Blogger Layouts

Followers

Friday, April 15, 2011

Kerabu Mangga.. baru cuba


Ni adalah menu tambahan maklong tengahari tadi.. saje suka2 nak cuba buat kerabu mangga.. semalam maklong beli mangga ni untuk paklong yang suka sangat mangga cicah kuah rojak.. tapi maklong lupa nak bagi kat paklong.. so, tergolek2 je lah mangga tu..

maklong pun kupas kulit mangga ni.. anak maklong ingat maklong nak makan macam tu je.. maklong kata nak buat kerabu.. berkerut muka dia.. sebab dia pun macam maklong tak berapa suka kerabu ni.. jom layan resepinya pulak..

Bahan:
1 biji mangga disagat
1 biji cili besar dipotong bulat
3 biji cili api dipotong kecik2
1/2 biji tomato dipotong kecil
1/2 labu bawang besar dipotong nipis
1 sudu udang kering, goreng tumbuk kasar2
1 biji limau kasturi ambil jusnya
1 sudu sos ikan

Cara:
didalam satu bekas.. satukan semua bahan diatas..
gaul hingga rata.. pastikan rasanya ok..
senang kan..


Bila dah rasa sekali.. rasa macam nak buat lagi..dilain kali.. tandanya sedap lah tu.. ce try ce try.. Lepas ni nak tiru resepi Makngah pulak.. macam lebih sedap je..


Maklong bagi tengok gambar dulu ye.. resepinya akan menyusul kemudian.. dah petang2 ni sibuk sikit..

5 comments:

nuwairani ismail said...

makcik, kalau tambah serai dimayang halus + kacang tanah goreng tanpa minyak ditumbuk kasar = kerabu mangga siam style. mak nani suke buat kerabu ni.kecur liur! dh lama x wat.

Along Maklong said...

fuyooo..!! nani ada blog dah..
best2.. leh curi resepi derhaka sikit..
ote sana sini.. asal jadi.. hehehe

boleh baca cerita menarik ke menolak ke.. senyum sorang2.. sebagai terapi jugak kan..?

tulah.. makcik dapat resepi tu dari google juga.. nak cari yang senang.. hehe.. nanti nak cuba yg nani cakap ni.. sama macam kawan makcik, makngah buat..

nuwairani ismail said...

hahah! cepat betol makcik reply...awal thn lg dh ada blog.tp x aktif sgt.skrg baru nk aktif.tgk makcik sampai 3x post satu hari, tercabar jugek! heheh...

MakNgah said...

saya gerenti sedaplah kerabu awak tu. awk dh letak sos ikan.boleh dipelbagaikan rasanya. yg penting sedap kat rasa masam2 pelamnya tu.

sorg kwn sy, suaminya tauke ternak ikan keli. ikan keli yg besar2 depa ekspot p siam, katanya siam goreng untuk campur dlm kerabu.

Along Maklong said...

nani: cepat ke..? makcik baca n3 nani dulu tu baru reply komen.. teruja..
bagus2.. semuga terus aktif..

makngah: sos ikan tu pun aku 1st time guna tau.. aku suruh anak aku beli sebab nak cuba masak taufu lembut kukus..
pelam aku x masam langsung.. harap masam dari limau kasturi je.. lain kali buat boh ikan keli, sedap kut.. hehe..