Blogger Layouts

Followers

Sunday, March 13, 2011

Sambal Telur Dadar



Hujung minggu maklong kali ni.. tidak seperti biasa.. Maklong dan anak2 lebih banyak nak berehat je.. so, lepas solat subuh rumah maklong sunyi sepi semula.. semua pakat tidor sampai tengahari..

Bangun tidor.. perut pun mula lapar.. bila dah malas tu.. maklong akan masak resepi yang paling cepat dimasak.. jadilah sambal telur dadar ni.. lauk maklong masa maklong anak dara sunti dulu.. kira paling sedaplah masa tu.. yalah mak maklong orang kampung yang susah.. ooppss..!! trlebih sudah..

bahan:
8 biji telur digoreng dadar 2X
(potong kecil)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
cili api ikut suka
segenggam bilis
sedikit belacan
garam, aji dan gula
air asam jawa

cara:
tumbuk bahan diatas hingga lumat.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan garam.. aji.. gula dan air asam jawa secukup rasa..
tutup api.. masukkan telur..
siap.. senang sangat dan jimat..

4 comments:

lyn_linna said...

haha..menarik nye..mcm sedap je..ni bukan tuk org mls ni,ni tuk org rajin ni..nk kena tumbuk2 segala..
hihi..terbaik la...

Along Maklong said...

menarik ko kata lyn..
nak tau sedap ke x sedap.. kena cuba..
resepi turun temurun ni.. haha..

lyn_linna said...

menarik la c.idah,kalau sy malas sy pukul telur hiris bwang ngn lada pastu goreng je..hak hak.
jadik telur dadar..kwang kwang

Wafiy said...

camne nak kasi sambal tu ade kat tgh2 telur tu?