Blogger Layouts

Followers

Wednesday, March 30, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Plotan



Hari ni maklong masak asam pedas ikan plotan.. dah banyak hari bermalas2.. so, hari ni masuk dapurlah.. selalu maklong beli ikan ni sekor.. hari ni maklong beli kepalanya sahaja.. dalam peti ais maklong pun ada 2 kepala ikan yang maklong masak sekali.. sekuali penuh jadinya.. biar sampai malam..

Resepi ni maklong belajar dari mak maklong.. cuma hari ini maklong tambah halba supaya wangi..

bahan:
3 kepala ikan dibelah dua
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia*
5 batang serai dititik
1 mangkuk cili kisar
1 biji terung bulat dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
air asam jawa
garam & aji

cara:
blend bahan2 bertanda (*)
panaskan 1/2 cawan minyak.. tumiskan halba dulu.. kemudian masukkan bahan yang telah diblend.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili dan tumiskan hingga naik minyak..
masukkan air asam jawa.. daun kesum dan ikan.. masak ikan hingga lembut.. masukkan terung bulat.. garam dan aji secukup rasa..
sebelum tutup api masukkan tomato..

3 comments:

MakNgah said...

Haha
Bila sebut plotan ja, sy tingat pada sorng kawan masa sekolah rendah. Bdak permpuan ni paling besar, tinggi, cantik dlm kelas. Bila org tanya awat besaq sagt, mak jamu makan apa? Dia kata hari2 makan gulai plotan... haha sy tak tau la betul ke tidaknya dakwaan dia tu.

Along Maklong said...

hehehe..
aku pun macam kerap sangat masak ikan plotan ni.. tu yg besar semacam kut..
lepas ni aku tak beli dah.. suami aku dah komplen tadi.. selalu sangat ikan ni.. huhu..

Unknown said...

Sedapp