Blogger Layouts

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Kacang Kuda Rebus.. Tumis..

Assalamualaikum semua..
Semalam kan maklong ada cerita yang maklong baru beli pressure cooker.. tak sabar nak rasmikan.. memang dah tebiat semulajadi maklong, bila beli sesuatu mesti terus guna.. best friend maklong Makngah ada cerita pasal kawannya rebus kacang kuda guna periuk ni.. oleh kerana maklong pun dah lama tak makan kacang kuda ni, disamping harganya yang agak murah.. maklong jadikan kacang kuda ni sebagai cubaan pertama maklong menggunakan periuk ni..

Dalam keadaan maklong yang tak pernah guna periuk ni.. apa yang mengejutkan maklong adalah bunyi wisel dia.. kuat sangat.. cucu maklong, syafiqah lintang pukang lari ketakutan.. 4 kali maklong buka dan tutup periuk tu.. barulah kacang betul2 lembut.. tulah kalau belajar tak berguru.. jurujual yang ajar maklong tu pun rasanya macam tak pernah guna periuk ni..

Patutlah anak maklong.. dapat hadiah kawin periuk ni.. tapi tak digunakan.. alasannya tak tahu nak guna.. padahal ia boleh jimatkan gas.. bil gas kat Jepun saaangat mahal tau.. "nanti mak ajar ok.. tapi, mak kena belajar dulu.." hehe..


Bila kacang dah lembut.. sedap dimakan macam tu je.. atau kalau nak lebih sedap bagi yang sukalah.. bolehlah ditumiskan macam maklong ni..

Bahan:
500gm kacang rebus hingga lembut
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 sudu udang kering*
2 biji cili kering potong pendik
sedikit serbuk kunyit
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili kering.. garam dan aji secukup rasa..
masukkan kacang.. gaulkan hingga rata..
siap..!!


Detik 12 malam kacang kuda maklong siap dimasak.. tapi yang nak makan semua dah naik tidur.. tinggal cucu maklong yang memang selalu tidur lambat..



Ni cucu maklong yang setia menunggu neneknya masak kacang.. bila bagi dia makan.. dia pun masuk mulut.. lepas tu dikeluarkan balik.. dia cakap apa tau.. "nenek.. nanak.. tak dap".. pastu dia sukarela nak jadi model kacang kuda ni..

5 comments:

Fauziah Samad said...

alamak mak long. baru malam tadi kjee teringat nak buat kacang kuda tumis ni. hmmm kena buat lah tapi blum rendam. nanti malam rendam, esok buat.
kjee dah dua kali guna pressure cooker yang baru. elok betullah. power brand dari india ni!

Along Maklong said...

haha.. ingatkan mentang2 guna pressure cooker tak payah rendam.. maklong tak rendam pun.. tapi warna kacang tu tak cantik.. jadi lebam..

berbaloi2 kan beli pressure cooker ni.. rasa best sgt.. walaupun belum reti sgt nak gunakannya..

MakNgah said...

hahaha
gelak besaq sy baca cita awk ni
ada 3 periuk ni kt tmpt keja sy, yg lama besar n tebal dbuat dr tembaga padu,tp sy pn xnah rasa nk mencubanya, xrela you..

bila nk rbus kacang, laksa @ barli kt rmh, sy guna petua kwn sy bagi. rebus hingga mendidih, tutup periuk rapat2, tutupkn api. ulang buat sekali @ 2x lagi, masakan tu akan empuk.

Along Maklong said...

hah..!! sampai 3.. dengar awak cerita ni kan macam kerja kedai makan.. hehehe..
periuk aku ni jurujual tu kata dibuat dari helikopter.. aku dgr pun nak tergelak..
aku bukan kesah dibuat dari apa yg penting warna tu tak nampak kotor.. dasar penyegan.. ahaks

aku pun buat cara yang sama dgn awaklah.. tapi la ni dah ada periuk ni.. guna lah.. cucu aku fobia dgn bunyi periuk ni.. sian kat dia.. aku cepat2 slowkan api supaya tak bunyi..

MakNgah said...

ala.. kt lab gunanya utk basmikuman.Strilkan perkakas utk biak mikrob.

d buat dr helikopter? hahaha nk gelak jugak! logiklah Eda sbb bahan buat helikopter tu kena tahan berada pd suhu yg tinggi.
Periuk archopal (archoflam) tu pn dgr kata dibuat dr bahan utk bina roket n kapal angkasalepas...