Blogger Layouts

Followers

Thursday, April 28, 2011

Maklong Gila Corelle..

Hari ni maklong tak masak.. sebab puasa.. paklong dan anak2 semuanya kerja.. shift pagi.. dan yang normal tu biasalah.. tinggallah maklong dengan 3 orang budak2 ni termasuk cucu maklong..

Sambil2 maklong memantau cucu2 maklong yang baik2 ni.. maklong nak bercerita pasal pinggan mangkuk yang maklong gilai semenjak dua menjak ni..

Maklong ni dulu2 kan orang susah.. jadi tak pernah pun terfikir untuk memiliki pinggan mangkuk yang mahal jugaklah bagi maklong yang baru nak mengenal pinggan mangkuk ni.. masa kecik dulu mak maklong guna pinggan zing je.. pastu bila dah kawin up sikit.. guna pinggan kaca arcoroc.. tu pun mak maklong yang bagi.. sebab maklong nak pindah ke felda.. masa tu tahun 1982..

Masa maklong kerja kilang kat segamat.. maklong pernah beli set arcopal.. bayar ansuran.. tapi sekarang hanya tinggal beberapa biji je.. tu pun berebut2 dengan diana bila nak guna pinggan makan yang tinggal 2 biji je..

Alkisahnya bermula.. bulan september tahun lepas anak maklong yang kat jepun tu kan nikah dengan seniornya, satu university.. hokkaido university.. majlisnya secara kecil2an je.. walaupun kecil2an adalah juga majlis sambut menantu.. maklong pun kekelantan.. tiga hari maklong kat sana.. sempatlah maklong singgah kerumah bapa mentua adik maklong.. entah macamna maklong terberkenan pinggan yang digunakan untuk menghidang kami nasi kerabu.. masa maklong basuh pinggan tu sempatlah maklong intai jenama pinggan tu.. CORELLE..

Balik je selayang maklong pun klik2lah.. bertanyakan encik google.. ooohhhh..!!! tidak..!! mahalnya.. maklong tepuk dahi.. mampukah maklong untuk memilikinya..
maklong tak tahu nak tanya sapa pasal set2 ni.. maklong tanya kawan2 kat fb.. wah..!! meriah2.. macam2 jawapan yang maklong dapat.. dan jawapan yang paling menarik ialah dari kawan baik maklong sendiri.. Huda yang kat selayang jaya.. yang telah menggunaka set corelle hampir 24 tahun tapi masih dalam keadaan baik.. menarik kan..!! sekalung terima kasih buat Huda..

Maklong bukan tak percaya cakap kawan maklong tu.. tapi mesti kena buat percubaan sebelum nak beli mahal2 kan.. maklong beli 2 biji piring sebagai langkah percubaan tentang ketahanan pinggan mangkuk corelle ni.. disamping tu maklong dapat banyak info dari pengedar2 corelle yang ada kat fb..

Mula2 tu maklong beli untuk anak maklong yang baru nikah masa tu.. sebagai hadiah perkahwinannya.. lepas tu beli untuk Diana.. lepas tu maklong beli untuk diri sendiri.. eh rasa tak patut pulak kalau cuma bagi anak2 perempuan.. maklong bagi pulak kat menantu maklong.. tapi maklong bukan beli serentak.. kalau serentak mau pengsan.. sebulan beli satu set.. tu pun kalau maklong ada hal lain maklong tunda kebulan berikutnya..

Tujuan maklong menulis panjang lebar tetang pinggan mangkuk corelle ni kerana nak kongsi pendapat.. ia lasak.. tak mudah pecah atau sumbing.. tak calar.. dulu2 tak ada sapa nak bagi tahu maklong.. sekarang maklong bagi tahu kat sapa2 yang ingin tahu.. yang dah tahu jangan pulak senyum sinis.. mesti antara korang dah ada yang mampu memiliki set NORITAKE.. maklong cuma mampu menjamu mata kat sogo je.. kalau ada yang nak hadiahkan pun, maklong tak nak tau.. sebab tak sesuai dengan rumah maklong yang macam setinggan ni.. huhu..

Sekarang ni maklong stop dulu.. dari terus gila corelle ni.. sebab maklong dah beralih minat ke barang dapur yang lain.. yalah maklong kan baru nak berjinak2 dengan dapur.. masih serba kekurangan dari segi peralatan.. ilmu boleh gak dikongsi2 dari rakan2 blogger yang lain.. tapi, peralatan kenalah beli sendiri.. pelan2 kan.. hehe..



Gambar set sakura ni, maklong ambik masa maklong pergi sogo beberapa bulan lepas..
maklong beli 1 set dari cikgu Ani dan 1 set lagi dari Izzati.. maklong dapat dari internet..



Set rosetta ni maklong beli dari Syafinas.. rakan fb maklong.. dari wangsa maju ke ampang ke.. lupa pulak.. dapat hadiah mangkuk 2 biji.. berbaloi2..!!



Set country rose ni (corningware) maklong beli kat sogo.. masa tu ada sale.. 20% diskaun.. dapat hadiah mangkuk pyrex
set pinggannya maklong beli kat rakan fb juga.. Izzati dari puchong..
Pesan maklong.. kalau dah beli pinggan mangkuk mahal atau murah jangan simpan.. atau buat perhiasan.. ustaz kata tak baik tau.. wallahua`alam..

21 comments:

Maira Anjami said...

erk..hikkaido university?kat mne tu ye maklong?
hehehe..

