Blogger Layouts

Followers

Sunday, March 27, 2011

Ikan Tilapia Merah Goreng Berlada


Ikan tilapia merah yang telah dibersihkan dan digaul garam kunyit.. akan digoreng terlebih dahulu.. barulah dilumur dengan sambal berlada..



Resepi untuk masak goreng berlada ni maklong cilok dari dapur kjee sikit.. rasanya sedap jugak.. kalau nak tahu cubalah..

bahan:
1 ekor ikan tilapia merah digoreng
2 biji cili merah*
20 biji cili api merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
garam & aji
air asam jawa
daun limau purut dihiris halus2

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. jangan tumbuk sampai lumat..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
rasa garam dan aji.. masukkan air asam jawa..
masukkan daun limau purut..
akhirnya golekkan ikan kedalam sambal..
angkat dan sedia untuk dihidang..

8 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Selalu gak masak talapia ni tapi tak pulak hiriskan daun limau purut.. hr ni hubby g mancing klau dpt talapia leh lah ikut cara mak long lak !!

Along Maklong said...

CT.. cubalah..
rasa tu macam biasalah kan.. cuma bila bubuh daun limau purut. baunya bertambah2 sedap.. hehe..
maklong tiru kjee..

NYKOLETT said...

saya suka masak gulai tempoyak guna ikan ni..lama sangat tak makan ikan tilapia..kecur jap air lior nengkok lauk mak long ni.

Along Maklong said...

lain kali maklong nak cuba jugalah..
masak gulai tempoyak ikan tilapia.. mmm.. pasti sedap kan.. hehehe..

Anonymous said...

sedap2. baru buat pagi tadi utk sahur. thanxxxx

rinz.cumey_s said...

Ya Allah sedapnye...dh lme xmkn talapia merah goreng sambal cili api nih....bese tau mkn je, xpnh buat pon...huhu blh try la mak long pnye recipe, yg hijau2 tue mak long letak daun kucai ke?

eqynrr said...

Daun limau purut yg hijau tu.. tlg jwb utk mak long

eqynrr said...

Daun limau purut yg hijau tu.. tlg jwb utk mak long