Blogger Layouts

Followers

Thursday, April 7, 2011

Sup Ikan Kembung Tempatan



Hari ni maklong masak sup yang senang ni untuk cucu dan anak maklong yang sakit tu.. nampak semua orang pun berselera dengan sup ni.. walaupun nampak simpel tapi rasanya boleh tahan jugak..

Maklong pernah terbaca, petua nak bagi sup kita sedap.. kat blog sapa maklong lupa.. maaflah ya.. tuan punya petua.. bila maklong terpandang akar yang ada pada pokok daun sup yang maklong beli pagi tadi.. terus maklong teringat petua tu dan cuba ikut.. betullah.. rasanya memang ada perbezaan..

Petua tu kata.. kalau nak bagi sup kita wangi dan sedap.. ambil akar yang ada kat pokok daun sup tu.. selalunya kita buang kan.. tumiskan bersama2 dengan bahan2 lain..
lupa pulak maklong nak ambil gambar masa nak masak tadi.. lain kalilah kalau maklong ingat ye.. lagi satu sebab yang membuatkan sup maklong ni sedap ialah maklong gunakan ikan kembung tempatan.. segar dan rasanya manis..

Bahan:
5 ekor ikan kembung, siang dan cuci bersih
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci hali dihiris
3 batang pokok sup + akarnya sekali
3 pelepah daun sup
garam & aji

Cara:
tumiskan bahan2 yang dihiris hingga kekuningan..
masukkan akar daun sup lepas tu masukkan air..
bila air dah menggelegak masukkan ikan
rasa garam dan aji.. secukup rasa..
bila ikan dah masak.. tutup api
masukkan daun sup..
sedia untuk dihidang

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih maklong atas resepinya :D

najwa Jaimi said...

Ringkas Dan senang betul tq maklong

saiyaaa mardiana said...

Try resepi maklong hari ni. Harap harap jadi lah. Hehe. Btw thanks maklong☺☺☺