Saturday, April 2, 2011
Sambal Bilis Goreng Garing
Inilah nasi lemak bungkus daun pisang kegemaran maklong.. harganya RM1.50 sebungkus.. orang kampung maklong dengar pun boleh pengsan.. sambalnya memang memenuhi citarasa maklong.. tambah dengan ikan bilis goreng sendiri.. atau telur goreng mata kerbau..
kenyang sampai petang..
Tengahari tadi maklong pergi kenduri kawin rumah anak sedara maklong kat kampung kepong lama.. sebelum pergi maklong makan sebungkus nasi lemak kongsi berdua dengan anak maklong si miza.. nasi lemak ni paling sedap sambalnya yang pernah maklong beli.. nak dapatkannya hanya pada hari paklong pergi jogging sahaja.. kat taman metropolitan aka taman layang2 kepong.. jauh kan..?
Bila perut terisi.. kat tempat kenduri maklong langsung tak boleh masuk makanan.. kecuali bubur pulut hitam.. tu pun 2 kali suap dah kenyang.. lama juga maklong lepak kat rumah kenduri tu.. berjumpa sanak saudara yang dah berpuluh2 tahu tak jumpa..
Maklong kat rumah anak sedara maklong tu dari pukul 11.30 hingga pukul 3.30.. fuhhh..!! lamanya.. yalah bila dah salam2 nak balik je.. ada je yang menahan maklong nak balik.. masa tu dah salam kaut pun.. tuan rumah pun dah bagi berkat.. masih jugak tak berjaya meloloskan diri untuk balik.. sebab dorang nak senbang dengan maklong.. bukan senang nak jumpa maklong kan..
Sampai rumah baru perut rasa lapar.. maklong suruh anak maklong masak nasi.. maklong pun berfikir2 lauk yang boleh membuka selera.. dan sambal bilis nilah yang maklong masak.. paklong beli sup tulang dan sotong masak kari.. maklong tetap pilih sambal bilis ni..
Walaupun simpel tapi sedap sebab rangup.. nak cuba ke.. jom tengok apa resepinya..
bahan:
2 genggam ikan bilis digoreng garing
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam cili api merah*
sedikit belacan
air asam jawa
garam, aji dan gula
cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. gula.. garam dan aji secukup rasa..
bila dah ok.. tutup api.. masukkan bilis..
senang kan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment