Blogger Layouts

Followers

Friday, March 18, 2011

Bilis Mata Biru

Yang atas ni bilis yang telah siap dikopek.. bahasa maklong.. dibersihkan atau dibuang kepala dan tahi untuk lebih jelas..

Adakah bilis ni bermata biru.. maklong pun kurang periksa.. sebab sebelum ni maklong beli bilis tak pernah periksa warna matanya..

Setelah berjam2 lamanya maklong menghabiskan masa maklong hari ini dengan mengopek bilis.. teringin pulak maklong nak bercerita sikit tentang bilis.. pagi tadi masa maklong kepasar borong.. maklong ada beli bilis.. oleh kerana bilisnya tak menepati citarasa maklong.. maklong beli 500gm sahaja untuk keperluan maklong..

Malam ni anak dan menantu maklong ajak maklong kepasar malam seri murni, tak jauh dari rumah maklong ni.. masuk je pasar ada orang melayu kita jual ikan bilis.. "kak bilis kak.. bilis mata biru dari langkawi ni.." maklong pun beleklah bilis yang dikatakan bermata biru tu.. sambil tu maklong tanya.. "kalau bilis dari pangkor matanya warna apa dik..?" sebenarnya maklong terasa begitu lucu dengan kata2 si penjuasl bilis tu.. ye ke mata bilis ni macam2 warna..

Setelah maklong puas hati dengan bilis yang bermata biru tu, maklong pun belilah 1kg.. bilis yang maklong beli ni ialah untuk anak maklong yang kat jepun.. sebelum maklong pos, maklong akan kopek bersih supaya bila timbang nanti.. beratnya, taklah termasuk tahi dan kepala bilis.. kalau pasal bilis ni maklong sebenarnya sangat cerewet.. nak yang cun je.. maklong sanggup pergi banyak kedai untuk nak dapatkan bilis yang paling cun.. harga maklong tak berkira.. untuk bilis jelah.. kalau untuk benda lain maklong nak yang murah jugak.. sebab apa bilis yang cun ni.. baunya lemak dan sedap dihidu.. dan bila dimasak rasanya pun sedappp.. kalau bilis yang tak cun tu baunya hapak.. rasanya kurang sedap dan bila digoreng tak rangup..

Sekian.. cerita bab bilis..

4 comments:

MakNgah said...

bilis pakai kontek lens kot...
agak2 orang langkawi ka yg juai bilis tu?
kalo orang utara, besa la, dh mmg kaki mengarut tu, sampai petang esok la, jenoh lah awak nak dengar sembang dia.

Along Maklong said...

timah.. kalau perati betui2 kan.. memang birulah mata ikan bilis ni.. hehehe..
depa cakap utaralah nak bg real..
kalau cakap kay el.. lepaih tu cerita pasai ikan bilis mai dari langkawi.. tak kena gayalah..

Unknown said...

Salam. Untk pengetahuan saudara bilis yg bersaiz 5cm ke atas tdk bole di katakan dan di ketegorikan bilis bermata biru.. Ia hanya bole di katakana bilis bulat atau pun kopek (sudah buang kpala dan tah!)
Yg bole di kata kan bilis bermata biru ini bila ia bersaiz kecil dan halus 1-2cm.. Mmg matanya biru dan sangat sedap. Kalau di sabah kingQueen of bilis. Sbb is mmg susah nk dapat. Kalau di p.pangkor org kata sume jenis bilisnya bermata biru dr said kecil halus sehingga said Besar yg boleh di kopek ( itu sangat tdk masuk aqal). Kalau d sabah walau pun Jeni's bermata biru kalau sudah bersaiz Besar Boleh d kopek ia hanya di debut bilis biasa..dan harga ikut bilis biasa. Sprti bilis bulat , bulat sedang dan mcm2 lg.. Janganlah hanya kerana nk cari yg bermata biru kita bazirkan Wang kita.. Lihat saje yg konker d p.pangkor itu yg kaum bermata sepek biru kan.. Harga tk masuk aqal. Di sbb kan bnyk YG tergila gila kan yg berwarna biru itu.. Hanya perkongsian saje. Assalamualaikum.. MiharBilisMuslimTawauSabah0196130683