Maira Anjami said...

cntk2 sume~pnggn yg lme2 dah buang ke?hihi..

Along Maklong said...

alah.. tersalah eja pulak.. nnti mak buat pembetulan.. hehe..

pinggan mangkuk lama.. mak bagi kat embah.. embah tak nak yang corelle.. dan ada yang mak bagi kat bangla kawan abang rusdy kerja..

CT NoArIzAh ArIs said...

Betul tu mak long dh beli mahal2 baiklah di gunakan tak baik membazirkan.. biarlah rosak di gunakan jgn rosak dek di simpan lama2... sy jadikan pinggan2 ni sbgai kegunaan harian saja x suka buat pameran.

nuwairani ismail said...

best2!!! tgh nk kumpul juga brg2 corelle ni...cantik dan lasak

izahdaut said...

assalamualaikum..
salam pekenalan maklong..
lawa lawa pinggan tuu

MakNgah said...

sy xnk komen psl corelle, sy xreti minat mende2 gini... sy ni xckup feminin kot, haha...

sy tertarik bila awk sebut pinggan zing, haha, org kg sy sebut pinggan ayan. Ari tu jenoh sy duk cita kt anak sy, dia xfaham apadia, last2 sy tunjuk gmbr dr internet, bru dia faham.

Along Maklong said...

CT.. samalah kita.. maklong tak pernah simpan pinggan mangkuk.. beli terus pakai.. berbaloi2.. hehehe..

Nani.. kumpul dari sekarang.. dah kawin nanti senang tinggal guna je..

Along Maklong said...

Izah.. waalaikumsalam..

terima kasih sudi singgah ke blog maklong...
lawa kan.. terima kasih.. :D

Along Maklong said...

Makngah..
tadi aku nak tulis pinggan ayan jugak..
sebab kami org jawa pun cakap pinggan ayan tapi aku takut ada yang tak faham.. hehe..

aku ingat anak aku pun tak tahu mana satu pinggan ayan yang kita dok guna dolu2.. jiran2 aku pun ada yang tak kenal pinggan ni.. sebab depa besaq kat bandaq.. hehe..

IXORAROXI said...

pinggan mangkuk pun bukan main 'vogue' lagik..bertambah selera makan guna pinggan mangkuk lawo2 ni..macam emak saya, minat sangat bab2 pinggan mangkuk ni :)

Along Maklong said...

maklong pun ini jelah yang ada..
tak banyak mana pun.. cuma untuk nak guna hari2 je.. :D

nuwairani ismail said...

mak sy dh beli yg country rose.nk tanya la, gmbr yg paling atas tu corak ape ye?

Along Maklong said...

Nani..
mak nani beli kat kelate ko..?
berapa harga dia beli.. katanya murah kat sana..
yang atas tulah.. SAKURA.. yang pian & maira punya.. eh.. yg dah guna ni kakak maira punya..
cantikk kan.. sweet je bunga dan warnanya.. kejepunan sikit.. sebab sakura.. hehehe..

nuwairani ismail said...

haaa....betol la tu sakura...mak nani beli dgn PERNAMA under tentera tu. main kutu bulan2. RM450. xtau la mahal ke tak. kalau kutu dlm 50 jela sebulan. pastu nani mintak dia belikan corak sakura.lebih kurang tu la kot. pastu ada cikgu yg blajar di US skrg. nani order jenis yg petak 4x4 tu corak sakura yg bertangkai. harga termasuk shipping = RM 398

Along Maklong said...

xlah mahal sangat.. sebab makcik beli pun lebih kurang harga tu jugak..
yang nani kata empat segi.. macam sakura tu.. cherry blossom.. makcik pun berkenan yg tu tp kena tangguh dulu.. huhu.. murah tu..!!

AZIDA RAIL said...

Saya pun gemar kumpul corelle...tapi bunga country rose. Sekarang tengah aim corelle square. Kawan kata bentu 4 segi susah nak simpan. Suami saya tentera jadi berpeluang beli secara kutu ngan PERNAMA. Dah 6 tahun buat koleksi...yang geramnya dah 4 biji pecah...anak ngan suami lah punya hal.

aZuMaya said...

salam perkenalan mak long...sama lah kita mak long gila corelle ...saya tak boleh stop...kalau pergi langkawi ada ajer yg nk beli... jom tgk corelle kat blog saya

zaza said...

Assalam Mklong, Salam perkenalan.... sya pn suka bunga sakura, ari 2 sya g holiday kt lgkawi sngkut juga mangkuk crningware bunga sakura nih...x smpat nk beli pnggan crningware design sakura lak, dk tgh usha2, biasala perempuan belek punya belek...en hubby dk remind feri dh nk jln, kacau daun btul....ee bengkak rasanya!!!! x pe la thn depan nk g lagi.

shafa said...

assalamualaikum maklong..

saya nak tumpang iklan.

saya pun ada jual brg2 set corelle, vantage, corningware, vision dll.

saya ambik brg2 ni dari PERNAMA.. Yg penting brg2 PERNAMA ni memang original diJAMIN..

Kalau ada nak tambah stok bolehlah order dgn saya :

Facebook : Q Corelle Q Vantage...

Hutang dan ansuran..insyallah

Anonymous said...

boleh tengok2 FB saya : Q Corelle N Collecton (maaflah ejaan colection tu berpuluh kali nak dibetulkan tp FB tak terima pembetulan)...

hehe