Blogger Layouts

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Bubur Kacang Merah



Nilah kerja maklong.. tengok org buat.. maklong pun nak jugak buat.. semalam maklong nampak kjee kita ni buat bubur kacang merah.. terliurlah pulak.. kebetulan malam tadi maklong ke NSK.. shopping barang dapur yang dah habis dan barang2 makan yang maklong nak pos untuk anak2 maklong yang kat jepun tu..

Pusing punya pusing maklong terpandang kacang merah.. 1 peket berat 1kg.. banyak sangat.. tapi maklong pejam mata je terus masuk dalam troli.. bila dah cukup barang2 yang dibeli, maklong pun balik.. sampai je kat rumah maklong terus kedapur.. maklong tergerak hati nak rendam kacang merah yang maklong beli tadi.. bila nak rendam.. baru maklong terpikir yang maklong dah tersalah beli kacang.. tak sama macam kacang yang kjee buat bubur tu.. huhu.. macamana ni..

Anak maklong cakap tu kacang nak buat inti.. maklong terus tanya google.. hoho.. ada jugaklah orang buat bubur guna kacang yang besar ni.. so, maklong pun terus rendam..
awal pagi maklong dah mula rebus.. lamanya macam rebus ketupat tau.. jenuh..!!

bahan:
3 cawam kacang / rendam dulu
1 cawan gula
3 sudu sagu kecil
1 kotak kecil santan
secubit garam
3 helai daun pandan
susu cair secukupnya

cara:
rebus kacang hingga empuk.. 3 jam atau lebih
bila kacang dah lembut.. masukkan sagu.. daun pandan.. gula dan garam
masukkan pula santan..
bila rasa dah ok.. tutup api..
masa nak makan tambah susu cair..

2 comments:

Kjee said...

mak long, kacang ni pun boleh guna. tapi saya tak bubuh santan. hanya bila nak hidang barulah bubuh susu cair.

Along Maklong said...

kjee..
plan asalnya mmng x nak boh santan..
tp rasa kacang tu tak lemak langsung..
bila dah boh santan rasa ok sikit.. lepas ni nak try kacang merah yg kecik macam kjee lah.. harap2 tak tersalah beli kacang.. hehe..
I love you lebih kjee..!!