Blogger Layouts

Followers

Sunday, March 27, 2011

Ikan Tilapia Merah Bakar


Ada sapa2 yang tak kenal ikan tilapia merah..? inilah rupa ikan tilapia merah tu.. dulu maklong suka tilapia hitam.. bila dah rasa tilapia merah.. maklong dah tak suka yang hitam..


Seperti minggu2 sebelum ni.. bila hari ahad je maklong adalah orang yang paling sebuk didapur.. masak dan masak dari pagi sampai malam.. alamaklumlah paklong ada kat rumah.. anak yang suka makan pun tak kerja.. semangat sikitlah maklong nak masak.. lagipun dah dua tiga hari jugak maklong masak cincai2 je kan..

Pagi tadi maklong ajak paklong pergi pasar borong.. paklong suruh maklong beli ikan keli.. tapi maklong dah tak berapa ngamlah dengan ikan keli semenjak dua menjak ni.. kebetulan maklong terpandang ikan tilapia merah.. janggal sebenarnya maklong nak sebut tilapia ni.. selalu sebut talapia.. bila kat TV sebut tilapia.. maklong pun cuba ikutlah..

Maklong beli 3 ekor ikan tilapia.. 2 ekor maklong bakar.. dan untuk maklong yang tak berapa suka ikan bakar maklong goreng buat masak berlada.. resepi untuk ikan bakar ni maklong main campak2 je.. paklong dan anak maklong memang suka sangatlah..

Jom kita tengok apa resepi ikan bakar maklong hari ini..

bahan:
2 ekor ikan tilapia merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili api merah
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 batang serai
garam & aji

cara:
blendkan semua bahan2 diatas.. perapkan ikan dengan bahan yang telah diblend.. garam dan aji secukup rasa.. selama 1/2 jam..
panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200`c.. kemudian bakar ikan selama 30 minit..
mudah banget kan.. cubalah..!!

1 comment:

Unknown said...

Terbaik lah maklong. Sy dah cuba resepi maklong. Yup menjadi.