Tuesday, March 29, 2011
Cucu Maklong & Cucu Orang
Mohd. Syafiq Haziq Bin Mohd. Haris
umur.. 2 tahun 7 bulan.. ni cucu maklong dari anak no.3.. Haris
Khairil Asrraf Bin Hasnul Bahari..
umur.. 7 tahun.. pelajar tahun 1.. masa ni dia nak pergi sekolah agama..
Wardina Syafiqa Rusdy.. umur 2 tahun 4 bulan
cucu maklong dari anak no.2.. Diana
Nur Iman Alisya.. umur 2 tahun 2 bulan
anak Rosnani.. misi kat hospital selayang
Haris Arman Bin Hasnul Bahari.. umur 2 tahu 1 bulan..
anak jiran maklong.. kerja misi juga kat hospital selayang..
Alisya bersama Haris..
dorang tak pernah gaduh tau.. pakai baju warna sama lagi..
Hari ni maklong tak masak menu yang boleh dikongsi disini.. emak budak2 ni tadi bawa bekal masing2.. cuma abang kepada haris.. namanya asyraf.. yang bersekolah ditahun satu je yang maklong dah gorengkan ikan cencaru untuk dia makan bila balik dari sekolah.. tapi dia lebih suka makan dengan sambal bilis hitam yang maklong masak semalam.. siap tambah nasi.. punyalah berselera dia makan..
Sejak berhenti kerja.. maklong tak tahu nak buat apa.. masa tu cucu maklong pun jiran maklong yang jaga.. maklong kat rumah rehatkan badan puas2.. masa tu maklong isi masa dengan menjahit sembat baju maklong sendiri.. dan jahit baju kawan sikit2.. bila cucu maklong dah umur 6 bulan.. maklong cuba jaga cucu.. lepas tu ada pulak jiran2 yang 2 orang tu mintak maklong jagakan anak dorang.. maklong pun terima jelah.. disamping dapat tolong jiran ada gak duit masyuuk kan..
Tugas maklong setiap pagi.. memastikan ketiga2 budak2 ni tidor sampai jam 11 pagi..
kalau maklong rajin.. maklong akan masak masa dorang tidor.. kalau tak rajin maklong pun akan tidor jugalah.. bangun tidor maklong bagi dorang main.. jam 12.. sambil maklong menonton wanita hari ini.. maklong akan suap dorang makan.. Asyraf balik jam 1.30 tengahari.. hidang pulak makan untuk dia.. pastu asyraf akan kesekolah agama jam 2 petang.. jam 2 petang maklong akan bancuh susu untuk tiga orang cucu ni.. jam 3 dorang akan tidor dan bangun jam 4.30 petang.. dorang akan main sama2 sambil tunggu mama dorang datang jemput kira2 jam 5.15..
Tulah rutin harian maklong.. dari hari isnin hingga jumat.. satu dan ahad maklong jaga cucu sendiri sahaja.. kadang2 bila mama alisya kerja syift malam.. maklong kena jaga alisya dari 9 malam hingga 7 pagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
haris dah makin hensem la..hehe
kalo kita berjiran, senanglah... sy akan letak cucu saya pada awak suruh jaga, makan minum budak2 pasti bereh..
Adik: hensem dan bertambah senang nak jaga dia.. leh lah booking wat menantu.. hehehe..
Timah: kalau setakat jaga tu macam tak de masaalah.. tapi tentang nak bagi makan tu yang susah sikit.. nak masak yang tak pedas tu susah bagi aku.. hari2 sup juga.. hahaha..
sembat tu apa?
bukan jahit kat leher baju kurung tu kn?
Wah, kalo sembat tu ialah jahit tangan sbg penyudah tepi seluruh baju gunakan jahitan tangan, awk mmg hebat lah, pakar betul nih
timah.. aku baru perasan komen awak ni..
yg kat leher tu tulang belut..
sembat tu yang jahit tangan yang kat tepi2 baju tulah.. aku jahit 10 helai..
lepas tu berhenti terus.. sayang mata.. hehehe..
Hallo Saya haris tu
Post a Comment