Friday, March 11, 2011
Roti Lapis Daging
Cuaca mendung sepanjang hari ni membuatkan maklong rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. menjelang petang maklong melawat blog anak maklong.. trpandang roti berlapis daging yg dibuat bulan lepas.. terliur dan rasa nak cuba buat dah lama.. daging pun dah beli.. baru petang ni, bebetul ada semangat nak buat..
Maklong keluar mencari bahan yg diperlukan seperti roti.. cheese dan susu segar.. balik dr kedai.. hp maklong terima panggilan dan mesej dari family besan.. suami.. sedara mara dikampung dan kawan2 bertanyakan tntang anak dan menantu maklong yg kat jepun.. kan ada tsunami melanda beberapa kawasan kat Jepun.. alhamdulillah mereka selamat..
Sebagai ibu.. maklong bersyukur kerana anak2 selamat.. hati tua maklong tetap gundah gulana dan air mata tetap berlinangan.. nasib baik anak dan menantu maklong ada untuk meneruskan resepi maklong petang ni..
Semalam maklong tiba2 je hilang mood nak terus menaip resepi untuk roti lapis daging ni.. tapi bila ramai yang jenguk kesini maklong pun rasa bersalah.. sekarang maklong bagi resepinya ya.. maklong taip ikut kepala maklong jelah ye.. tak apa kan..
bahan 1;
3 biji kentang dipotong dadu
400 gm daging kisar (ramli)
3 sudu serbuk kari
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar potong dadu
minyak untuk menumis
garam & aji
cara:
tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan..
masukkan serbuk kari.. daging kisar, kentang dan air.. masak hingga kentang mnjadi lembut.. garam dan aji secukup rasa..
biarkan airnya kering..
ketepikan..
bahan 2:
14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telur
secubit garam
Cara:
pukul telur.. susu dan garam.. rendam roti kemudian ramaskan bahgi kpd 3..
laserkan loyang pembakar dgn sedikit mentega..
masukkan bahan 2 kemudian bahan 1 bahan 2 dan bahan 1 semula secara berlapis2
taburkan pula cheese yg telah diparut
bakar selama 45 minit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bestnye,nak try buat jugak tp kena tunggu ada mud..hehe..
hm,c.idah kena kuat jugak..kita doa same2 supaya semua saudara seislam kita kat sana terpelihara..insyaAllah..amin..
trylah buat.. rsa dia mmng sedap..
c.idah ckp ni mertabaknya org putih hehe..
yup..!! c.idah kena kuat ni.. cuma mata yg tk kuat nk bndung air dr keluar..
nak cuci mata kut..huhu
amin ya rabbal alaminnn..
Salam Mak Long,
Dalam saya dok survey resepi roti lapis daging ni,saya lihat hanya Mak Long yang ramas roti. Saya teringin nak buat camtu jugak. Tapi nak tanya camana teksturnya? Beza ke dari yang letak keping2?
Makasih.
Post a Comment