Blogger Layouts

Followers

Saturday, April 9, 2011

Sayur.......... Goreng


Sapa pernah tengok dan masak sayur ni.. macam touge tapi hijau.. apa nama sayur ni..?
masa maklong beli sayur ni kat NSK semalam maklong siap hafal nama sayur ni.. tapi dah lupa.. maklong memang pelupa orangnya..



Assalamualaikum semua..
Hari ni maklong cuba masak sayur yang maklong tak pernah masak sebelum ni.. tapi sayangnya maklong lupa nama sayur ni.. maklong beli semalam kat NSK selayang.. rasa dia sedap jugaklah.. ada rasa macam tauge pun ada..

Maklong siap tanya kat amoy yang packing sayur kat situ.. cara masak sayur ni.. so, maklong folo jelah.. tambah sikit2 supaya nampak berseri.. cubalah..

Bahan2:
300gm sayur ni dicuci dan toskan
1/2 biji karet potong kecil
1 biji cili merah dihiris
1 biji bawang holand dihiris
3 biji bawang putih diketuk
200gm udang basah dibuang kulit
garam & aji

Cara:
panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan..
masukkan udang.. tumiskan lagi hingga udang separuh masak..
masukkan sayur.. cili merah.. dan karet..
masak hingga sayur nampak layu.. rasa garam dan aji secukup rasa..
siap.. sedia untuk dihidang..

3 comments:

cik cek said...

Maklong...nama sayo ni sayo bemin...kalau tak silap cek...ini pun cek dpt tau dari taukeh Restoran Seafood Chinese Muslim lama dulu....memang sedap sayo ni...
Kalau masak sup ikan + sayo ni pun sedap mak long...:-)

Along Maklong said...

hoho.. tu nama melayu kut..
lain kali nak boh dalam sup ikan..
mesti sedap.. tq2..

afeerah ay said...

mak long , saya baru nak belaja masak . sy guna resipi mak long . fuhh , sedap hasil nya *puji diri sendiri :P ^^