Blogger Layouts

Followers

Tuesday, April 19, 2011

Ikan Tongkol Masak Umpuk




Assalamualaikum..
Hari ni maklong seperti biasanya akan kepasar borong untuk beli ikan dan sayur.. maklong teringin sangat nak masak gulai nangka muda.. tapi frust sangat bila nangka dah habis sebab maklong pergi agak lewat sekitar jam 10.30 pagi..

Puas juga maklong merayap kat pasar borong tadi sebab nak cari nangka muda.. bila nangka muda tak ada maklong beli ikan tongkol.. dan sayur kangkung.. ikannya maklong masak ala2 masakkan banjar sebab yang ajar maklong masak ni jiran maklong.. orang banjar dari sg. nibong.. namanya kak salmah..

Bahan:
1 ekor ikan tongkol agak besar potong nipis cuci bersih
1/2 kg santan
20 biji cili api*
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
10 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
6 helai daun kunyit
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*)..
sediakan periuk.. letakkan 3 helai daun kunyit untuk alas ikan..
letakkan ikan diatas daun kunyit kemudian masukkan semua bahan kadalam periuk.. termasuk 3 helai daun kunyit koyakkan..
renehkan diatas api perlahan hingga ikan masak dan kuah menjadi pekat..
rasa garam dan aji, secukup rasa.. bila dah ok..
tutup api dan sedia untuk dihidang..


Ini adalah menu maklong tengahari ni.. ikan tongkol masak umpuk.. kangkung goreng belacan.. sambal tempoyak campur bilis dan ikan masin gelama goreng.. siap je maklong masak.. ada tetamu yang langkah kanan, datang.. apa lagi maklong ajak terus kedapur.. makan tengahari bersama maklong dan anak2..

7 comments:

Chik Mimi said...

nampak sedap ikan tongkol tu

cik cek said...

Maklong...nak tanya...masak umpuk tu ape eek...tak penah dengo...he he...
nampak sedap lauk ni....nasib baik dah makan ..kalau tak maklong kena pos kat cek he he...

Along Maklong said...

chik mi.. bagi maklong sedap jugaklah.. sebab lama sangat tak masak macam ni.. :D

cek.. maklong agak.. umpuk tu empuk kut.. (cakap banjar).. hehe.. sedap..!! sebab masaknya lama.. jadi perencahnya meresap kat ikan..

Maira Anjami said...

terliur ikan tongkol..huhuhu~!

Along Maklong said...

ikan tongkol masak kicap berlada tu ke..?
ok.. masukkan dalam senarai.. antara makanan yang nak dimakan bila balik m`sia nanti.. hehe..

nuwairani ismail said...

hihih....bleh x nk ckp sedapnya ikan masin tu. mcm ikan gelama je...adus...lauk simple2 mcm ni la selera dimakan...

Along Maklong said...

nani.. memang ya lah..
kalau makcik dapat ikan masin dengan kangkung tu dah memadai.. leh makan 2 pinggan tu kalau tak hengat.. nak sehat..