Blogger Layouts

Followers

Monday, March 7, 2011

Sambal Ikan


Seperti biasa.. bila hari Isnin je maklong agak sebuk sikit.. kena jaga cucu2 ni.. ada cucu orang dan ada cucu sendiri.. jadi maklong masak yg ringkas je untuk hari ni..

Cili semalam masih ada sikit.. jdi maklong buat sambal lagilah.. boleh gunakan ikan yang kita suka.. kembung ke selar ke.. maklong hari ni guna ikan cencaru..

bahan:
3 ekor ikan digoreng
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
air asam jawa
garam
aji
gula

cara:
tumbuk bahan bertanda *.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili kisar dan tumiskan hingga agak garing..
seterusnya masukkan air asam jawa, garam aji dan gula secukup rasa..
tutup api.. masukkan ikan, golek2an diatas sambal..
angkat dan sedia untuk dihidang..

No comments: