Blogger Layouts

Followers

Monday, April 18, 2011

Sambal Tumis Ikan Duri Masin Campur Terung Pipit

Isshhkk.. ishhkk.. bini sapalah yang rajin sangat ni.. pagi2 lagi dah siap masak untuk makan tengahari.. bukan untuk makan tengaharilah.. untuk sarapan pagi ni.. makan dengan nasi sejuk yang dipanaskan.. hmmm.. tak sangka laris juga sampai tinggal periuk nasi sejuk yang maklong ingat tak ada sapa nak makan.. taklah membazir kannn..



Masa dulu2 kan.. maklong ni kan jenis lurus bendul sikit.. tak tahu pun yang ikan masin ni boleh buat sambal.. paklong yang beritahu, masa nampak maklong beli ikan duri masin ni yang ikan masin ni.. kalau buat sambal sedap.. mula2 maklong cubalah.. sedap rupanya.. bila dah sedap tu selalu jugaklah masak.. setahun 2 atau 3 kali jugaklah.. ikan masin tu.. mana boleh kerap2.. takut kena darah tinggi..


Resepinya senang je.. macam buat sambal bilis juga.. tapi takpe lah.. maklong tulis jugaklah..

Bahan:
2 ekor ikan duri masin potong kecil rendam dengan air garam (2 jam)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
sedikit ikan bilis*
semangkuk cili kisar
semangkuk terung pipit
air asam jawa
gula, garam & aji

Cara:
goreng ikan masin hingga agak garing.. ketepikan..
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili kisar.. tumiskan hingga naik minyak..
masukkan terung pipit.. masak hingga layu..
kemudian masukkan air asam jawa.. gula, garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan ikan masin goreng..
gaul hingga rata.. tutup api hidangkan..

4 comments:

cik cek said...

Maklong...dah siap menu mkn tgahari ke...Waaa...sedapnya....

Along Maklong said...

cik cek.. ni untuk sarapan dan ada baki untuk makan tengahari sekali.. senang kan.. hehehe..

cik cek said...

ya...ya....bijak maklong....2 in one....tak yah byk2 kali masak....setuju2 sgt....

ahdaus said...

Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