Blogger Layouts

Followers

Thursday, April 14, 2011

Kurma Daging



Hari ni maklong rasa best sangat sebab dah pandai sikit guna pressure cooker.. terima kasih kepada yang sudi menunjuk ajar maklong tentang cara2 menggunakan periuk ni.. hari ni maklong cuba masak daging kurma.. tak sampai sejam dah siap.. jimat gas.. jimat masa.. jimat tenaga.. Alhamdulillah..

Resepi ni pun resepi dari kawan2 maklong masa dok kampung dulu.. cuma jarang sangat maklong nak masak daging sebelum ni.. sebab kalau masak cara manual kan makan masa lama.. maklong ni jenis orang yang nak cepat dan senang.. bila maklong teringin makan daging maklong beli je yang dah siap masak.. lagi cepat kan.. hehe..

oklah.. banyak pulak kempen maklong.. jom kita layan resepi pulak..

Bahan:
1 kg daging dipotong ikut suka
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
2 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 peket rempah kurma adabi
2 biji cili hijau belah 2
2 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah 4
garam & aji

Cara:
kisar bahan bertanda (*)..
panaskan minyak.. tumiskan halia, bunga lawang dan kayu manis
masukkan bahan yang telah dikisar.. tumiskan hingga naik bau..
perlahankan api.. masukkan pula rempah kurma.. tumiskan sekejap.. tuang sedikit air..
masukkan daging.. kalau guna pressure cooker tutupkan dan masak dalam lebih kurang 30 minit.. biarkan dalam 10 minit.. tuangkan dalam kuali.. teruskan langkah seterusnya..
kalau guna periuk biasa.. masaklah hingga daging lembut..
masukkan kentang.. biarkan hingga kentang lembut
masukkan santan.. garam dan aji secukup rasa.. masukkan cili merah dan cili hijau..
akhir sekali masukkan bawang dan tomato..
tutup api.. sedia untuk dihidang..



5 comments:

Kjee said...

maklong, ini ada tips lagi kalau guna pressure cooker. kalau rebus kacang, dua kali bunyi, pelankan api. biar dua kali lagi bunyi pastu baru tutup api. kalau nak bukak cepat, letak bawah paip dan bukak air lebih kurang 1 minit atau sampai ada bunyi. pastu try bukak handle dia. kalau boleh bukak, tutup air.
kalau masak daging pun cam tu. lepas bunyi dua kali, pelankan sikit jer api dia dan masak hingga bunyi lagi tiga atau empat kali. insya allah lembut. itu cara arwah mak kjee.

Along Maklong said...

Terima kasih banyak2 kak jee.. bagi tips yang detail kat maklong ni.. macam tau2 je malam tadi maklong rebus kacang merah tinggal kelonsong je.. huhu.. terlembik..

Lepas ni kalau maklong teringin nak makan lauk daging tak payah beli dah.. masak sendiri je..

Al-fatihah buat arwah mak kak jee..

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

MakNgah said...

rebus kacang merah tinggal kelonsong je.., apa tu?

Along Maklong said...

alah.. kacang tu terpisah dari kulit..
sebab masaknya lembik sangat..
hehehe..