Blogger Layouts

Followers

Tuesday, May 17, 2011

Ikan Merah Tahu Masak Kari

Assalamualaikum semua..

Ramai anak2 dan sahabat2 blogger maklong yang bercuti hari ni, sempena hari wesak.. maklong pun turut sama bercuti dari menjaga baby2.. wah.. apalagi maklong pun bermanja2lah dengan anak maklong.. mintak tolong hantar ke pasar borong.. tapi agak lewat sebab kami semua bangun lewat.. selepas subuh tidor balik.. jangan buat selalu rezeki susah kata orang alim..

Bila dah tengahari baru kepasar.. alamatnya ikan2 pun dah tinggal sikit.. banyak gerai2 dah tutup.. dapatlah maklong beli ikan.. udang dan ayam.. antaranya ikan merah tahu.. dulu2 maklong tak pernah tanya nama2 ikan yang maklong beli.. sekarang kena tanya.. sebab senang nak bercerita kat sini kan..



Anak maklong Hairie yang temankan maklong beli ikan ni suruh maklong masak kari.. maklong pun masaklah.. tapi tulah bujang je.. tak de terung. bendi or tomato.. jadi kurang serilah kari maklong kali ni..

Resepinya pun senang je.. main campak2 je ikut dan..

Bahan:
3 ekor ikan merah tahu saiz sederhana.. potong dan bersihkan
1 sudu teh halba
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 tangkai daun kari
5 sudu makan serbuk kari
2 cawan santan pekat
air asam jawa
garam & aji

Cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 hiris.. bunga lawang.. kayu manis dan halba.. hingga naik bau..
masukkan pula cili kisar dan serbuk kari dan daun kari.. tumiskan hingga naik minyak..
masukkan air asam jawa.. masukkan pula ikan..
masukkan garam.. aji dan gula secukup rasa..
masak hingga ikan lembut.. masukkan santan.. tambah air kalau perlu..
bila dah ok.. tutup api..
hidangkan..


Inilah rupa ikan merah tahu yang maklong masak tu.. mungkin kat tempat lain.. nama ikan ni lain.. ikan ni sangat lembut.. masa masak tu kena beralus sikitlah.. takut hancur.. rasanya mmm.. memang sedap..!!

10 comments:

MakNgah said...

hehe'
nk nyampuk, ikan gelama pun rupanya ada 3 macm, nyonya kt pasar tu ckp gelama papan, gelama padi, satu lag sy lupa..

ikan plotan, ikan duri, ikan seludu, nmpk serupa ja, tp org juai ikan tu ckap lain, xsama, kata dia... sy pn lani rajin dok p tnya depa

Maira Anjami said...

wow~nampak sedap!!..
adik pon nak masak kari hari ni..thai green curry la tapi..hhehe..

cik cek said...

Maklong...nampak sedap je kari ikan ni...he he he ...cek bab2 nama ikan ni memang kurang pandai...kalau beli mesti tanya kat penjual tu...ikan apa ni...kalau ikan biasa tu taula...ha ha ha...tau masak tau makan ...tanya nama ikan tak tau la pulak...:)

IXORAROXI said...

walaupun kosong tapi nampak vogue tu kari MakLong!bila saya tengok Maklong masak, teringat masa emak matanya masih nampak dia rajin macam Maklong.macam2 resepi dia cuba, selalunya dia buat lagi sedap daripada orang yang ngajarnya!tapi sekarang dia makan sahaja apa yang saya atau bibik masak, tak banyak kerenah

Along Maklong said...

Timah..
gelama mmng ada 3 macam..
tapi namanya kat sini lain.. yang aku ingat jarang gg dan gelama pisang.. hehe..

ikan plotan tu pun ada 3..
aku pun sebut lain.. bagok.. duri.. dukang.. lebih kurang tulah..

Along Maklong said...

Adikmai..
rasa wangi sikit dari biasa mak masak.. sebab dulu2 mak tak rajin nak boh biji halba tu..

wahh.. nama kari adik tu pun mak jarang dengar.. lepas bolehlah jar mak pulak.. hehe..

Along Maklong said...

Cek..
sebelun ni pun maklong macam tu jugak.. tapi la ni ramah pulak.. tanya nama ikanlah.. sayurlah.. hehe..

Along Maklong said...

Ixora..
maklong bila dah tak sehat macam mak tu.. agaknya pun makan je apa yang maira or diana or bibik masak.. huhu..
sekarang ni masih sehat.. maklong lebih sukarela masak.. anak2 dan menantu tugasnya mengemas dan mencuci..

MulutPayau said...

Maklong...Menjenguk ke dapur maklong ni..macam2 resepi ada....semuanya sedap dan myelerakan..Seronokkan kalau pndai masak..tapi saya ni jenis yg tak brapa pndai masak...

Along Maklong said...

mp.. maklong pun sebelum ni tak pandai masak jugak.. sebab peralatan tak cukup.. ekonomi tak berapa setabil.. masa pun tak berapa nak ada..
bila dah tua.. anak2 pun ada yang minat masak.. tu yang mendorong maklong untuk belajar masak jugaklah..
hamboi.. panjang lebar maklong membebel.. hehehe..