Blogger Layouts

Followers

Monday, March 14, 2011

Ikan Selayang Masak Singgang


Ikan yang maklong baru beli dari pasar borong.. terus siang dan basuh bersih2.. menunggu untuk dimasak.. nak masak apa ye..?

Dah siap pun.. resepi macam biasalah.. yang mudah dan cepat disediakan.. warnanya kurang mengancam.. sebab maklong gunakan asam jawa.. asam keping habis..


Blue monday.. maklong selalu baca ayat ni kat fb.. Isnin biru.. haha.. yelah, hari ni kan isnin.. maklong ni jowo pekat.. jadi tak paham cakap omputih ni.. masa maklong kepasar borong tadi.. perjalanan yang memakan masa tak sampai 10minit lancar.. suasana kat pasar tidak semeriah biasa.. oh patutlah.. cuti sekolah..

Rumah maklong ni dah lama tak ada anak yang bersekolah.. jadi tak ada apa2 perbezaan.. antara cuti sekolah dengan hari2 biasa.. maklong hari ni beli ikan selayang.. ada cerita disebalik ikan selayang ni, tak menarik pun tapi selalu mengundang rasa syukur dihati maklong..

Masa anak2 maklong masih kecik dan tinggal kat felda keratong 08 dulu.. (peneroka bukan pegawai tau..) inilah ikan yang paling anak maklong suka.. selonggok lebih kurang 6 ekor dan harganya rm2.. dulu2 rm2 ni pun susah nak dapat tau.. maklong akan potong 2 ikan tu.. kemudian goreng..
bahagian ekor maklong jadikan lauk untuk makan tengahari keluarga maklong yang seramai 6 orang.. bahagian kepala pula maklong akan simpan untuk lauk makan malam..
dalam seminggu tu kami dapat makan ikan 2 atau 3 kali je.. kesian anak2 maklong kan..

Sekarang bila semuanya dah besar panjang.. dah tua pun.. maklong beli ikan ni 2kg.. seorang boleh habiskan 3 ekor tau.. separuh maklong goreng dan separuh lagi maklong masak singgang.. bukan yang macam singgang kelantan tu.. ni singgang orang perak rasanya.. jom tngok resepinya.. lain engko..

bahan:
1 kg ikan (ikut suka)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
3 batang serai diketuk
1 inci kunyit hidup dihiris
3 keping asam keping
garam & aji
bendi kalau suka

cara:
panaskan air didalam periuk.. masukkan semua bahan2.. biarkan hingga air menggelegak.. rasa garam dan aji..
masukkan ikan dan bendi.. rebuslah hingga ikannya masak.. dan bendi lembut
sedia untuk dihidang bersama sambal belacan.

No comments: