Assalamualaikum semua..
Maklong ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU.. buat ibu kandung.. ibu tiri.. ibu mertua dan ibu mertua tiri maklong.. wahhh.. maklong kaya ibu.. juga buat anak2 dan teman2 maklong dimana sahaja berada.. semuga kita semua berjaya menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita.. insyaAllah..
Bersempena hari ibu.. tengahari ni maklong masak menu ulangan yang menjadi kegemaran paklong dan anak2 setakat ni.. asparagus goreng dan ayam masak semur bali.. sebenarnya pagi tadi paklong call maklong ucap selamat hari ibu dan nak ajak makan tengahari kat restoran Tu Dia Pak Tam.. tapi masa tu maklong baru balik dari pasar borong dan dah pun berada didapur mulakan xtvt memasak.. tapi bukan maklong menolak just say yes je.. hehe..
Hari ni tertunai sudah keinginan maklong untuk cuba memasak asparagus yang tergemuk.. 1kg rm15.. bagi maklong sedap lagi yang sederhana gemuk.. rasanya lebih manis.. eh manis ke..? kira sesedap rasalah..
Resepi untuk asparagus ni.. uols boleh jenguk DISINI..
Manakala resepi untuk ayam masak semur bali ni uols boleh jenguk DISINI.. sebab resepi ni resepi ulangan.. maklong segan nak salin balik.. maklong mengantuk giler ni sebab malam tadi teman menantu maklong yang menjaga suaminya demam yang tak kebah2.. dah bawak kehospital selayang malam tadi.. tapi masih belum ada perubahan..
Sunday, May 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
wah! asparagus. teringat pulak makan asparagus bakar dgn arep masa kt takikawa tahun lepas...
nani.. masa kat sapporo dulu tu makcik ternampak asparagus kt umah arip, nani yg masak kut.. pastu, makcik rsa sikit.. sedap..!! suruh maira beli.. tapi tak sempat nak masak.. kita dah balik.. bila ternampak kat sini makcik beli dan cuba masak.. sedap jugak.. tu yang sekarang suuuka sgt asparagus ni..
bakar..? nak cuba jugaklah.. mak makcik masak sup katanya.. sedap jugak..
kat mana Maklong beli asparagus ni?teringinnya!lepas insiden asaparagus mahal amat tu, tak jumpa dah asparagus kat hypermarket tu hehehe...nak cuba juga resepi ayam ni, tapi tulah kat rumah cuma saya dengan hidayah je yg suka, emak tak makan ayam,suami dan anak bujang tu tak suka, penat masak tak ada orang nak makan pulak
yang ni.. maklong beli kat pasar borong selayang ada 2 gerai je jual asparagus.. yang kurus sikit 500gm rm6.. yang gemuk betul 500gm rm7.50..
kadang2 maklong beli kat NSK.. kat tesco pun ada juga..
ayam ni sedap.. tapi renyah sikit.. kalau masak banyak berbaloilah kan.. tapi kalau untuk 2 orang makan.. alahai.. buat penat je.. hehehe.. maklong ni macam tak bagi semangat pulak.. kalau rajin.. boleh je kalau nak cuba.. pastu hantarlah kat jiran sebelah menyebelah.. best apa..
saya ni selalu nengok aje asparagus tu tapi idok le pernah memasaknye lagi...rasa macam mana pun saya x tahu...kene try ni gamaknye...
lah ye ke.. cubalah sekali.. pasti nak selalu.. hehe..
sedap.. macam kacang panjang.. mak maklong kata macam pucuk paku..
sy rasa mcm kcg buncis.heheh
Post a Comment