Blogger Layouts

Followers

Tuesday, April 12, 2011

Puff Sardin

Assalamualaikum semua..
Hari ni korang sarapan apa..? maklong sarapan puff sardin.. dah lama sangat mengidam nak cuba resepi Mat Gebu ni.. tapi puas sudah maklong tercari2 puff pastry jenama kawan ni.. baru semalam terjumpa dekat NSK..

Dengan rasa tak sabarnya maklong pun mencuba resepi ni pagi tadi sebelum anak2 pergi kerja.. bolehlah anak merasa puff yang maklong buat ni.. rasanya memang sedap.. rangup diluar gebu didalam..



Untuk resepi yang lengkap tu korang jenguklah kat Dapur Tanpa Sempadan milik Mat Gebu.. sapa tak kenal beliau ni rugilah.. maklong pun rasa rugi sebab agak lambat mengenali beliau..

Resepi ringkas maklong.. lebih kurang macam ni..

Bahan:
1 bungkus puff pastry jenama kawan (10 keping)
sambal sardin
1 biji kuning telur

Cara:
ambil seekping puff pastry.. dipotong 2
isi inti diatas kepingan puff pastry yang sebelah bawah
kelarkan kepingan yang satu lagi.. tutupkan diatas puff pastry yang ada inti..
tekan kelilingnya menggunakan garpu..
letakkan diatas dulang pembakar yang telah disapu mentega..
ulang hingga siap.. sapukan kuning telur diatas puff tadi..
bakar selama 20 minit dibawah suhu 200`C..


Perhatian untuk anakanda Maira Anjami.. kena cuba resepi ni jugak.. sebab rasanya sangat sedap..!! tekak mak yang kekampungan dan kejawaan ni pun sangat suka puff ni..

4 comments:

lyn_linna said...

ahaks..nk kena try buat gak ni gamaknye..kalau inti kita tukar letak inti epal blh x agak2..jdi apple puff mcm kat mcD tu?wahhh..

Along Maklong said...

boleh2..
mat gebu ada buat baru2 ni..
x payah inti pun sedapppp..

HusnAizad said...

mmg sdap pun umi..alg dah makn tadi..angah bagi rasa...nak wat juga la..hehehe..

inti sardin tu wat cam ne sdp la pedas...

Along Maklong said...

along..
mmm.. sedap kan..

inti tu umi wat macam ni jer..
tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api.. tumiskan lepas tu masukkan sardin.. hancurkan boh garam aji.. sebelum angkat boh karet.. bawang besar besar dan daun sup bawang..
tu jer..