Blogger Layouts

Followers

Sunday, April 10, 2011

Kobis Ungu Masak Goreng Sos Tiram




Salam tengahari semua..
untuk makan tengahari ni maklong masak sayur yang baru 2 kali maklong masak.. sayur kobis ungu.. rasanya boleh tahan jugak..

Maklong masak sikit je.. sebab anak2 maklong tak berapa suka mencuba makanan yang jarang jumpa ni.. resepi simpel je..

Bahan:
200gm kobis ungu potong kecil
1/2 biji karet potong ikut suka
1/2 labu bawang besar holland dipotong
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili epal hijau dipotong kecil

3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 ekor udang basah*
segenggam udang basah
garam & aji
2 sudu sos tiram

Cara:
tumbuk bahan brtanda (*)
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan pula udang basah..
masukkan semua bahan yang telah dipotong.. sos tiram.. garam dan aji secukup rasa.. tambah air jika perlu..
bila sayur dah lembut.. angkat dan hidang..

1 comment:

Kak Noor said...

Mak Long, sedapke kobis unggu ni? Saya tidak pernah makan dan tidak pernah masak. Kalau sedap bolehlah saya try masak. Selalunya kobis putih aje... Apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu.