Blogger Layouts

Followers

Saturday, April 16, 2011

Taufu Lembut Kukus



Salam Semua..
Apa dah jadi dengan maklong hari ni.. asyik nak pejam je.. dari pagi tadi sampailah petang ni.. bangun cuma nak masak sebab perut rasa lapar dan minta diisi.. maklong hari ni masak simpel je.. goreng ikan puput.. bayam masak tumis air dan menu baru.. taufu kukus.. tiru kak jee.. paklong n anak2 tak suka.. maklong sorang je yang makan..

Untuk resepinya.. boleh juga jenguk di Dapur Kak Jee.. maklong oter sikit.. sebab ada banyak udang kering kat peti ais ni..

Bahan:
1 bungkus taufu lembut
2 sudu kicap manis
2 sudu sos ikan
1 sudu udang kering goreng dan tumbuk halus
1 biji cili merah dihiris panjang2
bawang goreng
daun sup bawang

Cara:
keluarkan taufoo.. letakkan diatas pinggan secara perlahan2..
kukuskan selama 10 minit
tuangkan kicap dan sos ikan
taburkan bawang goreng.. udang goreng dan daun sup bawang..
terus hidang.. senang kan..

5 comments:

MakNgah said...

asyik nk pejam sbb Jamal Abdillah dok nyanyi lagu 'Tidurlah permaisuri'....

Along Maklong said...

rumah aku tak de radio lah timah..
cuaca hari ni mendung semacam je.. tu yang mengantuk tu..

MakNgah said...

hahaha
radio online kt tnet kn ada, on la smbil layan blogspot...

Kjee said...

gud idea tu maklong bubuh udang kering. kjee punya banyak udang kering beli kat langkawai hari tu.

Along Maklong said...

kak jee.. kena kurangkan sos ikan dan kicap..
kalau tak masin sangat..