Wednesday, March 16, 2011
Sambal Bilis Simpel
Pagi semalam maklong buat sambal bilis kan.. sebab nak dijodohkan dengan lempeng.. oleh kerana cili kisarnya cuma sikit.. maklong pun buat sambal tu sikit je.. Bila paklong makan tengahari.. dia tanya sambal tu.. bila maklong bagi tahu dah habis, dia suruh maklong buat lagi.. langkah pertama.. maklong minta tolong anak maklong kisarkan cili.. satu kerja yang paling maklong tak suka..
Bila cili dah dikisar senanglah kerja maklong.. campak2 je siap.. senangnya.. memang senang pun.. jom cuba pastu rasa.. sedap tak..
bahan:
semangkuk ikan bilis
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
1 mangkuk cili kisar
sedikit gula melaka
air asam jawa
garam & aji
cara:
tumbuk bahan2 bertanda *..
panaskan 1 cawan minyak jagung.. gorengkan ikan bilis.. jangan sampai garing..
masukkan pula bahan2 yang ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
diikuti dengan cili kisar.. tumiskan hingga naik minyak..
masukkan air asam jawa.. gula melaka.. garam dan aji secukup rasa..
dah siap kan..
mudah tak.. mudah aka senang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kisar tu apa? blender ke
kt rmah sy ada batu giling, syok sbb org Kedah dulu2 buat kari guna rempah giling, bau n rasanya mmg berbeza...guna pulak periuk tanah n dapur kayu... hehe
lani pun kalo hancurkan lada saya guna lesung batu, xsyok pkai blender. lesung batu besar mcm org buat somtam tu, nak angkat pun agak payah....
kisar tu blenderlah makngah oooiii..
tu pun aku malaih nak buat..
kalau guna batu giling ke lesung batu lagilah aku malaih..
aku suka guna lesung batu jugak.. tu yang dok guna cili api.. tu pun tumbuk tak brp nak lumat..
nak mudah n cepat u.. hehehe..
Post a Comment