Blogger Layouts

Followers

Saturday, March 5, 2011

Puding Telor


Orang lain.. tghari sebok masak nasi.. maklong pulak sebok masak puding.. sebenarnya maklong nak mencuba pengukus yang ada kat periuk nasi yang maklong baru beli.. tp bila dah rosak.. maklong teruskan juga niat maklong utk mmbuat puding.. gunalah periuk yg biasa guna utk mengukus..




Resepi puding maklong ni.. maklong dapt dari kawan baik maklong masa tingkatan 5.. kt ABS, Temerloh.. Mak Ngah namanya.. sukatan maklong ubah.. cuma maklong pastikan guna susu cap junjung dan esen vanilla cap bintang..

bahan:
7 biji telur
1 cawan besar susu cap junjung
2 cawan air
2 sudu tepung kastad
2 sudu esen vanilla
1 cawan kecil gula

cara:
sediakan loyang bulat.. buatkan keramel menggunakan 1 cawan gula.. sejukkan
dalam mangkuk yg lain.. satukan telur, susu, air, tepung kastad dan esen vanilla.. kacau hingga sebati..
tapiskan kedalam loyang yg ada keramel tadi..
kukuskan selama 1 jam..
bila dah masak.. sejukkan dan terbalikkan didalam pinggan yg lain..
sedia untuk dimakan..

4 comments:

Maira Anjami said...

mak gune susu cair o susu pekat?

Along Maklong said...

susu pekat..
cap junjung xde susu cair..

kadori-san said...

Maira nanti hantar sikit ke Koobo Shizu yer..

Maira Anjami said...

mak:oo..tak tau la plop..hehe
abg kadri:kalo jd..hikhik