalasan selalu melanda.. bila anak maklong minta poskan asam duit2.. maklong beli lebih, sebab maklong pun nak buat.. tapi asam2 tu cucu dan atoknya yang makan..

Semalam anak maklong Maira buat kek ni.. tak menjadi katanya.. maklong pun bersemangat nak mencuba.. bila cucu2 maklong balik kerumah masing2 kira2 jam 9.30 malam.. maklong pun memulakan xtvt maklong didapur.. sorang2.. pembantu masing2 belum balik dari kerja.. bahan2 semua cukup.. petang tadi maklong lari sekejap kekedai BIBUN beli bahan yang kurang..

Setelah bersilat macam2 gaya didapur.. lebih kurang 3 jam.. nilah hasilnya.. bagi yang pakar pandang sebelah mata je ye.. bagi maklong ni hasil yang agak ok berbanding dengan yang sebelumnya.. alhamdulillah..



Resepi untuk kek lapis ni.. maklong ambik dari resepi bonda.. cuma tepungnya maklong tukar.. dari tepung hongkong ke biskut meri..

Bahan:
1 bungkus biskut meri munchys dikisar dan diayak..
130gm gula kastor
400gm butter
8 biji telur gred AA
1 cawan susu pekat manis F&N
2 sudu kaya yeos
1 sudu baking powder double action
1 sudu ovelet
pewarna hijau, merah & kuning
2 bungkus asam manis hwa flakes 4 segi

Cara:
pukul butter bersama gula kastor hingga kembang..
maukkan telur satu persatu.. pukul hingga kembang..
masukkan pula susu.. kaya.. ovelet..
akhir sekali.. masukkan serbuk biskut meri dan baking poweder..
gaul hingga rata..
bahagikan adunan kepada 3 bahagian.. warnakan mengikut warna yang anda suka..
panaskan oven 180`C..
laserkan spring form dengan mentega supaya kek tak melekat..
masukkan 4 sudu adunan.. bakar selama 8 minit.. guna api atas sahaja..
bila kek kekuningan keluarkan.. susun asam diatas kek dan masukkan 4 sudu adunan dari warna yang lain dan ratakan.. bakar lagi..
ulang hingga kek siap..

* yang paling akhir.. maklong gunakan api atas bawah..
maklong gunakan spring form bersaiz 20cm.. adunan berlebih.. maklong bakar didalam loyang yang lain.. hasilnya memang sedap..!!

13 comments:

Maira Anjami said...

fuyyyoo~jelez2...hehe..
berminyak byk tak mak?

Along Maklong said...

suuuka sangat2..
sila menjelezkan diri.. supaya mencuba lagi.. mesti jadi.. hehehe..
tak berminyak pun.. pukul jangan lama sangat kut..

Nuwairani said...

cantekkk!!! teringin sgt nk buat kek lapis.tp malas nk nunggu lame2.heheh

CT Delima said...

Assalamulaikum maklong

selamat pagi yang ceriaaa.. wahhh semalam kat rumah ira ct tengok. hari ni dah sampai rumah mak ira pulak. cayalah..rajin betul melapis. anak2 ct tak gemar latak asam manis ni. kalau nak buat gantilah dengan perasa lain, laju sikit kek tu nak pinis... :DD

Along Maklong said...

terima kasih nani..
kalau tak nak tunggu lama.. buat separuh adunan je.. cepat siap.. agaknya lah.. hehe

Along Maklong said...

w.salam CT..
selamat pagi.. ingatkan sapa ira tu.. kami panggil maira.. maklong panggil adikmai.. hehe..

maklong suka kek ni.. tapi bila nak cuba.. seru tak sampai.. bila tengok maira punya barulah sampai seru.. terus buat..
lain kali letak persa lain pulak.. tiru macam CT.. :)

MakNgah said...

oouuhh... yg ni sy suka. sy dh buat n bg kwn sy rasa, lpas tu dia minta balik respi tu kt sy, sedap katanya... dia xnah cuba lg..
eh Eda, bobok tu apa..

Maira Anjami said...

mak.. share la resepi^^

Along Maklong said...

timah.. aku pun suka sgt2..
tapi, bila buat sendiri dah jadi kurang suka.. huhu.. awak punya resepi macam mana..?
timah.. bobok tu tidoq.. bahasa budak2 kecik..

IXORAROXI said...

part yang malas kena berlama2 di dapur, itulah saya :D..rajinnya Mak long, mujur tak terbobok kat dapur

Along Maklong said...

adikmy.. resepi tu memang nak bubuh.. tapi tak sempat2 lagi.. bizi kat dapur.. masak belimbing hitam.. sambil jaga budak2 bertiga ni..

Along Maklong said...

Ixora..
maklong pun sebenarnya macam tu.. nak2 dapur maklong ni macam kotak je.. panas membahang..!!
tapi bila semangat tu timbul.. wahhh.. x sedar ko..

cik lila said...

nampak menarik jugak yang bakar ni kann...biasa makan yang kukus aje...

my blog achiksuhaili.com.