Blogger Layouts

Followers

Tuesday, April 12, 2011

Sayur Brokoli + Buncis

Kedapur kedepan.. kedapur kedepan balik.. dah tengahari.. cepat betul masa berlalu kan..
pejam celik pejam celik dah hari selasa.. dah terlepas nak tengok rancangan 5 rencah 5 rasa kat TV3.. yang maklong suka tu.. lepas siap bancuhkan nescafe O untuk paklong.. maklong tidurkan cucu maklong.. dengan maklong2 sekali terlelap ko.. cuaca kat selayang mendung.. tu yang mata maklong pun ikut layu juga.. sedar2 dah jam 12..



Ni adalah menu maklong untuk makan tengahari tadi.. mula2 nak masak brokoli secara solo je.. tapi anak maklong yang kat kelang datang.. disuruhnya maklong masak buncis.. sebab dia tak suka brokoli.. so, maklong campurkan keduanya.. alamak nampak hijau semacam je.. rasa tak berserilah pulak.. tu yang maklong tambah cili merah dan karet sikit..

Bahan:
2 kuntum brokoli dipotong kecil
200gm kacang buncis potong serong
1/2 batang karet
2 biji cili merah potong kecil
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang basah*
garam & aji
1 sudu tepung jagung bancuh

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan bahan yang telah dipotong.. masukkan air kalau perlu..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh
bila sayur dah lembut.. sebelum tutup api masukkan karet yang telah disagat..
gaulkan.. tutup api.. dan sedia untuk dihidang..

4 comments:

cik cek said...

Sayo fav cek ni mak long...kalau ratah cam tu je pun sedap...

Along Maklong said...

maklong pun suka ratah jugak..
sedap kan..

Kjee said...

salam. Kjee harap sudi terima ole2 yg tak seberapa dari Kjee di blog Kjee. cara Kjee nak luahkan rasa kasih Kjee kepada semua yang sering singgah di dapurkakjee.com

Along Maklong said...

w.salam..
terima kasih kjee..
sayang kjee sangat2.. mmuah..
nanti maklong mintak tolong PA maklong Maira Anjami.. ambikkan ole2 tu dari blog kjee k..
sshh.. maklong tak pandai nak ambik sendiri.. hehehe..