Blogger Layouts

Followers

Thursday, March 24, 2011

Cekodok Sardin




Hari ni maklong tak masak.. untuk cucu2 ni maklong bagi makan apa yang ada je.. sebab maklong hari ni puasa.. kesian anak maklong balik dari kerja.. masuk dapur bukak tudung saji, tak ada apa2.. ah.. biaralah dia.. bukannya budak kecik dah jadi bapak budak pun.. pandailah dia nak cari makanan.. kedai maple ada.. kedai thai food pun ada..

Bila dah pukul 7 petang barulah maklong terhegeh2 masuk dapur.. main capai je apa yang maklong rasa nak capai.. untuk nak berbuka kejap lagi.. apalah yang maklong capai tadi..

bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tin kecil sardin cap ayam ambil ikannya sahaja
3 ulas bawang merah dihiris
sedikit daun sup bawang potong halus..
garam secukup rasa

cara:
masukkan semua bahan kedalam satu mangkuk.. bancuh menggunakan air yang agak panas..
gaul hingga rata..
panaskan minyak.. jemputkan adunan tadi.. goreng hingga kekuningan..
angkat.. dan sedia untuk dihidang..
makan sambil layan drama "begitukah cinta".. meleleh airmata maklong..

2 comments:

kadori-san said...

tenkiu mkck bagi idea..kelmarin saya buat cekodok tuna
ada tuna 3 tin kecik dgn serbuk whipped potato mcm kat KFC tu..
saya campur, taruk tepung gandum..campur lagi dengan tepung hotcake mix..ni semua nak habiskan stok punya pasal la nih..
sedap gakk..cuma oily..hehe

Along Maklong said...

sama2..
untungnya berkongsi idea kan..
pastu oter ikut suka.. kan dah menjadi..