Blogger Layouts

Followers

Tuesday, March 15, 2011

Lempeng Kelapa Cicah Sambal Bilis


bahan yang telah dibancuh..


tepakkan didalam kuali yang tak melekat..


dah siap.. sedia untuk dingap..

Sambil maklong tunggu anak maklong Diana bersiap nak pergi kerja.. maklong buat sambal bilis.. senang je sebab dah ada cili kisar.. tak sampai 10 minit, dah siap.. maklong cedok boh dalam mangkuk.. ketepikan..

Maklong pun pergilah hantar Diana pergi kerja.. sambil berfikir nak masak apa untuk sarapan pagi ni.. yang boleh dipadankan dengan sambal bilis tadi tu.. ha.. dah timbul idea.. apa kata cuba buat lempeng kelapa.. maklong pun suruh diana belikan kelapa yang telah siap diparut rm2..

Selepas tugas maklong ala2 driver tu.. maklong pun mulakan tugas2 maklong sebagai ala2 bibik pulak.. cucu2 dah tidor.. jom teman maklong kedapur sambil2 belajar buat lempeng kelapa.. sebab maklong belom pernah cuba sebelum ni.. resepi maklong ambik dari dapur mat gebu.. maaf ya cik mat maklong ko belum reti nak kalerkan tulisan mcm orang lain tu.. nnti maklong belajar dr anak maklong ya..

bahan:
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
sambal tumis
(maklong gandakan bahan sebab family maklong ramai)

cara:
satukan semua bahan kecuali sambal tumis..
kacau hingga rata.. tambah air kalau perlu.. dan rehatkan sekejap
panaskan non-stick pan.. laserkan dengan sedikit minyak masak..
sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan.. masakkn diatas api yang sederhana..
terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing..

Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran masing2..

No comments: